tan malaka

tan malaka

kalau sudi jadi pengikut add kt sini

Jumaat, 4 Mei 2012

BERSIH 3.0: Beranikah Muhyiddin Dakwa Anwar Ibrahim



Apakah Muhyiddin Yassin sanggup menempah bala apabila semasa himpunan Bersih 2.0, Presiden PAS, Abdul Hadi Awang ditangkap polis dan penyokongnya memberi amaran sesuatu yang buruk akan berlaku jika tidak dibebaskan dalam masa lima jam?

Beranikah anak Udin ini menahan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim pula kununnya keganasan yang tercetus semasa Bersih 3.0 Sabtu lalu bukan daripada tindakan provokasi polis sendiri!

Ini nampaknya hanyalah kata-kata seorang pemimpin yang pengecut tidak berani menjelaskanfakta dan hujah sebaliknya hanya terus memfitnah dan berbohong semata-mata untuk terus berkuasa.

Kerajaan kununnya tidak pernah takut untuk mengambil tindakan terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Ambiga Sreenevasan kerana bertanggungjawab dalam penganjuran perhimpunan Bersih 3.0, Sabtu lalu.

Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan memandang serius insiden itu dan pastinya pihak yang bertanggungjawab tidak boleh terlepas daripada dikenakan tindakan undang-undang.

Menurutnya, Kabinet telah mengarahkan pihak berkuasa iaitu polis dan Peguam Negara supaya proses siasatan dilakukan dengan segera untuk mengukuhkan bukti sebelum tuduhan dibuat terhadap pihak terlibat.

“Setakat ini, seorang sudah dikenakan tindakan dan yang lain itu, kita tunggu untuk mendapatkan bukti kukuh bagi memastikan sama ada mereka terlibat secara langsung ataupun tidak.

“Soal mengumpulkan maklumat dan bukti berkaitan laporan insiden yang berlaku perlu mengikut peraturan undang-undang,” kata beliau pada sidang media selepas merasmikan Majlis Penyerahan Sumbangan Bola Sepak Berjaya Corporation, 7 Eleven dan Cosway Berhad di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jalan Junid di sini, hari ini.

Beliau berkata, ia bukan tuduhan dan mungkin masyarakat akan menimbulkan persoalan mengapa tidak tangkap orang itu dan orang ini.

Ini kerana katanya, dalam proses undang-undang perlu mempunyai bukti yang cukup sebelum sesuatu tindakan diambil.

“Dalam mesyuarat Kabinet semalam yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah membuat keputusan dan meminta agensi yang bertanggungjawab (penguatkuasaan) untuk mengambil tindakan secepat mungkin.

“Kita sedar kebimbangan masyarakat yang merasakan insiden ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja dan boleh berulang lagi,” katanya.

Kata Muhyiddin, perhimpunan Bersih 3.0 lalu adalah insiden yang sangat mengaibkan negara kerana menyebabkan kerosakan harta benda, kecederaan pada anggota polis dan media yang bertugas membuat liputan.

“Insiden ini memberikan imej tidak baik kepada negara walaupun pihak penganjur beri jaminan perhimpunan akan berlangsung dalam keadaan aman dan selamat tetapi terbukti mereka gagal menunaikan janji.

“Kerajaan sudah putuskan tindakan yang bakal dikenakan terhadap mereka apabila bukti mencukupi dan berharap ia tidak mengambil masa yang terlalu lama,” katanya.

Dalam pada itu, laporan Bernama menyebut bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengalami kerugian RM1.828 juta akibat kerosakan harta benda dan aset ketika rusuhan pada perhimpunan Sabtu lalu.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Mahmood Adam berkata, selain mengalami kerugian fizikal, pihak polis juga terpaksa bersabar dengan maki hamun dan dicederakan oleh peserta perhimpunan tersebut.

"Kos kerugian ini sepatutnya boleh dielak dan digunakan untuk membiayai perkara-perkara yang lebih berfaedah sekiranya perhimpunan haram itu tidak berlaku," katanya dalam kenyataan.

Sehingga kini polis telah menahan 513 peserta perhimpunan kerana merusuh pada perhimpunan itu dan memburu 49 lagi.

Mahmood berkata, seramai 14,331 anggota dan pegawai PDRM dari pelbagai jabatan telah bertugas sepanjang perhimpunan itu.

Kementerian sangat prihatin di atas pengorbanan pihak polis dalam menjalankan tugas bagi menjamin keselamatan dan keamanan semasa perhimpunan tersebut, katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan