tan malaka

tan malaka

kalau sudi jadi pengikut add kt sini

Rabu, 18 April 2012

Masa yang Hilang

RABU, 18 April 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH


Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), seperti yang dilaporkan oleh Bloomberg, meningkatkan ramalan pertumbuhan global untuk kali pertama dalam tempoh lebih setahun, dengan Amerika Syarikat merangsangkan tinjauan, meskipun penambahbaikan terbaharu masih "sangat lemah."  

Ekonomi dunia akan berkembang 3.5 peratus pada tahun ini, berbanding dengan ramalan  3.3 peratus pada Januari, seperti yang dimaklumkan oleh IMF dalam World Economic Outlook terbaharunya.  IMF  mengunjurkan pertumbuhan 4.1 peratus pada tahun 2013, meningkat daripada 4.0 peratus.  IMF juga meningkatkan ramalan  untuk Amerika Syarikat yang dijangkakan mencatatkan pertumbuhan 2.1 peratus tahun ini dan 2.4 peratus pada 2013. 

Laporan itu mencerminkan pandangan IMF bahawa kawasan euro, meskipun masih menghadapi kemerosotn ekonomi dan "sukar menyatakan kuantiti" potensi risiko kemungkiran negara, telah pun stabil pada tahun lalu.  Ekonomi kawasan euro diunjurkan merosot sebanyak 0.3 peratus pada 2012, meningkat daripada 0.5 peratus dalam ramalan IMF sebelum ini.  China diunjurkan tumbuh 8.2 peratus dan Jepun dua peratus pada tahun ini. 

Sejak krisis kewangan melanda pada tahun 2008, output ekonomi di kebanyakan dunia kaya tertegun.  Pada akhir suku keempat tahun 2011, menurut carta harian The Economist, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) di 34 buah negara Organisasi Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) ialah 6.8 peratus lebih rendah daripada KDNK yang berterusan dalam tempoh 1995 - 2007, dengan trend kadar pertumbuhan 2.7 peratus secara purata.  Dari segi monetari, AS$2200 setiap orang.

Carta itu juga memetik ramalan pertumbuhan ekonomil terbaharu yang  IMF untuk tahun hingga 2017, yang dikeluarkan pada 17 April, yang memerlukan negara OECD mengambil masa 2.7 tahun untuk sampai tahap trend output ekonomi  prakrisis.  Menggunakan perhitungan ini untuk tahap setiap negara, jelas bahawa PIIGS (Portugal, Ireland, Italy, Greece, dan Sepanyol), terkandas dalam lumpur. 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan