Video Hasan Ali dakwa kristianisasi 'mubaligh Australia'
Presiden NGO pro-Melayu Jalur Tiga (JATI) Datuk Dr Hasan Ali hari ini mendedahkan video yang didakwa menunjukkan gerakan kristianisasi ke atas orang Islam.
Dua versi video, masing-masing sepanjang 42 minit dan 16 minit, didedahkan kepada media dalam satu sidang media di kediaman bekas exco hal ehwal agama Islam Selangor itu, di Petaling Jaya.
Video berkenaan antara lainnya menunjukkan temubual dengan sepasang suami isteri yang mendakwa pernah dikristiankan oleh sekumpulan mubaligh Australia.
Seorang daripadanya, yang dinyatakan identiti samaran sebagai Ramli Abdullah, 47, turut menceritakan bahawa beliau pada asalnya didekati kumpulan mubaligh berkenaan yang menawarkan pekerjaan, tempat tinggal dan juga makan minum.
Menjelaskan latar belakangnya sehingga terjebak dengan gerakan tersebut, Ramli berkata ia bermula pada tahun 2002 sewaktu beliau mengalami masalah kesihatan.
Kemudian satu pasangan mubaligh daripada Australia memberi bantuan dengan membawanya ke hospital dan membenarkan beliau tinggal bersama mereka di Puchong.
Dakwa diberi wang, kereta
"Saya tidak tahu (mereka) adalah organisasi Kristian. Saya keluar masuk, dan tertarik dengan layanan (mereka). Dulu latar belakang saya yang kasar, tetapi boleh tertarik dengan kebaikan mereka," kata Ramli dalam video itu.
Ramli juga mendakwa, beliau pernah bertemu dengan sekumpulan orang Melayu yang juga telah dimurtadkan di Klang, dan juga sehingga 400 orang lain di seluruh negara.
Beliau juga mendakwa pernah menerima bantuan tempat tinggal di sebuah rumah di Kelana Jaya, barangan keperluan harian, wang untuk perbelanjaan berjumlah antara RM2,000 hingga RM5,000 dan juga sebuah kereta daripada kumpulan mubaligh tersebut.
Ramli juga mendakwa bahawa beliau pernah ditawarkan satu pekerjaan tetap, antara tahun 2004 hingga 2008, untuk menterjemah kitab Injil New Testament ke dalam bahasa Melayu.
'Dibaptis' di kolam renang
Dakwanya lagi, terdapat juga kumpulan Kristian, terdiri daripada "orang putih", yang turut mengamalkan cara hidup Islam.
Malah ada di antaranya yang pergi ke surau dan masjid dengan berjubah dan berketayap, dakwanya.
Kumpulan "orang putih" itu juga menggunakan bahasa Melayu dan juga perkataan Arab seperti "Assalamualaikum" dan "Alhamdulillah" serta menggunakan cerita dalam surah dalam Al-Quran untuk mendekati orang Islam, dakwanya.
Lelaki itu juga mendakwa pernah dimasukkan ke dalam satu kolam renang di sebuah apartmen di Kuala Lumpur, sebagai satu simbolik upacara pembaptisan.
Lelaki berkenaan, bersama isterinya, bagaimanapun telah kembali kepada Islam pada akhir tahun lalu, dakwa seorang pembantu Hasan Ali yang menayangkan video berkenaan.
Pembantu berkenaan, Suwardi Yaacob berkata demikian ketika ditanya sama ada pasangan berkenaan telah kembali memeluk Islam.
Dihalang rakam foto, suara
Dalam sidang medianya, Hasan berkata identiti kesemua individu yang ditemubual dalam rakaman tersebut tidak ditunjukkan atas alasan keselamatan.
Wartawan juga tidak dibenarkan merakam apa-apa bahagian daripada tayangan tersebut.
"Memandangkan eksklusiviti rakaman yang dibuat, terutama melibatkan kedua-dua individu, saya dinasihatkan oleh barisan peguam dan individu yang beri pandangan mengenai perkara ini (untuk) tidak mengizinkan mana-mana pihak menerbitkan semua sebahagian atau sepenuhnya rakaman yang dibuat.
"Permasalah keselamatan diri dan reputasi individu terlibat menjejaskan perkara pokok mengapa rakaman semula tidak dapat diberikan kebenaran," kata Hasan lagi.
Video berkenaan merupakan bahan yang sering diuar-uarkan Hasan, sebagai bukti bahawa gerakan Kristian telah menjalankan usaha memurtadkan orang Islam, dalam siri jelajahnya selepas menubuhkan JATI. -mk
Ulasan GB
Memang hampeh. Video yang tidak ada standard dan tidak berkredibiliti untuk sebarang pendakwaan atau bahan bukti.
Hanya sekadar rakaman temubual pengakuan. Pengakuan boleh direka oleh sesiapa. Dan apatah lagi wajah orang yang membuat pengakuan tidak didedahkan kononnya di atas alasan keselamatan.
Kita sangkakan ada intipan ke atau ada rakaman CCTV sulit ke atau seumpamanya. barulah ada "merit" untuk dibincang, dibahaskan atau disiasat. Itu pun kena lalui proses tertentu terlebih dahulu. Bukan sekadar macam Video Datuk T yang jelas penipuannya dan kantoi sebelum dapat "ditayangkan di pawagam" lagi.
Kalau sekadar pengakuan "didekati kumpulan mubaligh berkenaan yang menawarkan pekerjaan, tempat tinggal dan juga makan minum", itu setiap hari ada dan berlaku di mana-mana. Tak payah cakap. Hanya yang mengikut tu sahaja yang bersalah sebab tak kuat iman.
Apatah lagi kejadian "kristianisasi" itu dikatakan berlaku pada tahun 2004. Siapa memerintah Selangor dan siapa Exco Agama Selangor ketika itu? Kenapa mahu serang exco agama sekarang?
Memang patutlah PAS arah ahlinya agar jangan layan temberang Hassan Ali tersebut.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan