tan malaka

tan malaka

kalau sudi jadi pengikut add kt sini

Sabtu, 5 Mei 2012

Polis gesa orangramai bantu Polis siasat Polis..



Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini menyiarkan dalam Facebook polis Kuala Lumpur rakaman gambar anggota polis yang didakwa telah mengkasari orang awam serta wartawan semasa perhimpunan BERSIH 3.0 Sabtu lalu.

Dalam kenyataan yang turut disiarkan dalam Facebook tersebut, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh menyeru orang ramai supaya tampil memberi kerjasama dan bukti.


"Melalui rakaman gambar-gambar ini, saya mengambil kesempatan ini untuk menyeru mana-mana juga orang ramai yang berada di sekitar tempat kejadian, khususnya terhadap mereka yang menyaksikan kejadian itu, tampil memberi kerjasama, serta bukti-bukti yang ada  untuk keterangan mereka direkodkan oleh pegawai penyiasat berdasarkan kepada prosedur undang-undang negara ini," katanya.

Bagaimanapun, pihak polis nampaknya hanya berminat dengan satu insiden yang berlaku di sepanjang Jalan Tun Perak di mana ia hanya menunjukkan pergelutan yang berlaku di hadapan cawangan bank OCBC di situ.


Banyak lagi gambar atau klip video yang menggambarkan kekejaman polis semasa BERSIH 3.0 yang telah dimuat-naik di Internet oleh para saksi, tidak disebut.

Selain itu, Facebook itu juga turut menyiarkan sejumlah 42 keping lagi gambar hasil daripada penelitian terhadap gambar-gambar yang telah dirakam oleh media dan polis semasa perhimpunan BERSIH 3.0 yang diadakan di sekitar Bandaraya KualaLumpur ke Dataran  Merdeka pada 28 April lalu.

"Di samping itu, turut diedarkan adalah gambar-gambar yang mengandungi aksi-aksi deretan peserta perhimpunan yang telah merempuh kawalan polis di suatu lokasi yang berhampiran dengan Dataran Merdeka.


"Rempuhan ini menunjukkan peserta perhimpunan mempunyai hasrat menuju ke Dataran Merdeka yang dikawal oleh polis dan pihak Bandaraya Kuala Lumpur," kata Mohmad.

Bagaimanapun, gambar-gambar yang ditunjukkan itu sepadan dengan gambar Malaysiakini di mana peserta memecahkan benteng polis di hadapan KLCC, di sudut Jalan Ampang dan Jalan P Ramlee, kira-kira 5 kilometer dari Dataran.

Mohmad menyeru orang ramai yang mengenali pihak atau kepada individu dalam gambar tersebut supaya tampil memberi maklumat kepada mana-mana pegawai polis, balai polis atau berhubung terus dengan ASP Azmi Aziz, pegawai jabatan siasatan jenayah D7A ibupejabat polis Kuala Lumpur melalui emel azmiaziz@rmp.gov.my atau telefon 019-2602344 dan 019-3872344.

Sementara itu, dalam satu lagi kenyataan Mohmad berkata berikutan penyiaran gambar mereka yang terlibat, hanya seorang yang tampil setakat ini untuk membantu siasatan.

Katanya, lelaki berkenaan yang berumur 39 tahun, datang sendiri ke ibupejabat polis kontinjen Kuala Lumpur pada jam 3 petang tadi.

"Sementara itu, seorang siswa berumur 22 tahun telah berjanji akan serah diri bersama peguamnya pagi esok," katanya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan