tan malaka

tan malaka

kalau sudi jadi pengikut add kt sini

Ahad, 15 April 2012

Panas: Tamparan Hebat Kepada Annuar Musa, 50 Ahli UMNO Ketereh "Keluar Parti" Dan Sertai PAS

 !

KETEREH, 15 April - "Sudah jatuh ditimpa tangga", itulah istilah yang boleh kita gambarkan kepada Ketua UMNO Keterah, Tan Sri Annuar Musa (foto). Beliau yang baru saja digantung dua tahun setengah oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kini kehilangan pula orang kuatnya apabila mereka bertindak keluar UMNO malam tadi. Mereka yang keluar bukanlah calang-calang orang kerana mempunyai jawatan, antara mereka ialah Penghulu UMNO (Penyelia Pembangunan Mukim) dan Ketua Pemuda UMNO Cawangan sendiri. Laporan harakahdaily dipetik, malam tadi seramai 50 orang pengikut setia Anuar Musa di DUN Ketereh bertindak keluar parti  dan menyertai PAS. Mereka terdiri daripaa Penghulu UMNO dari empat mukim di Ketereh yang diketuai oleh Rafia Jusoh,67, dari PPM Lancang. Sementara itu tiga lagi yang berbuat demikian ialah Sanusi Jaya (PPM Buloh Poh), Zakaria Awang Lah (PPM Kayu Rendang) dan Ismail Jaafar (PPM Chegar). Manakala seorang lagi ialah Ketua Pemuda UMNO Lancang, Abdul Rahman Abdul Rahim.  Rafia yang lebih dikenali sebagai Paksu Ya menyerah borang menyertai PAS kepada Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada program ceramah yang diadakan di perkarangan rumahnya di Kampung Durian Pahit. Ribuan hadir mengikut ceramah tersebut terpaksa bersila dalam kebun pokok dokong dan bendang kontang memandangkan perkarangan rumah Paksu Ya agak sempit. Manakala kenderaan diletak sejauh hampir satu kilometer dan terpaksa berjalan kaki melintasi bendang padi jauh sayup mata memandang. aksu Ya yang dilantik sebagai penghulu kerajaan negeri ketika Kelantan di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN), kemudian dilantik pula  sebagai PPM selepas PAS mentadbir Kelantan pada 1990. Jawatan disandangnya sehingga 2010 apabila tidak disambung lagi perkhidmatannya dan tempatnya diganti Ketua Cawangan Umno Kampung Durian Pahit. Katanya, beliau sudah lama melihat rakyat terutamanya petani didera pemimpin UMNO apabila cuba menyukarkan mereka mendapat bantuan di bawah kerajaan pusat. “Paksu masih ingat baja cap dacing tidak diberi kepada penyokong PAS. PPM tidak mahu menandatangani borang permohonan milik mereka. “Namun apabila datang ke sini Paksu tak kira terus tandatangan borang mereka tanpa mengira  penyokong PAS atau UMNO. Paksu kasihan melihat mereka datang dari jauh kerana PPM di kampung mereka enggan menurunkan tanda tangan,” katanya. Hadir sama Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah, Yang Dipertua PAS Ketereh, Wan Ismail Wan Jusoh, anggota parlimen Ketereh, Abdul Aziz Kadir, Penyelia DUN Kok Lanas, Nik Mahadi Nik Mahmood dan Ketua Penerangan PAS Ketereh, Abdul Manaf Abdullah.

3 ulasan:

  1. Insyallah barisan nasional menang di kelantan.. Setakat 50 org tak jejas..

    BalasPadam
  2. Pas semakin rosak, TUKAR Kelantan Jangan KEKAL Pas aka parti perosak islam

    BalasPadam
  3. sy kenal semua nama yg disebut di atas tu. sebab sy bkn orang politik dan sy takut byk kena bercerita di padang mashyar jadi baik sy diam je la.

    yg pasti, mereka masuk pas pun, mereka tetap tidak mgamalkan islam dlm kehidupan sharian.

    BalasPadam