tan malaka

tan malaka

kalau sudi jadi pengikut add kt sini

Khamis, 24 Mei 2012

Nak tarik pengunjung program 1juta belia sanggup beri lamborghini pd peserta kah kah kah

p/s kesian dah terdesak sangat nak tarik pengunjung ni lah padahnya.kalau pergi program tersebut pon hanya semata-mata nak menang hadiah sahaja yg lain lantak pi lah..rasuah hadiah lamborghini sapa yang mata duitan mesti tergoda

Sejuta peserta

Oleh Yusmizal Dolah Aling
yusmizal@hmetro.com..my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
KUALA LUMPUR: Cintakan keamanan dan berpeluang memenangi sebuah Lamborghini Gallardo serta BMW530 bernilai hampir RM2 juta.
Itu tawaran Majlis Bertindak Peniaga dan Penduduk Warga Kota yang menganjurkan Bersih 4.0 - Cintakan Keamanan kepada penyokong dan individu yang mengecam perhimpunan Bersih terdahulu dalam usaha menyemai rasa cinta kepada negara.

Pengerusinya, Datuk Jamal Md Yunos berkata, pihaknya terpanggil untuk menyediakan hadiah berkenaan bagi menghargai rakyat yang tahu menilai erti keharmonian dalam negara selain menolak sekeras-kerasnya sebarang cubaan mencetuskan ancaman keselamatan.

Beliau berkata, pihaknya akan membuka laman peminat Bersih 4.0 di facebook dan cabutan pertama akan dibuat selepas mendapat 150,000 pengikut di mana pemenangnya akan membawa pulang BMW530.

Menurutnya, selepas jumlah mencapai sejuta orang, satu cabutan lagi akan dibuat bagi memenangi Lamborghini.

Bagaimanapun, mereka perlu mengunjungi Restoran Sekinchan Ikan Bakar sebelum muat naik resit di facebook sebagai bukti pembelian dan potongan 30 peratus akan diberikan.


Sementara itu, mengulas perkembangan sama, Jamal berkata pihaknya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan sesetengah pihak bahawa beliau dan peniaga terbabit menubuhkan majlis bertindak kerana kepentingan politik parti tertentu.

“Kita buat majlis ini bukan kerana Umno, Pas atau DAP. Saya ahli perniagaan yang baik dengan semua orang. Ia hanyalah untuk memperjuangkan nasib peniaga di Lorong Tuanku Abdul Rahman yang kerugian akibat perhimpunan Bersih terdahulu,” katanya yang melancarkan penubuhan majlis itu Ahad lalu. Jamal terus mengulangi hasrat mengadakan hari jualan di depan rumah Datuk S Ambiga hari ini, dan berkata, pihaknya mendapat maklum balas positif mengenai usaha itu sebagai tindakan balas kepada kekecohan dicetuskan Bersih 1,2 dan 3.

“Kita akan teruskan apa yang sudah dirancang. Biarpun Datuk Bandar, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail menasihatkan kami tidak meneruskan pelan itu, kami tetap tidak berganjak kerana niat sebenar bukan hendak mencetuskan kekecohan, kami ingin berniaga.

“Sehingga diberikan kata putus siapa yang boleh membayar ganti rugi, sehingga jam 4 petang esok (hari ini), baru kami akan berhenti berniaga di Jalan Setia Kasih 1 nanti,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan