tan malaka

tan malaka

kalau sudi jadi pengikut add kt sini

Khamis, 3 Mei 2012

[GEMPAR] Polis Paksa Perempuan Buka Baju Ketika Mahu Dirikan Solat Maghrib



Polis didakwa memaksa perempuan yang memakai baju Bersih menanggalkannya ketika mahu menunaikan solat Maghrib, kata Pengerusi Srikandi KEADILAN, Siti Aishah Sheikh Ismail.

Mengecam arahan yang dibuat di Masjid Jamek, beliau yang berada di situ menyifatkannya sebagai sangat biadab dan tidak menghormati martabat wanita.

“Wanita ini ke Masjid untuk solat Maghrib, ada antara mereka berehat sambil menunggu LRT dibuka. Masa itulah, sekumpulan polis meluru masuk ke masjid beramai-ramai.

“Polis ugut wanita agar buka baju atau kena tangkap,” katanya kepada Keadilan Daily dan beliau sedang mengumpul bukti lengkap berkaitan insiden itu.

“Semalam, mangsa menemui saya dan memberitahu bersedia memberi bukti video berhubung kebiadaban polis itu.

“Saya masih menunggu bukti dalam bentuk gambar dan video dari sekumpulan wanita yang dipaksa membuka baju,” katanya lagi.

Difahamkan, ketika kejadian beberapa LRT termasuk Masjid Jamek dan stesen Bandaraya dihenti operasi dipercayai bagi menghalang sebahagian peserta Bersih merakam adegan keganasan polis kepada peserta sekitar kawasan itu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan