23 April 2012.
1. SAMM telah selesai siri jelajah seluruh semenanjung Malaysia bertemu
secara terus dengan aktivis SAMM akar umbi serta aktivis organisasi
sekutu jadual terakhir atas nama Jelajah Anak Muda (SAMM) - Bersih 3.0
yang terakhir akan diadakan di Jalan Berserah, Kuantan pada 26 April
ini. Dalam siri jelajah ini ternyata sambutan rakyat dan respon agak
luar biasa. Contohnya di Pontian (kampung Ketua Penerangan Umno Pusat)
tanpa nama besar tetapi telah berjaya menarik lebih 2000 orang tempatan
untuk hadir bersama. Program jelajah SAMM punya 3 elemen penting iaitu
pertemuan tertutup, edaran risalah dan Ceramah umum. Hasil positif dan
memberansangkan setakat ini membayangkan lautan manusia hadir bersama
pada 28 April 2012. Pertemuan tertutup bukan sekadar dengan anggota SAMM
tetapi ada beberapa peringkat pertemuan turut melibatkan rakan - rakan
organisasi sekutu ke arah memaksimakan mobilisasi ke BERSIH 3.0 .
Himpunan Ceramah umum Jelajah SAMM - BERSIH 3.0 mendapat sambutan hebat
di perbagai tempat kehadiran antara 1000 - 5000 orang.
2. PRU akan datang akan menjadi PRU paling kotor dalam sejarah, perbagai
penipuan telah didedahkan. Ternyata SPR akan memainkan peranan jahat
selaku pengendali pilihanraya yang pincang dan berat sebelah. Untuk itu
tuntutan SAMM sebelum PRU ialah bersihkan senarai pemilih dan proses
menangani kepincangan SPR ini harus bermula dengan desakan Tan
Sri Dato' Seri Abdul Aziz bin Mohd Yusof harus meletakan jawatan.
Ternyata dalam banyak perkara beliau dan beberapa anggota SPR bermain
politik, jika mereka ingin jadi orang politik maka dicabar letak saja
jawatan dan jadi calon Bn di mana - mana saja pasti ada rakyat yang
bersedia berdepan dengannya dalam sistem demokrasi secara anak jantan.
3. SAMM dengan ini mengajak seluruh
rakyat Malaysia khususnya anak muda untuk berada di Dataran Merdeka,
Kuala Lumpur 28 April 2012, bermula jam 2 petang bagi menunjukkan kuasa
rakyat dalam memberikan tekanan pemulihan proses pilihanraya dengan
membersihkan senarai pemilih. Telah diumumkan juga beberapa lokasi lain
perhimpunan namun bagi SAMM dalam negara seharusnya di Malaysia
mobilisasi ditumpukan ke dataran Merdeka sahaja kecuali Sarawak di
Kuching dan Sabah di Kota Kinabalu. Ini kerana jika bertumpu kepada
Dataran Merdeka sahaja maka tumpuan kekuatan rakyat boleh difokuskan dan
tidak memustahilkan sasaran BERSIH 3.0 seramai 500,000 orang.
4. Himpunan kali ini perlu dilihat
dengan serius dan perlu disertai semua. Sikap SPR dan ditambah dengan
beberapa pindaan mengarut kononya atas nama reformasi proses PRU akan
melengkapkan lagi penipuan bagi memenangkan regim penguasa. 28 April
semua wajib turun. SAMM berpendapat jika PRU dilakukan dengan kendalian
pasukan SPR yang sama serta tanpa pembersihan senarai pemilih maka PR
akan hilang kerusi malah negeri yang ditadbirnya. Kerana itu Yang
Berhormat - yang berhormat perlu lebih serius , jika angka tidak
menjangkau ratusan ribu berkumpul maka bersedialah untuk membawa kotak
ke pejabat masing - masing dan mula bungkus barang, anda semua akan
kalah bukan kerana tidak mendapat sokongan tetapi akan ditipu dalam
proses PRU pincang. Maka semua YB-YB (bukan Bn) kini kamu semua tidak
ada selain bersama dalam menggerakkan penyokong turut sama ke Dataran
Merdeka. Setiap YB wajib membawa sekurang kurangnya 1000 orang ke
Dataran Merdeka 28 April nanti. Jangan nanti lepas PRU baru nak merengek
persoalan ditipu SPR, sekarang ini gembeleng tenaga ke jalan raya
sebelum pilihanraya.
5. Respon kepada halangan DBKL, SAMM
menyeru supaya diabaikan respon mengarut tersebut. Ramai pasti tertawa
dengan alasan Dataran Merdeka bukan tempat berhimpun dan hanya untuk
aktiviti peringkat nasional. DBKL keliru atau sengaja ingin mengelirukan
tidak pasti kerana sambutan kemerdekaan dan lain - lain itukan
perhimpunan di lokasi sama dan BERSIH bukan sekadar acara peringkat
nasional tetapi internasional kerana turut diadakan himpunan di puluhan
bandar lain seluruh dunia serentak dengan maksud yang sama. SAMM
bersimpati dengan DBKL yang diperkuda regim penguasa. Semua harus sedar
DBKL hanyalah sebahagian dari aparat regim yang diperkudakan untuk
regim yang menguasai negara dengan pilihanraya pincang ini untuk terus
kekal kuasa. SAMM menggesa, hanya ada satu himpunan BERSIH 3.0 iaitu di
Dataran Merdeka sesuai dengan nama dan semangat lokasi tersebut dan
tidak perlu perubahan.
6. Regim sudah banyak belajar dari
beberapa siri kebangkitan kecil rakyat dalam negara sebelum ini. Kali
ini nampaknya pihak penguasa akan diarahkan supaya bertindak selembut
mungkin, media dilarang memberikan publisiti termasuk mengutuk himpunan
BERSIH. Oleh kerana Najib terpaksa untuk mengadakan PRU dalam masa
terdekat maka semua agensi terpaksa bertindak lembut untuk membolehkan
PRU pincang berjalan juga sekitar sebulan dua ini. Kesempatan ini harus
diambil sepenuhnya oleh rakyat untuk turun seramai mungkin meraikan
Himpunan BERSIH 3.0 bagi menunjukkan betapa rakyat menuntut hak untuk
punya pilihanraya bebas, bersih dan adil. Jika jumlahnya besar pasti
regim penguasa terpaksa sedikit beransur dan mengubah beberapa perkara
dalam pengendalian PRU tetapi jika kurang regim akan segera membuat PRU
dalam keadaan penuh penipuan.
7. Tuntutan rakyat kali jelas,
kepincangan PRU harus segera diperbetulkan, senarai pemilih dibersihkan
dan ia harus dimulakan dengan pemecatan Aziz selaku ketua SPR kerana dia
memainkan peranan ke arah mempersiapkan proses PRU dan daftar pemilih
kotor. Tuntutan jelas dan harus ditunaikan. SAMM tidak menolak
kemungkinan puluhan ribu rakyat akan terus duduk dan berkhemah di Kuala
Lumpur sehingga tuntutan dipenuhi.
8.
Semua termasuk polis juga harus tenang, SAMM masih menyokong pendirian
sebarang pertukaran kerajaan harus berlaku dalam proses pilihanraya
untuk kestabilan dan masa depan negara. Namun rakyat diseru turun
beramai - ramai kali ini adalah untuk menuntut supaya proses pilihanraya
dibersihkan. SAMM sendiri sedia menurunkan 200 marshal terlatih dan
berpengalaman dalam mengendalikan perbagai demonstrasi termasuk 2
himpunan BERSIH yang lepas di mana SAMM antara yang memainkan peranan
utama.
9.
Kejayaan BERSIH 2007 memberikan tekanan kepada SPR sehingga penipuan
dikurangkan dan membuahkan keputusan seperti 2008. BERSIH 2.0 pula telah
membangkitkan tekanan dalam dan luar negara menyebabkan Najib terpaksa
menubuhkan jawatankuasa khas parlimen bagi membetulkan proses
pilihanraya. Dengan tertubuhnya jawatankuasa tersebut maka secara
lansung Najib mengakui sememangnya proses pilihanraya negara ada
kepincangan. Namun malangnya sudahlah peranan wakil bukan Bn dinafikan
untuk punya laporan hasil kerja mereka, malah pengakuan kepincangan
tidak ada satu ditangani dengan pindaan undang - undang pilihanraya yang
diluluskan baru - baru ini. Rakyat perlu bangkit melawan penipuan ini.
28
April 2012, 2 petang, Dataran Merdeka ........... Sekali lagi
diingatkan SAMM tidak menolak kemungkinan akan ada ribuan rakyat akan
duduk paling tidak sehingga tuntutan Pengerusi SPR letak jawatan.
Sekian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan