tan malaka

tan malaka

kalau sudi jadi pengikut add kt sini

Khamis, 22 November 2012

BONGKAR!! WARGA PAKISTAN MILIKI MYKAD DAN LAYAK MENGUNDI?







KOTA MARUDU 21/11/2012- Ketua Mudanita Parti Maju Sabah (SAPP) CLC Tandek, Cik Pathlyn Leosie Mikat yang ditemani oleh Naib Pengerusi John Charles Mitah Mikat telah datang ke Ibu Pejabat Polis, Kota Marudu untuk buat laporan berkaitan dengan seorang Bangsa Pakistan yang mempunyai Mykad bernama ABD RAUF BIN HAMSAH, No. Mykad 640619-12-5057, beralamat KG. Masjid, P.O.Box 42, Keningau dan didapati mengundi di Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) USUKAN dalam Parlimen P.169 Kota Belud.









Dalam laporan yang sama, kira-kira jam 04:37 minit petang Ketua Balai Polis IPPD Keningau telah menghubungi Cik Pathlyn bahawa laporan telah pun diterima dan sejurus itu Polis sedang membuat siasatan terhadap pendatang asing yang dimaksudkan dan selanjutnya memaklumkan kepada beliau (Pathlyn) agar dapat datang untuk membuat laporan seterusnya kepada RCI di Sadong Jaya, Kota Kinabalu pada 26 November 2012.


Laporan Polis seperti berikut:


LAPORAN POLIS WARGA PAKISTAN MILIKI MYKAD DAN DIDAPATI SEBAGAI PEMILIH BERDAFTAR DI DUN USUKAN DALAM PARLIMEN P.169 KOTA BELUD
Pada hari ini 19hb November 2012, saya Pathlyn Leosie Mikat memegang Kad Pengenalan No. 920813-12-6324 beralamat di Peti Surat 39, 89107 Kota Marudu disini membuat laporan ini di IPPD Kota Marudu mohon agara pihak polis menyiasat satu isu yang hangat diperkatakan dimedia social FB ketika ini, mengenai dengan seorang Bangsa Pakistan yang mempunyai Mykad bernama ABD RAUF BIN HAMSAH bilangan Kad Pengenalan No. 640619-12-5057 beralmat di Kampung Masjid, P.O.Box 42, 89007 Keningau Sabah dan didapati mengundi di Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Usukan dalam Parlimen P.169 Kota Belud.


Tujuan saya membuat laporan ini adalah meminta kepada pihak polis untuk menyiasat sejauh mana kah kesahihan dan kebenaran cerita ini iaitu:-


1. Jika benar perkara ini berlaku bagai mana kah seorang pendatang asing (PATI) ini boleh mendapat Mykad dengan mudah dan menjadi sebagai Pemilih Berdaftar yang sah di Sabah. (keterangan dan butiran ada dalam lampiran bersama)


2. Sebagai generasi muda, saya bertindak kerana khuatir jika perkara ini tidak dibendung dengan segera maka ia boleh mengancam keselamatan dan kedaulatan Negara dimana PATI/PTI akan bermaharajalela di Sabah dan penduduk asal akan menjadi pelarian dinegeri sendiri.


3. Seperkara lagi saya mohon kepada pihak yang berkuasa untuk menyiasat bagaimana kah pendatang asing ini boleh berniaga di Sabah sedangkan mereka datang ke Sabah hanya menggunakan pasport sebagai pelancong dan bukannya untuk berniaga di Sabah. Apa yang saya lihat sekarang ini, walaupun ada diantara mereka yang tidak boleh bertutur langsung atau tidak begitu fasih bercakap dalam Bahasa Melayu mereka tetap berniaga dikedai-kedai dan di tamu-tamu bukan sahaja di Daerah Kota Marudu malahan diseluruh Sabah amnya. Jika kejadian ini tidak dapat dikawal sewaktu dengannya, maka saya yakin dan percaya ia sedikit sebanyak boleh menghalang khususnya peniaga-peniaga kecil Bumiputra yang berniaga digerai-gerai atau ditamu-tamu memandangkan kebayakan Pendatang Asing ini tiba-tiba sahaja muncul macam cendawan dan mengalahkan kaum bumiputra kerana mereka mempunyai modal yang sangat besar seolah-olah mereka ini ditajah oleh sesuatu institusi kewangan dan mampu menyewa kedai-kedai walaupun depositnya tinggi bermula dari RM3, 000 hingga RM7,000 sebulan, namun sanggup membayarnya.


Oleh itu saya dengan ini mohon kepada pihak PDRM, SPRM, JPN, SPR, Pihak Imigresen dan Kuasa-kuasa tempatan yang berkaitan dalam hal ini agar dapat menjalankan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya demi untuk kesejahteraan dan keselamatan rakyat Sabah terjamin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan