BANYAK BETUL BUDI YG UMNO BUAT UNTUK RAKYAT..?CUBA JELASKAN BUDI APA..!! MEROMPAK ADALAH..KAH..KAH..KAH..
Nampaknya PM Najib dan isteri Rosmah Mansor telah sekali lagi tersilap dalam memberi komen ke atas isu terbaru ini.
Semakin keadaan tegang memuncak di kalangan belia negara atas kos
pendidikan yang semakin meningkat, kerajaan Najib meluluskan beberapa
siri penyelamatan dan pembelian kepentingan yang terang-terangan memihak
kepada kroni perniagaan, Rosmah juga membuat percubaan mempertahankan
suaminya.
"Ada satu pepatah Inggeris yang mengatakan Don’t bite the hand that
feeds you (jadi jangan tak tahu mengenang budi)," Bernama melaporkan
Rosmah berkata demikian dalam ucapannya pada majlis pelancaran A Step to
University di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) tahun 2012
pada hari Ahad.
Tidak sensitif
Rosmah segera ditegur kerana "kenyataannya yang tidak sensitif",
berbanding Khaled Nordin, menteri pendidikan tinggi yang dikecam kerana
kenyataannya kepada pelajar yang menunjuk perasaan memang patut dipukul
samseng seramai lebih 40 orang yang dipercayai diupah Umno.
Pelajar merupakan sebahagian daripada kumpulan yang telah berkhemah di
Dataran Merdeka di Kuala Lumpur untuk membantah PTPTN, singkatan bagi
program pinjaman pelajar yang mendapat kritikan dan melancarkan
pergerakan Occupy Dataran, untuk menggesa diberi ruang demokrasi yang
lebih besar.
"Tiada siapa yang menyuruh mereka berkhemah di Dataran. Jadi, apabila
perkara-perkara ini berlaku, jangan minta kasihan pula," luah Khaled di
akaun Twitternya apabila berita serangan samseng dilaporkan.
Memandang rendah pada pelajar
Malah, ia kelihatan sedikit bodoh bagi Rosmah untuk memberi komen sedemikian kepada pelajar jika diamati dari tabiat borosnya.
Rosmah, yang menggelar dirinya Wanita Pertama Malaysia atau FLOM, telah
dibelenggu kontroversi sejak Najib mengambil alih sebagai PM pada April
2009. Cara kurang ajar beliau, gaya autokratik dan desakan untuk
mencampuri hal ehwal negara telah menjadikan ramai rakyat Malaysia
marah.
Lebih buruk lagi, gaya hidup mewah dan keborosannya berbelanja lebih
hebat daripada Imelda Marcos, bekas wanita pertama Filipina, dan ini
menyebabkan kebimbangan yang serius bahawa dia dan suaminya akan
menyalahgunakan kuasa mereka dan menggunakan dana awam untuk membiayai
perbelanjaan peribadi mereka.
"Sudah jelas Rosmah tidak memahami masalah pelajar dan bagaimana
perasaan mereka terhadap progres pembangunan negara ini. Kami telah
bercakap tentang pelajar universiti dan kolej. Mereka bijak dan boleh
mengesan jika ada sesuatu yang tidak betul. Dimana perginya semua wang
itu? Kenapa bayaran tol dan keperluan harian yang lain begitu mahal? "
Naib presiden PKR Chua Jui Meng memberitahu Malaysia Chronicle.
"Namun yang kaya menjadi semakin kaya dan Rosmah terus berbelanja. Para
kroni terus mendapat kontrak besar dan tidak perlu membayar balik kepada
kerajaan. Namun, pelajar perlu membayar untuk kos pembiayaan pelajaran
mereka. Bagaimana ini boleh berlaku? Amat disesali apabila Rosmah dan
Najib seolah-olah berfikir pelajar terlalu muda atau terlalu bodoh untuk
memahami kebenaran itu. Mereka menyalahkan Pembangkang kerana meniupkan
api kemarahan pelajar terhadap BN. Tetapi ia adalah sebenarnya satu
dakwaan yang dahsyat keatas belia
yang mempunyai kepimpinan negara yang begitu memandang rendah kepada mereka."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan