tan malaka

tan malaka

kalau sudi jadi pengikut add kt sini

Isnin, 19 November 2012

Hasil Bancian Sinar Harian, Anwar Ibrahim Layak Jadi PM




 siapa perdana menteri tidak penting.. yang penting ialah kita harus menumbangkan Umno BN terlebih dahulu. Memang jauh di lubuk hati, teringin melihat Tuan Guru Presiden menjadi PM jikalau Pakatan Rakyat memenangi PRU 13 nanti.

Namun, sebagai pendokong dan penyokong PAS kita harus bijak. Yang mana lebih aula? Bertelagah dalam isu memilih siapa lebih layak menjadi  PM sebelum mencapai kemenangan sebenarnya hanya merugikan Pakatan Rakyat.  Rakyat akan melihat pemimpin Pakatan rakyat tamak kuasa dan jawatan.

Yang penting, kita jangan hilang fokus dengan isu ini, jangan kita sama-sama menari ikut rentak Umno BN. Umno BN memang seronok melihat PAS dan PKR bertelagah dalam isu ini.

Apa faedahnya  perwakilan dari dewan ulamak membangkitkan isu yang telah disepakati oleh kebanyakan pemimpin Pakatan Rakyat. Lagi pun Tuan Guru Haji Hadi dan Dato' Seri Anwar Ibrahim sama-sama layak untuk menjadi perdana menteri. Biar rakyat yang memilihnya jikalau Pakatan Rakyat memenangi pilihanraya..
 
Bancian : Anwar Layak Jadi PM
Sementara polemik siapa yang seharusnya menjadi Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat (PR) membentuk Kerajaan Pusat berterusan, bancian 'online' menunjukkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi pilihan ramai.

Seramai 55 peratus daripada 1,876 pengunjung yang menyertai bancian 'online' kendalian Sinar Harian Online mengatakan bahawa Anwar, Ketua Pembangkang dan Ketua Umum PKR, layak menjadi Perdana Menteri.

Ia disusuli dengan 33 peratus yang memihak kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan 12 peratus pula memilih Mursyidul Am parti itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Berdasarkan perkembangan semalam, kedua-dua Anwar dan Hadi membuat kenyataan media bahawa Pas dan PKR sedia mengadakan perbincangan mengenai isu tersebut.

"Memang betullah. Boleh bincanglah," kata Hadi pada sidang media selepas menyampaikan ucapan penangguhan Muktamar Tahunan Pas ke-58 petang semalam.

Hadi ditanya pandangan beliau berhubung kenyataan Anwar pagi semalam, yang berkata, isu jawatan Perdana Menteri bukan "satu masalah."

"Tiada masalah, tak ada apa, kita boleh bincang dengan baik," katanya selepas merasmikan Konvensyen Halatuju Pendidikan Negara di Universiti Selangor.

Idea supaya Hadi layak menjadi Perdana Menteri dibangkitkan oleh perwakilan Dewan Ulama kelmarin. Ia sekali lagi disahkan oleh Dewan Ulama semalam dan turut mendapat sokongan Dewan Muslimat semalam ~sinar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan