Amenoworld
Ketua
polis negara dalam satu kenyataan menjelaskan bahawa pendemo yang
teraniaya ketika bersih 3 boleh mengadu kepada polis untuk mendapatkan
pembelaan. Baik. Mari kita mulakan dengan posting neh terlebih dahulu
untuk melihat samada benar atau tidak kata2 ketua polis negara tersebut.
Lihat gambar kat bawah neh dulu ;
Dah
lihat? Oke. Perhatikan nama dia tue yang paling penting tue. Perhatikan
juga muka2 mereka oke. Dan sekarang lihat pula video kat bawah neh ;
Apa
yang sahabat2 aku [semua pendemo bersih adalah saling bersahabat] buat
kat atas restoran neh ialah dia makan. Bersama rakan2 dia. Tapi
sekumpulan polis tah dari mana datangnya tiba2 menghalau dan melakukan
kekasaran ke atas pendemo bersih yang tak buat kacau ataupun langgar
arahan.
Apa
yang dimaksudkan sebagai langgar arahan? Langgar arahan = berada dalam
kawasan dataran merdeka. Selain dari kawasan tersebut, kami tidak
melanggar apa2 arahan dan menyerang kami yang berada di luar kawasan
tersebut bererti kezaliman dan salahguna kuasa.
So sekarang, apakah tindakan yang bakal di ambil oleh PDRM? Benarkah mangsa2 kekejaman BERSIH 3 akan diadili?
Lagi
satu terdapat kekecelaruan maklumat yang ditimbulkan oleh polis2 yang
bertugas ketika demo bersih 3 ari tue. Meskipun telah diperjelaskan
tidak terdapat sebarang kematian terhadap anggota polis yang diakibatkan
oleh pendemo bersih, mereka masih lagi menyebarkan khabar angin yang
tidak berasas ke atas kami. Semua neh adalah dipercayai adalah satu
konspirasi untuk memburuk2an peserta bersih.
Lihat kat bawah neh oke ;
Mohon
agar PDRM bersikap adil. Aku percaya disebabkan khabar angin yang tidak
berasas neh lah peserta2 bersih dituduh sebagai pembunuh polis oleh
pelbagai facebookers meskipun telah kami perjelaskan banyak kali tiada
mana2 anggota polis yang mati ketika bertugas.
Ameno : Sedap jek halau orang tengah makan..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan