tan malaka

tan malaka

kalau sudi jadi pengikut add kt sini

Rabu, 25 April 2012

Muhyiddin nak datang, UMNO Bayan Baru tutup jalan dan rezeki peniaga Pasar Malam..



Umno Bahagian Bayan Baru hari ini mendakwa telah mendapat permit polis bagi memasang khemah untuk program kenduri rakyat 1Malaysia di Persiaran Mahsuri, Bayan Baru esok sempena lawatan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin
  
Ketua Penerangan Umno Bahagian Bayan Baru, Datuk Ridzuan Bakar berkata, sehubungan itu tidak timbul isu kononnya khemah untuk majlis kenduri itu didirikan tanpa kebenaran dan telah menutup jalan.
  
"Khemah mula dipasang sejak semalam dan kami tidak menghadapi sebarang masalah daripada penduduk di sini kerana kami telah menyediakan laluan alternatif untuk kemudahan penduduk - Bernama

Kemudiannya satu lagi laporan..

Umno Bahagian Bayan Baru mempertahankan dakwaannya bahawa kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP cuba mensabotaj lawatan Timnbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Pulau Pinang esok.

Malah, ketua penerangan bahagian Datuk Mohd Ridzwan Bakar mempertikaikan kedatangan exco negeri dan wakil rakyat Pakatan Rakyat yang didakwa menyebabkan banyak "pihak terganggu".

"Saya punya firasat mereka cuba mensabotaj majlis. Sebagai pengerusi penganjur saya minta mereka jangan kacau majlis.

"Otak saya bercelaru, banyak benda nak kena atur...angin saya lagi naik. Saya nak kena tengok itu dan ini lagi," katanya merujuk kepada kehadiran exco Abdul Malik Kassim dan anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Jerejak, Sim Tze Tzin ke lokasi persiapan.

Menurutnya kehadiran Sim dan Abdul Malik yang juga ADUN Batu Maung ke lokasi sambutan di Persiaran Mahsuri, Bayan Baru pagi tadi tidak diperlukan.

Umno Pulau Pinang sedang bersiap menyambut timbalan perdana menteri yang tiba Pulau Pinang esok. Muhyiddin dijangka sampai kira-kira jam 11 pagi dan akan meluangkan masa selama dua jam bagi menyampaikan bantuan kepada penduduk setempat - Malaysiakini


Benarkah dakwaan  Ketua Penerangan Umno Bahagian Bayan Baru itu bahawa mereka mendapat kebenaran menutup jalan?

Benarkah  dakwaan  Ketua Penerangan Umno Bahagian Bayan Baru itu bahawa penduduk tidak mempunyai masaalah dengan progam mereka yang menutup jalan itu?

Baca kenyataan Media dari ADUN Batu Maung, YB Malik Kassim di bawah ini..
Saya memandang berat aduan penduduk Batu Maung, yang memaklumkan kepada saya bahawa mereka mengalami kesulitan kerana jalan masuk ke kediaman mereka akan ditutup selama beberapa hari, semata-mata untuk meraikan kedatangan Timbalan Perdana Menteri ke Batu Maung pada 26 April 2012. 

Ia membabitkan lebih 20 blok kediaman dan puluhan lagi rumah-rumah yang melibatkan ribuan keluarga. Penutupan jalan dirancang dari 22 hingga 28 April bagi majlis yang dirancang pada 26hb April 2012.

Bahkan, saya juga menerima aduan daripada para peniaga pasar malam di Lebuhraya Batu Maung yang kebanyakan berbangsa Melayu, di mana rezeki mereka akan terjejas lantaran tidak dapat menjalankan perniagaan kerana tapak perniagaan mereka akan digunakan untuk persiapan majlis berkenaan. Dua pasar malam yang akan terlibat iaitu hari Ahad 22 April dan 24 April hari Selasa.

Justeru, bertindak atas aduan penduduk yang saya wakili, saya bergegas ke tempat tapak berkenaan pada 22/4 hari Ahad jam 11pagi dan mendapati aduan penduduk berasas. Hasil siasatan pihak saya mendapati pihak berkenaan telah menggunakan jalan tersebut tanpa kebenaran pihak berkuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Kerajaan Negeri.

Tindakan pihak berkenaan menutup jalan dan laluan orang ramai tanpa kebenaran pihak berkuasa, menyalahi Seksyen 46, Akta Jalan, Parit dan Bangunan dan menyalahi undang-undang kecil MPPP berhubung pembinaan diatas jalan raya.

Tindakan mereka jelas tidak menghormati undang-undang, bahkan membelakangkan kepentingan rakyat Batu Maung, yang akan menyebabkan kesusahan dan kerugian.

Lantaran itu, saya telah meminta pihak kontraktor memindahkan barang-barang dari lokasi ini dengan kerjasama pihak Penguatkuasa MPPP, pihak PDRM juga hadir dan selepas kira 3 jam pihak kontraktor beredar dan membuka jalan ini. 

Semasa itu peniaga pasar malam telah mula sampai dan kelihatan marah dan gelisah sebab persiapan perniagaan mereka seperti makanan dan bahan mentah seperti ikan, sayur akan rosak dan terpaksa menangung kerugian. Saya juga bertanya sebab apa pihak penganjur tidak mengunakan Padang Taman  Iping yang luas atau dewan-dewan yang ada di sekitaran.
*KENYATAAN MEDIA OLEH YB ABDUL MALIK KASSIM ADUN BATU MAUNG PADA 25 MEI 2012*

Tiada ulasan:

Catat Ulasan