tan malaka

tan malaka

kalau sudi jadi pengikut add kt sini

Sabtu, 26 Mei 2012

[Video] Siapakah Perdana Menteri Malaysia Sebenarnya?




Malaysia adalah sebuah negara Demokrasi dan Raja Berperlembagaan yang diterajui oleh Yang Dipertuan Agong dan dikuasai oleh Parti Barisan Nasional yang diketuai oleh UMNO sejak 54 tahun yang lalu. 


Jawatan Perdana Menteri merupakan jawatan paling penting dan berkuasa di Malaysia. Perdana Menteri Malaysia sudah bertukar tangan sebanyak enam kali sejak Tanah Melayu  merdeka. Bermula dari Tuanku Abdul Rahman Putra Al-Haj sehinggalah yang terakhir dan terkini, Dato Seri Najib Tun Abdul Razak yang memiliki jawatan tersebut setelah pengunduran Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi yang "dipaksa" melepaskan jawatan akibat kegagalan beliau mengekalkan 2/3 majoriti Barisan Nasional! 




Walaupun Abdullah telah meletakkan jawatan secara terhormat, Abdullah masih dianggap Perdana Menteri oleh penyokong-penyokongnya berikutan kemenangan Barisan Nasional pada PRU ke 12 adalah hasil kerja beliau. Namun apabila Dato Seri Najib Razak mengambil alih jawatan sebagai Perdana Menteri, bermulalah era baru dalam sistem pemerintahan negara. Najib yang memiliki imej yang agak "busuk" berikutan dikatakan terlibat dalam kes "Altantunya" dan skandal "Kapal Selam Scorpene" yang mengekorinya sejak kes tersebut, disebut semula di Mahkamah Perancis  selain dikatakan terlibat dalam kes membeli "Ahli Parlimen" Parti Keadilan Rakyat sehingga jatuhnya kerajaan Pakatan Rakyat di Perak. 




Kejayaan beliau ini dikatakan telah menyebabkan sokongan ahli Umno dan Barisan Nasional terhadap beliau meningkat sehingga beliau dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia ke 6.  Setelah mengambil alih tampuk pemerintahan dari Abdullah, Najib telah mengambil penasihat yahudi dari APCO Worldwide dan membayarnya RM 23 Juta hanya untuk tugas  untuk mengendalikan “strategi komunikasi” dan “membina imej” negara.  Antara nasihat yang diikutinya adalah dengan melaksanakan transformasi seperti 1 Malaysia yang diambilnya dari 1 Israel! Walaupun dengan bukti menunjukkan Najib telah mengikat perjanjian antara APCO WorldWide dengan membayar mereka RM 23 juta, Najib enggan mengakui dan menafikan tuduhan tersebut. 


Walaupun begitu banyak teguran demi teguran dibuat oleh pembangkang yang nampaknya agak "cemburu"  dengan idea 1 Malaysia yang nampaknya  seolah-olah akan berjaya, tetapi langkah Najib mengambil APCO Worldwide(Yahudi) sebagai penasihat telah memakan diri beliau kembali. Ini kerana apa yang beliau lakukan adalah sekadar "melepaskan batok di tangga", "Harapkan pegar, pegar makan padi"dan "cakap tak serupa bikin". 



Sebenarnya Najib boleh bertindak dengan lebih bijak dengan mengambil ulama sebagai penasihat, tetapi tidak berbuat demikian! Apakah sebabnya? Adakah Najib teringat "dosa-dosa" yang lalu menyebabkan beliau takut untuk ditegur? 


Selain dari APCO Worldwide, Najib juga lebih mendengar cakap isteri beliau iaituDatin Paduka Seri Rosmah Mansur dalam urusan kewangan negara. Antara nasihat yang dituruti oleh Najib adalah mengadakan budget PERMATA, mengadakan Islamic Fashion Show (Yahudi Style) dan juga memberi belanjawan kepada Rosmah untuk bercuti dan membeli belah  secara mewah diluar negara. 




Perbelanjaan Ini telah menyebabkan "Hutang Negara" Malaysia telah mencecah hampir RM 500 billion selain perbelanjaan yang tidak masuk akal dan munasabah yang dibuat oleh kerajaan Najib Razak sekarang! Ini merupakan satu angka yang sangat ditakuti oleh semua rakyat Malaysia kerana ianya boleh menyebabkan negara menjadi muflis! Apabila negara muflis, negara sudah pasti tidak boleh membuat pinjaman lagi dan sudah pasti rakyat terpaksa membayar pelbagai cukai termasuklah Cukai Barang Dan Perkhidmatan (Goods and Services Tax - GST) yang bakal diperkenalkan tahun depan jika kerajaan Barisan Nasional terus memerintah selepas PRU13!


Inilah taktik yang digunakan oleh Barisan Nasional yang diketuai oleh Najib Razak! Taktik menghabiskan wang negara serta menambahkan hutang negara ini telah lama dirancang oleh beliau. Yang lebih menarik lagi apabila Najib seolah-olah sudah tahu beliau akan kalah pada PRU13 dan menggunakan kesempatan ini untuk merompak wang negara serta membahagi-bahagikannya kepada kroni-kroni Menteri Umno yang lain seperti kes dalam NFC, TNB,  Projek Lebuhraya Pantai Timur (LPT),Penyenaraian agensi Kerajaan seperti FELDA, FELCRA, RISDA ke Bursa Saham akan menyebabkan peneroka  akan kehilangan saham sepertimana yang berlaku pada PROTON dan PETRONAS! 



Selain itu juga tindakan Najib berdiam diri dalam isu NFC dan Hubungan Dagang Malaysia-Israel menyebabkan rakyat terfikir apakah Najib adalah "dalang" sebenar disebalik hubungan tersebut? Walaupun akhirnya mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohammad mengakui Hubungan Dagang Malaysia-Israel Yahudi Laknatullah sejak dulu lagi adalah 
selaras dengan "undang-undang antarabangsa". Sekali lagi Najib ternyata gagal dalam menjawab dalam kes melibatkan pengurusan negara dan akidah dan pegangan beliau sebagai pemimpin Umat Islam di Malaysia! Sebaliknya Dr Mahathir pulak yang mengakuinya! 





Apakah Najib sudah menjadi Balaci Israel Yahudi Laknatullah yang hanya menurut kata-kata penasihat dari APCO Worldwide? atau menjadi budak suruhan Mahathir? ataupun menjadi "boneka" yang telah di "Queen Control" oleh Rosmah Mansur?  Dan persoalan Siapakah Perdana Menteri Malaysia Sebenarnya? Sudah pasti hanya Najib dan Rakyat Malaysia sahaja yang mempunyai jawapannya!  

   Oleh
      Pendekar Rakyat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan