tan malaka

tan malaka

kalau sudi jadi pengikut add kt sini

Ahad, 20 Mei 2012

Anwar Musa di Pecat dari Umno

 



Ahh !! kasar bunyi tajuk ini...

Tetapi ia ada  berkemungkinan beliau di pecat atau menghadapi jawatan kuasa disiplin Umno ..kerana sekeping gambar ini  memperlihatkan Tan Sri Anwar telah menyertai  satu kumpulan NGO (Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Kelantan ) semalam dalam usaha menyokong kerajaan negeri menuntut duit royalti dari Petronas.Lebih 20,000 tanda tangan telah berjaya di perolehi termasuk salah satu dari Anwar musa sendiri ( gambar atas) .

Dengan menandatangani sokongan ini seolah olah Anwar Musa menyokong usaha kerajaan negeri yang di terajui oleh Parti Pas, sudah tentu akan menimbulkan kemarahan dari puak puak Umno ( kita tunggu dan lihat ) .Umum mengetahui dalang di sebalik kemelut duit royalti  minyak ini datangnya dari Umno Parti yang di sertai oleh Anwar Musa bukannya dari Petronas.Sebagai  yang terjadi dan apa yang pernah berlaku diTerenganu  bila mana perjanjian di cabuli oleh Kerajaan Pusat (UMNO) apabila mereka tewas pada Pru ke 10 pada tahun 1999 dengan merampas hak kerajaan baru Trangganu di bawah Pas pada masa itu.

Menjadi tanda tanya adakah Anuar Musa menongkah arus didalam polemik isu Royalti diantara kerajaan pusat dan kerajaan negeri Kelantan ? sedangkan kita mengetauhui bahawa Anwar Musa adalah diantara orang kuat Umno Kelantan dan pernah menjadi Adun Merlor serta pernah memegang jawatan Menteri Belia  dan Sukan serta pernah menjawat jawatan ahli majlis tertinggi Umno.

Adakah  tindakan Anwar Musa benar benar ikhlas atau hanya sekadar  dia menagih sokongan dari peminatnya di Bukit Jalil ,kerana  kerana kita tahu pada  5 april 2012 beliau telah di gantung oleh FAM selama 30 bulan dari bergiat dalam bola sepak negara. Ianya menjadi satu tanda tanya buat diri saya . Jika Anwar Musa benar benar ikhlas menanda tangani saya ucapkan syabas kepada beliau.

Sebaiknya Tan Sri Anwar Musa sebagai anak jati negeri Kelantan sepatutnya mengenepikan sentimen parti dalam isu tuntutan ini, Umno atau Pas  yang  memerentah yang penting kembalikan wang kepada yang hak . Jangan kamu  (Umno Pusat ) mencabuli perjanjian yang di menterai demi dendam kesumat serta berpolitik sempit.Kerana esok apa yang di lakukan akan di persolakan oleh Allah di Akhirat kelak. Di akhir kata apa yang berlaku du bukit jalil semalam  akan membuka lembaran baru di dalam kemelut ini tuntutan royalti antara negeri dan pusat.

** Taniah Kelantan  kerana menjadi juara piala FA semalam.


wallahualam..







Tiada ulasan:

Catat Ulasan