KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya
Kuala Lumpur (DBKL) akan menutup sementara Dataran Merdeka dan kesemua
laluan ke kawasan itu berkuat kuasa 6 pagi esok sehingga 6 pagi Ahad
ini.
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan
Sri Ahmad Fuad Ismail dalam satu kenyataan hari ini berkata, penutupan
sementara kawasan tersebut kepada orang awam adalah menurut seksyen 65
Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan dikawal di bawah Undang-undang Kecil
Kerajaan Tempatan (Dataran Merdeka) (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur)
1992.
DBKL sebelum ini menolak
permohonan untuk mengadakan protes Duduk Bantah Bersih 3.0 di Dataran
Merdeka Sabtu ini kerana ia tidak bertaraf nasional dan membabitkan
kepentingan masyarakat.
DBKL telah menawarkan Stadium
Titiwangsa di sini, Stadium Badminton dan Stadium Bolasepak Kuala Lumpur
di Cheras sebagai lokasi alternatif.
Perbadanan Stadium Malaysia juga
dilaporkan bersedia menawarkan Stadium Nasional Bukit Jalil sebagai
lokasi perhimpunan manakala pemilik Stadium Merdeka, Merdeka Heritage
Trust, juga dilaporkan bersedia mempertimbangkan permohonan penggunaan
stadium itu sebagai lokasi perhimpunan.
Pengerusi Bersama Bersih 3.0
Datuk S. Ambiga berkata, pihaknya tetap akan mengadakan perhimpunan
walaupun permintaan mereka telah ditolak oleh DBKL dan polis.
Apa punya mangkaq la puak dewan
bandaraya. Macam Dataran tu harta hak milik ekslusif DBKL .. apsal tak
tutup KL sekali .. kan senang. Sengal betul
DBKL - Duduk & Bantah Kuala Lumpur ..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan