tan malaka

tan malaka

kalau sudi jadi pengikut add kt sini

Selasa, 22 Mei 2012

PAS kesal kerajaan gagal halang Irshad Manji

KUALA LUMPUR: PAS melahirkan kekesalan terhadap kerajaan atas kegagalan menghalang Irshad Manji memasuki negara ini, biarpun menerima bantahan awal daripada PAS.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, menegaskan kerajaan sewajarnya menghalang kemasukan Irshad dengan kuasa yang ada, lebih-lebih lagi arif mengenai pegangan Irshad.

Tegas beliau, kerajaan bukan tidak tahu mengenai Irshad, sedangkan warga Kanada itu pernah menimbulkan kontroversi sebelum ini dengan bukunya-The Trouble With Islam Today.

"Kerajaan sepatutnya menghalang lebih awal, sebelum kemasukan beliau.  Macam sekarang, ia sudah terlewat apabila buku terbarunya- Islam, Liberty and Love dilancarkan di negara ini, pagi tadi.

"Sedangkan PAS, melalui Dewan Pemuda PAS Pusat sebelum ini, ada menyerahkan nota bantahan meminta kerajaan menghalang kemasukannya," tegas beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.
PERKASA & Tun Dr MPERKASA & Tun Dr MTegas Pesuruhjaya PAS Pahang itu lagi, kerajaan juga tidak bersikap konsisten berhubung isu LGBT ini, memandangkan bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk S. Ambiga terus dikecam kerana dikatakan penyokong LGBT.

Sebaliknya, tambah Tuan Ibrahim, kerajaan tidak bertindak tegas terhadap Irshad yang juga dikatakan pro-LGBT.

Begitu juga, katanya dengan pihak-pihak tertentu yang kononnya menentang dan mengecam Ambiga sebelum ini, apabila kemudiannya hanya berdiam diri berhubung isu Irshad.

"Bagi saya, ia hanya tindakan sandiwara politik yang dimainkan kerajaan berhubung LGBT.  Sedangkan kerajaan tidak konsisten, malah tidak menggunakan kuasa yang ada untuk menghalang program beliau," kata Tuan Ibrahim lagi.

Memandangkan buku terbaru Irshad telah dilancarkan, maka Tuan Ibrahim menggesa kerajaan agar meneliti semula dan bertindak segera terhadap penjualan buku tersebut.

Katanya, jika sebelum ini kerajaan bertindak mengharamkan buku pertamanya, hanya selepas lapan bulan dilancarkan, PAS menggesa kerajaan segera bertindak untuk buku terbaru Irshad ini.

Irshad, pernah mengarang sebuah buku yang menimbulkan kegelisahan dan kemarahan umat Islam di seluruh dunia bertajuk 'The Trouble With Islam Today' yang mengandungi idealisme sama seperti penulis novel 'The Satanic Verses', Salman Rushdie.

Manakala, buku terbaru yang dilancarkan hari ini, bertajuk 'Islam, Liberty and Love' yang dikatakan dipenuhi unsur penghinaan terhadap Islam serta perjuangannya dalam mempertahankan cara hidup sebagai seorang lesbian. [
harakahdaily.net]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan