tan malaka

tan malaka

kalau sudi jadi pengikut add kt sini

Selasa, 1 Mei 2012

Polis Menyamar pd bersih 3.0 untuk cetus huru hara


DCM agak lewat menyentuh hal ini. Sudah banyak blog yang memerihalkan dakwaan yang cukup serius melibatkan pasukan polis negara. Selepas redanya BERSIH 3.0, kini timbul dakwaan bahawa ada anggota polis yang menyamar sebagai peserta BERSIH 3.0. Bukan itu sahaja, peserta BERSIH hantu ini dikatakan perencana provokasi dan huru-hara pada 28 April yang lalu.  

Datuk Zaharin Mohd Yasin, Setiausaha Umno Bahagian Bandar Tun Razak (Jurublog Sang Kelembai) di dinding Facebooknya mendakwa:

Polis dah lebih cerdik dari dulu.. Dia bagikan anggotanya dua pasukan, satu pakai uniform polis, satu pasukan lagi pakai baju bersih tergelak saya jumpa seorang kawan yang masih polis, pegawai lagi dari Pahang, pakai baju kuning dan terpekik ayat reformasi. Saya tak tegur dia pun. Tapi bila tengok kat lengan dia ada getah warna kuning. Dan saya jumpa banyak yang pakai getah yang sama.. Saya rasa terjaminlah dalam kumpulan pencacai yang tidak tahu apa benda ini....

Sila baca tulisan beliau di bawah ini:



Apabila beliau menimbulkan persoalan polis yang MENYAMAR sebagai peserta BERSIH 3.0 dan GETAH WARNA KUNING, rasanya bukti bergambar yang disertakan dalam kiriman ini sudah cukup membuktikan kata-kata beliau. Lihatlah gambar yang memaparkan lelaki yang dilihat sebagai anggota polis dan peserta demo BERSIH 3.0. Dalam gambar di atas, lelaki yang tersebut lengkap beruniform polis menahan seorang lelaki, dalam satu gambar lain, individu yang didakwa lelaki yang sama kelihatan sedang menyerang seorang anggota polis trafik.

Sila teliti wajah dan aksi ganas lelaki ini!


Dakwa beliau, seperti yang saya baca di Kelab GBhampir 2 ribu anggota polis menyamar sebagai peserta BERSIH 2.0. Jumlah yang didakwa itu cukup besar untuk mencemar imej peserta BERSIH yang datang untuk berhimpun secara aman. 

Jika dakwaan ini berasas, adakah sekumpulan maloan yang menghentakkan kaki atas kereta polis yang diterbalikkan berhampiran dengan SOGO adalah anggota polis yang menyamar? Adakah malaon yang membaling batu ke arah kereta polis dari kumpulan yang sama? Adakah malaon yang meredah halangan dalam gambar di bawah ini juga anggota polis yang menyamar? Perhatikan penampilan mereka yang tidak memakai baju BERSIH 3.0.

Siapa mereka?

Gambar ini dijadikan modal jurublog pencacai untuk memfitnah BERSIH dan Pakatan Rakyat. Siapa malaon ini? Adakah dia termasuk dalam kumpulan 2 ribu itu?

Siapa maloan ini?

Berdasarkan pendedahan yang dibuat, Datuk Zaharin seperti yang ditulis pada dinding FBnya meminta Menteri KDN dan Ketua Polis Negara bertanggungjawab dan meletakkan jawatan atas perkara yang berlaku.


Hakikatnya, peserta BERSIH 1.0, 2.0, dan 3.0 cintakan keamanan dan berhimpun secara aman untuk menuntut pilihan raya yang bersih.



P/s: Kalau dakwaan yang dibuat oleh Datuk Zaharin benar, jika lelaki yang kelihatan dalam gambar di atas anggota polis dan dalam masa yang sama menyamar dan melakukan  jenayah dan provokasi, maka....F+)(*&&&&! 

Persoalan dan dakwaan yang dibuat memerlukan siasatan yang telus dan bebas. Jika perlu tubuhkan suruhanjaya bebas untuk menyiasat dalang yang mencetuskan provokasi!


* Sebarkan!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan