tan malaka

tan malaka

kalau sudi jadi pengikut add kt sini

Sabtu, 12 Mei 2012

Afdlin Shauki, Harun Salim Bachik dan Johan persenda Himpunan BERSIH dalam video ini..

 


Video yang mempersendakan himpunan BERSIH 3.0 ini dilakonkan oleh beberapa orang pelawak dari Astro yang antaranya merupakan Ahli UMNO, ianya dimuatnaik oleh ‘Bangkang Dari Longkang’.

Video bertajuk ‘Esok Nak demo’ telah berjaya memperolehi  1345 dislikes setakat ini manakala video ‘Demo Anti Demo’ pula telah menerima 451 dislikes…

Ini laporan dari Malaysiakini..

Ketika orang ramai cuba melupakan kepahitan insiden sekitar perhimpunan BERSIH pada 28 April lalu, sekumpulan pelawak, antaranya Afdlin Shauki, cuba membuktikan bahawa ketawa masih ubat terbaik.

Jenaka berbentuk parodi itu bagaimanapun mungkin menimbulkan rasa tidak senang untuk segelintir orang.

Untuk itu, kumpulan yang menamakan diri mereka "Bangkang dari Longkang" mengingatkan:

"Komedi gelap ini dicipta oleh sekumpulan rakyat Malaysia untuk mengetawakan sekumpulan rakyat Malaysia.

"Ia menyentuh banyak perkara daripada situasi sehari-hari sehinggakan politik. Jika anda rasa video ini ditujukan kepada anda, jangan terasa beb!"

Menyiarkan di YouTube semalam, video pertama mengkritik sekumpulan gerakan NGO dan demonstrasi secara umum.


Ia melibatkan pelakon Afdlin Shauki, Harun Salim Bachik dan Johan (Raja Lawak) melakonkan situasi sekumpulan aktivis cuba menganjurkan demonstrasi tetapi gagal mencari tujuannya.

Ketika berbual tentang pemansuhan pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) diperjuangkan, seorang daripada mereka mencadangkan tuntutan pinjaman untuk motosikal dan kereta kawannya ditambah. 

 

1 ulasan: