tan malaka

tan malaka

kalau sudi jadi pengikut add kt sini

Jumaat, 29 Mac 2013

Panas. Najib umum PRU selepas semua harta diselamatkan!


Panas. Najib umum PRU selepas semua harta diselamatkan!




Merujuk kepada laporan berita The Star bertarikh 22 Mac 2013 – lima hari yang lalu – mengenai bon 1MDB bernilai RM 9.36 bilion. Hutang sedia ada 1MDB sebelum ini berjumlah RM 10.8 bilion. Kini, 1MDB mempunyai hutang sebanyak RM 20.16 bilion dengan tambahan terakhir ini!

Berdasarkan laporan itu, pengeluaran bon terbaru dilakukan secara senyap. Tidak ada sebarang pengumuman awam dibuat.

Oleh kerana tidak ada penjelasan mengenai tujuan bon itu dikeluarkan, tekaan yang boleh dibuat ialah 1MDB akan menggunakan pinjaman itu antara lain untuk membayar syarikat pengeluar janakuasa elektrik swasta atau IPP yang baru ia itu Jimah Power.

Petunjuk ini berdasarkan laporan berita Bloombergs News bertajuk ’1MDB Said to Plan Malaysia Power Asset Buy for $548 Million’ – bertarikh 20 Mac 2013 -  dua hari sebelum berita bon RM 9.36 bilion. Bermakna 1MDB berterusan membeli janakuasa IPP satu demi satu dengan Jimah Power yang terkini dengan  harga RM 1.7 bilion.

Sebelum ini 1MDB telah pun membeli janakuasa kepunyaan Tan Sri Ananda dengan harga RM 8.5 bilion dan Genting Bhd dengan harga RM 2.3 bilion.

Pembelian ini jelas bermotif politik kerana Pakatan Rakyat telah mengumumkan polisi untuk menyusun semula semua terma kontrak TNB dan IPP bagi mengurangkan kos  subsidi gas.
Tren ini menunjukkan tuan punya IPP berkenaan mengambil jalan selamat dengan menjual kepentingan mereka lebih awal kepada Kerajaan dan jika sekiranya BN tewas, mereka telah pun mendapat keuntungan yang sangat lumayan.

Jika itu pertimbangan tuan punya IPP, apa pula pertimbangan Kerajaan membeli syarikat yang mungkin tidak lagi berdaya maju di kemudian hari?
Kenapa satu demi satu IPP ini diselamatkan?

Adakah penyaluran dana pilihanraya melalui keuntungan penjualan itu adalah satu dari pertimbangan?

Akhirnya rakyat Malaysia terpaksa menanggung beban hutang yang semakin besar dan kroni BN telah pun mengaut keuntungan mereka.

Bagi seorang pemimpin yang bermoral dan Kerajaan yang jujur, semua urusan sebegini boleh ditangguhkan sehingga mandat baru diperolehi – kecuali secara diam-diam semua pihak iaitu pemimpin Kerajaan dan syarikat kroni telah pun  mempersiapkan diri mereka menerima  kemungkinan BN tewas dalam  pilihanraya ini. Ini adalah tidak adil untuk majoriti rakyat Malaysia.
Ketika mereka menunggu-nunggu tarikh Parlimen dibubarkan, Kerajaan DS Najib pula    sibuk menyusun ‘agenda kewangan’ dan menggalas apa yang ada pada saat-saat akhir dengan cara melengah-lengahkan pembubaran.

Amat malang bagi rakyat Malaysia. Mereka menunggu-nunggu, harta negara pula sedang digalas.

Selasa, 19 Mac 2013

macam mana tanah-tanah sarawak dirampas pengakuan keluarga taib mahmud? video inside

Di Sebalik Bayang-Bayang Sebuah Negeri Di Malaysia



Keputusan mahkamah sangat tidak adil – Keluarga Aminulrasyid KUALA LUMPUR 5 Dis: “Keputusan mahkamah memang sangat tidak adil kepada pihak kami,” kata Azura Amzah, kakak kepada Aminulrasyid Amzah, 15, yang ditembak mati anggota polis dua tahun lalu. 

Keluarganya tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini yang membebaskan tertuduh, Koperal Jenain Subi daripada tuduhan menyebabkan kematian Aminulrasyid. 

Semasa mahkamah mengumumkan keputusan itu pagi tadi, Azura dan keluarganya tidak ke mahkamah, tetapi mengikuti perkembangan melalui internet. 

Hakim Datuk Abdul Rahman Sebi memutuskan keputusan tersebut selepas menerima rayuan Jenain, 49, terhadap sabitan dan hukuman penjara lima tahun yang dijatuhkan ke atasnya oleh Mahkamah Sesyen di sini pada September tahun lepas. SEMUA BANGUN MELAWAN KERANA TIDAK ADIL

BERITA BURUK UNTUK UMNO/BN JOHOR....DSAI SAHKAN LIM KIT SIANG ADALAH CALON PAKATAN RAKYAT PARLIMEN P162 GELANG PATAH, JOHOR!!!!




Bakal PM ke-7, Ins'y Allah, Dato' Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pemimpin parlimen DAP Lim Kit Siang sebagai calon Pakatan Rakyat untuk kerusi parlimen P162 Gelang Patah, Johor

Beliau membuat pengumuman itu dalam majlis sambutan ulangtahun ke-47 DAP di Sutera Mall, Skudai, Johor menjelang jam 9.30 malam tadi

Ketua Wanita MCA Johor Tan Ah Eng memenangi kerusi itu dalam pilihan raya umum 2008 menewaskan calon PKR Zaliha Mustafa dengan majoriti 8851 undi.

Ia merupakan salah satu daripada beberapa kerusi parlimen di Johor dengan lebih 50 peratus pengundi Cina.

DSAI dalam ucapannya di majlis itu yang dihadiri kira-kira 30,000 orang mengakui bahawa Gelang Patah merupakan kerusi PKR, namun perkara itu boleh dirunding, katanya.
"Saya masih berpendapat bahawa ia masih kerusi PKR. Tapi jika Kit Siang datang dan bantu kita, pimpin kita dan menjadi calon Gelang Patah, saya beri sokongan penuh," katanya.

Beliau kemudiannya menjemput Lim serta pemimpin DAP lain untuk tampil ke atas pentas sebelum mengumumkan sokongannya kepada pemimpin veteran tersebut untuk bertanding di kerusi berkenaan.

Kerusi berkenaan ditandingi PKR dalam dua pilihan raya umum terakhir.
Perebutan kerusi tersebut sebelum ini mencetus pergeseran di antara ketua DAP Johor Dr Boo Cheng Hau dan ketua PKR negeri Datuk Seri Chua Jui Meng.

HABISLAH UMNO/BN DIJOHOR KALI INI...ALAMATNYA SEMUA KERUSI PARLIMEN MAU PUN DUN YANG MAJORITI PENGUNDI CINA DIJOHOR BAKAL DIMENANGI OLEH PAKATAN RAKYAT..INS'Y ALLAH.

KINI PAKATAN RAKYAT JOHOR MENGABUNGKAN TIGA GERGASI POLITIKAWAN YANG CUKUP TERKENAL DAN HEBAT SERTA DIGERUNI UMNO/BN....SALAHUDDIN AYUB DARI PAS, LIM KIT SIANG DARI DAP DAN DATO' CHUA JUI MENG DARI PKR.

KALAU UMNO KATA IANYA TIDAK MENGGUGAT SEDIKIT PUN UMNO/BN DIJOHOR.. SAH PENIPUS BESAR!!!!

Kiram tarik balik gencatan senjata, arah pengikutnya terus berperang


   

KUALA LUMPUR, 18 Mac — Jamalul Kiram III yang mengakui dirinya Sultan Sulu telah menarik balik gencatan senjata bagi pihaknya dan mengarahkan pengikutnya di Sabah menjalankan perang gerila ke atas pasukan keselamatan Malaysia, menurut laporan media Filipina.

The Philippine Star memetik Sultan Sulu tersebut berkata bahawa penarikan balik tenteranya yang diketuai oleh adiknya Agbimuddin di Sabah bukan suatu pilihan.

“Mereka sudahpun berada di tanahair mereka, mengapa perlu pulang semula?” kata Kiram kepada wartawan di kediamannya di Bandar Taguig.

Abraham Idjirani yang merupakan jurucakap kesultanan berkata penentangan di Sabah akan diteruskan.
Beliau berkata arahan gencatan senjatan yang ditawarkan oleh kesultanan telah ditarik balik dan tentera sultan telah diarahkan untuk menjalankan operasi “serang dan lari” ke atas Malaysia.

Isnin, 18 Mac 2013

PANAS!! Akhirnya Bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM Memohon Maaf Kepada Menteri Besar Selangor.. Jom Terjah!!





KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Ahmad Said Hamdan akan membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam kes saman berkaitan dakwaan salah guna kuasa menteri besar itu, empat tahun lalu.
Permohonan maaf itu dijangka direkod di Mahkamah Tinggi di sini esok di hadapan Hakim Lau Bee Lan.
Abdul Khalid semalam berkata kepada media, pihaknya bersyukur ekoran persetujuan pihak berkenaan untuk memohon maaf secara terbuka ekoran kenyataan yang dikeluarkan mereka berkaitan penyelenggaraan kereta peribadinya, dan pembelian 46 ekor lembu untuk sambutan Hari Raya Korban bagi kawasan Bandar Tun Razak pada tahun 2009.

Menurutnya, permohonan maaf secara terbuka itu sekali gus menamatkan kes saman terhadap Ahmad Said, SPRM dan Kerajaan Malaysia.
Menteri besar berkata, tuduhan salah guna kuasa itu tidak berasas dan mencemarkan nama baiknya sebagai seorang Muslim dan menteri besar.
"SPRM dan pihak polis perlu jalankan tugas secara profesional kerana sebagai menteri besar saya amat menitikberatkan integriti dan ketelusan," katanya.
Menurutnya, sepanjang lima tahun pentadbiran pemimpin Pakatan Rakyat, tiada seorang pun pegawai kanan kerajaan dan Exco Selangor dikaitkan dalam kes rasuah.
"Saya percaya ia akan menjadi elemen pertama kepada rakyat dalam pilihan raya umum tidak lama lagi," katanya.
Pada 27 April 2009 Abdul Khalid mengemukakan saman tersebut dengan menamakan Ahmad Said, SPRM dan Kerajaan Malaysia sebagai defendan.
Saman dikemukakan ekoran Ahmad Said telah membuat kenyataan mengenai hasil siasatan suruhanjaya itu berhubung penyalahgunaan kuasa oleh Abdul Khalid berhubung penyelengaraan bagi kereta peribadinya dan pembelian 46 ekor lembu bagi Hari Raya Aidiladha untuk kawasan Parlimen Bandar Tun Razak yang diwakili Abdul Khalid.

Dalam pernyataan tuntutannya, Abdul Khalid mendakwa perkataan memfitnah yang dikeluarkan oleh Ahmad Said telah menyebabkannya diterbitkan oleh media, berniat untuk merendahkan kapasitinya secara peribadi dan rasmi.

Peguam Kes Scorpene Di Temui Mati



KUALA LUMPUR 18 MAC: Peguam Perancis, Oliview Metzner, yang mewakili firma pertahanan DCNS dalam inkuiri kehakiman kes Scorpene, ditemui mati didakwa sebagai kes bunuh diri.Inkuiri kehakiman itu dimulakan oleh NGO hak asasi Malaysia, Suara Rakyat Malaysia (Suaram).Mengikut BBC News Europe, mayat Metzner (gambar) ditemui terapung di lautan berhampiran pulau peribadinya di Brittany, barat laut Perancis.

Dilaporkan, polis menemui satu nota bunuh diri.Metzner mewakili kepentingan dalam DCNS – syarikat menjual dua kapal selam Scorpene kepada Malaysia sedekad lalu.Suaram memfailkan siasatan kehakiman kepada mahkamah Perancis pada 2009 berhubung kemungkinan wujudnya rasuah dalam perjanjian Scorpene.

Kapal selam Scorpene yang dibeli dari DCNS di Perancis – melibatkan komisen lebih RM500 juta dibayar kepada Perimekar Sdn Bhd, syarikat milik rakan baik Perdana Menteri – Abdul Razak Baginda.Skandal ini dikatakan turut berhubung kait dengan pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaaribuu yang dibunuh secara kejam mengguna peledak C4 dari Kementerian Pertahanan pada 2006.

Hakim Roger Le Loire dan Serge Tournaire kini sedang meneruskan siasatan terhadap kes berkenaan di Mahkamah Tribunal deGrande Instance Perancis.Tujuh saksi dinamakan termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi; penyiasat persendirian, P Balasubramaniam, Abdul Razak Baginda, isteri Razak, Mazlinda Makhzan, pembantu kanan beliau, Jasbir Singh Chahl serta Ahli Perniagaan, Lodin Wok Kamaruddin.

Balasubramaniam bagaimanapun meninggal dunia Jumaat lalu akibat serangan jantung.Siasatan mendapati Gifen – sebuah subsyarikat kepada DCNS berpangkalan di Malta, berperanan sebagai pembuat bayaran. ~keadilandaily

Jumaat, 15 Mac 2013

New York Times dedah Kerajaan Malaysia guna spy ware utk intip negara sendiri/new-york-times-dedah-kerajaan-malaysia.

JIKA selama ini anda bimbang komputer anda diceroboh oleh penggodam, sila fikir sekali lagi. Penceroboh sistem komputer anda bukanlah di kalangan penggodam semata-mata, malah rejim Umno dan Barisan Nasional turut melakukan perkara yang sama kepada anda.

Perkara ini didedahkan oleh The York Times, di mana Malaysia termasuk di dalam senarai 25 negara-negara di dunia yang menggunakan 'spyware' untuk menceroboh dan mengintip data serta maklumat peribadi di komputer anda.



The New York Times melaporkan, Malaysia adalah antara 25 negara yang menggunakan perisian “spyware” bagi mengintip rakyatnya dengan mengambil gambar mereka dari skrin komputer, merekod perbualan Skype, kamera, mikrofon komputer operasi taip di keyboard dan lain-lain.

Akhbar itu turut mendedahkan, di Ethiopia, "spyware" ini dihantar kepada target melalui email, mengumpan mangsa untuk klik file seperti gambar dan lain-lain sekaligus komputer akan memuat turun spyware tersebut secara automatik dan beroperasi untuk mengintip.

Data-data serta maklumat peribadi mangsa akan dihantar kepada server dan boleh dimuat turun oleh pihak tertentu yang memasangnya.

ReJaM© "Sibuk intip rakyat sendiri penceroboh masuk Sabah pun tak sedar "

Panas!! Pendedahan Bekas Ketua Menteri Yang Tak Disiarkan Utusan, RTM Dan TV3..





Bekas ketua menteri Sabah Tan Sri Harris Salleh mendakwa mendapat maklumat bahawa polis menjalankan operasi merampas dan memusnahkan dokumen pengenalan diri yang diberikan kepada masyarakat Suluk di negeri itu.


Laporan portal berita Daily Express menyebut, Harris mengutus surat kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein agar menghentikan operasi ke atas masyarakat Suluk di Lahad Datu dan Semporna itu.



Menurut laporan itu, Harris mendakwa diminta berbuat demikian oleh beberapa orang pemimpin masyarakat tersebut.


"Pemimpin Suluk ini melaporkan bahawa polis mengambil kad pengenalan mereka dan dokumen IMM3 (orang Suluk) dan memusnahkannya.


“Ini tidak wajar bagi pasukan polis Malaysia. Perbuatan ini bertentangan dengan apa jua tamadun yang diketahui, mahupun dari segi agama, undang-undang dan dasar kerajaan Malaysia,” katanya seperti dipetik dalam laporan itu.


Harris dalam laporan itu juga berkata, polis tidak berkuasa untuk memusnahkan apa-apa dokumen kerajaan persekutuan.


“Mereka hanya boleh berbuat demikian selepas mendapat pengesahan daripada Jabatan Pendaftaran Negara,” katanya lagi.


Tindakan itu juga akan menimbulkan lebih banyak permusuhan di antara orang Suluk dan Sabah, tambahnya.


Kenyataannya itu timbul susulan dakwaan dilaporkan media Filipina mengenai dakwaan pelanggaran hak asasi yang dilakukan pasukan keselamatan Malaysia dalam operasi di pantai timur Sabah.


Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada hari Selasa lalu menafikan dakwaan seperti itu, yang disiarkan Inquirer Global Nation.


Dalam laporan itu, seorang rakyat Filipina mendakwa pasukan keselamatan Malaysia mengheret lelaki Filipina keluar dari rumah mereka di Sandakan, Sabah dan menyuruh mereka berlari sekuat hati sebelum menembak mereka. ~mkini

DEDAH DOKUMEN HURU HARAKAN NEGARA?




Pemuda PAS mendesak Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan butiran dokumen yang didakwa mempunyai rancangan pembangkang untuk menggagalkan pilihan raya melalui keadaan porak-peranda.

"Sekiranya beliau gagal mengemukakan bukti bahawa ada usaha Pakatan Rakyat untuk mencetuskan suasana porak peranda, Pemuda PAS tidak teragak-agak untuk mendesak pemimpin Pakatan mengemukakan saman fitnah terhadap beliau," kata ketua penerangannya Riduan Mohd Nor.
Bernama semalam melaporkan Muhyiddin sebagai mendedahkan rancangan pembangkang untuk menggagalkan pilihan raya umum ke-13 dengan mewujudkan keadaan porak-peranda di negara ini.

Beliau dilapor sebagai berkata, daripada maklumat beberapa dokumen yang boleh dipercayai, pembangkang dipercayai merancang untuk berbuat demikian kerana gementar dengan sokongan rakyat kepada BN yang sudah mula meningkat.

Dalam kenyataannya, Riduan menyifatkan tuduhan Muhyiddin "terlalu berat, fitnah dan serta berunsur hasutan" terhadap Pakatan Rakyat dan boleh menimbulkan ketegangan dan kegelisahan serta mencetuskan suasana panik dan pelbagai penafsiran oleh masyarakat.

"Apakah TPM tidak berfikir dahulu sebelum bercakap dengan memikirkan implikasi yang mungkin akan diterima terhadap masyarakat khususnya pemimpin Pakatan Rakyat daripada ucapan beliau?

"Apa akan jadi sekiranya masyarakat negara ini benar-benar mempercayai kenyataan beliau dan akan terus mengambil langkah negatif terhadap PR seperti membuat provokasi atau tindakan-tindakan ganas yang lain?

"Apakah tidak mungkin terjadi kenyataan beliau menyebabkan rakyat menjadi semakin takut untuk menghadapi pilihanraya serta tidak mahu turun mengundi kerana takutkan sesuatu yang bakal terjadi?" soal Riduan.

Riduan mendakwa timbalan perdana menteri sengaja menambah marak api permusuhan dan ketakutan kepada rakyat dalam suasana negara sedang diancam masalah keganasan dan pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.

Tegasnya, sepatutnya Muhyiddin yang juga timbalan pengerusi Umno itu mententeramkan rakyat dan memberi dorongan supaya rakyat dapat bersama-sama menyuburkan demokrasi di negara ini.

"Pilihan raya adalah suatu proses yang mesti disertai oleh semua rakyat dan ia pula melibatkan parti-parti politik yang bertanding bagi menentukan kepimpinan negara.

"Kenyataan beliau akan memberi reputasi yang buruk ke atas Pakatan dan pemimpinnya dan menjadi kempen buruk terhadap Pakatan serta penyokongnya," katanya sambil menganggap Muhyiddin menghina jutaan rakyat yang memilih pemimpin dan parti politik pilihan mereka.

Sehubungan itu, Riduan mendesak Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Pilihan Raya mengambil tindakan ekoran kenyataan pemimpin nombor negara itu.

Selasa, 12 Mac 2013

TERKINI:VIDEO TANAH PENUDUK KG TAHANG RIMAU DAN TANGGA BATU SEGAMAT DIRAMPAS

PENDUDUK KAMPUNG TAHANG RIMAU DAN TANGGA BATU MEMBUAT BANTAHAN DI TANAH MILIK MEREKA YG DIRAMPAS. DIPERCAYAI PIHAK2 YG TERLIBAT ADALAH PEJABAT TANAH SEGAMAT


Pejabat tanah segamat rampas tanah rizab melayu tanpa rundingan demi wang ringgit sanggup jadi alat
syarikat right gas sdn bhd


pejabat tanah segamat tipu penduduk kampong kononya tanah mereka diambil untuk kemudahan awam..disebaliknya untuk jln keluar masuk syarikat right gas sdn bhd

pej tanah segamat tipu penduduk dgn megatakan projek yg berjalan dh dpt kelulusan..apabila biro bantuan guanman siasat tidak terdapat sebarang kelulusan projek sudah jln..


video protes dari penduduk kampong



penjajah british lebih baik dr pej tanah segamat..


Ahad, 10 Mac 2013

TERHOT ! GAMBAR RUMAH KIRAM ADA DI MESILAU , SABAH ..??? TERSEBAR



Penduduk Kundasang di Harap membantu dalam siasatan..

Soalan ini telah tersebar sejak 25/02/2013..

ADAKAH BENAR RUMAH KIRAM ADA DI MESILAU ?
Sedangkan Kiram telah menghuru-harakan Sabah ?
Ternyata Jika Keluarga KIRAM berada di SABAH sudah tentu Maklumat lebih mudah di Salurkan kepada keluarganya di Sulu..

Kenyataan penceroboh 25/02/2013

Pemimpin kepada kumpulan penceroboh di Lahad Datu, Raja Muda Agbimuddin Kiram berkeras untuk meneruskan tuntutan mereka ke atas Sabah walaupun tarikh akhir yang ditetapkan kerajaan Malaysia agar mereka meninggalkan negara ini telahpun berakhir semalam.

“Terus berjuang atau mati,” kata Agbimuddin kepada stesen radio Filipina, Radyo Inquirer kira-kira jam 9 pagi tadi.

“Saya percaya kami di pihak yang benar dan tempat ini milik kami. Kami akan bertahan,” tambahnya.

SUMBER BERITA SINI






Gambar Rumah Kiram masih belum disahkan oleh mana-mana pihak lagi...tapi akhbar hari ini
mengesahkan beliau memang tinggal di Sabah dan beliau melibatkan diri dalam perniagaan pengangkutan ikan dan kerap berulang-alik dari Lahad Datu ke Kunak, Semporna, Sandakan, Tawau dan Kota Kinabalu.

Menurut penduduk di sini, lelaki yang berpindah ke Semporna dari Lahad Datu baru-baru ini dipercayai telah menghilangkan diri.




AZIMUDDIE @ RAJA MUDA AGBIMUDDIN KIRAM




Keluarga Dakwa Agbimuddin Kiram Masih Hidup -Mstar

Agbimuddin Kiram

Lahad Datu: Polis Letak Azzimudie Dalam Senarai Paling Dikehendaki

9hb.Mac 2013

LAHAD DATU: Pemimpin kumpulan bersenjata Sulu, Raja Muda Azzimudie Kiram dipercayai menjadi orang yang paling dikehendaki dalam senarai polis.

Berusia sekitar 60-an, beliau melibatkan diri dalam perniagaan pengangkutan ikan dan kerap berulang-alik dari Lahad Datu ke Kunak, Semporna, Sandakan, Tawau dan Kota Kinabalu.

Menurut penduduk di sini, lelaki yang berpindah ke Semporna dari Lahad Datu baru-baru ini dipercayai telah menghilangkan diri.

Sumber percaya saudara kepada Sultan Sulu ini turut membantu dalam rundingan bagi menamatkan krisis di Tanduo yang melibatkan kumpulan lelaki bersenjata dan pasukan keselamatan Malaysia.

Mereka berkata polis mula mencari Azzimudie apabila dia tidak ditemui lagi selepas berpindah ke Semporna.

Selain Azzimudie, mereka yang lain yang dikaitkan dengannya juga sedang dicari oleh polis berikutan penangkapan beberapa orang termasuk beberapa saudara mara, anggota beruniform dan ahli politik tempatan.

Polis berkata, sehingga kini lebih daripada 50 orang telah ditahan kerana mempunyai hubungan dengan kumpulan bersenjata.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata mereka ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas).

Beliau berkata tangkapan dibuat di seluruh Sabah dan di luar kawasan operasi Op Daulat yang berpusat di sekitar Kampung Tanjung Batu dan Kampung Tanjung Labian.

"Soal siasat suspek akan dapat mengesahkan beberapa maklumat yang kami perolehi," Ismail berkata semasa sidang akhbar bersama dengan Ketua Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.- Mstar

wira melayu suku mata pancung melayu kubu jambi



PANAS! Inilah Dokumen Yang Menyebabkan Ketua Ekonomi Bank Islam DIGANTUNG!




Share






Setelah heboh mengenai pendedahan seorang ketua ekonomi Bank Islam yang menyatakan bahawa Barisan Nasional (BN) akan kalah dalam dua kemungkinan, belum ada bukti atau keterangan pada ketika itu yang menunjukkan bahawa ianya benar.

Azrul Azwar Ahmad Tajuddin yang mendedahkannya dalam satu forum ekonomi di Singapura(Singapore Regional Outlook) awal tahun ini menyebut antara lainnya memberikan tiga kemungkinan yang akan berlaku apabila pilihanraya umum diadakan tidak lama lagi.

Jelas beliau, pembentangannya dalam forum itu adalah analisa dan perancangan ekonomi Malaysia bagi tahun 2013 dengan mengambil kira semua faktor termasuk politik dan ia sangat berkait rapat dengan hala tuju ekonomi negara.

Dengan tajuk GE13: Tsunami Politik Lebih Hebat, antara salah satu slaid pembentangannya di atas, Azrul memberikan analisisnya berdasarkan faktor ekonomi dan politik semasa termasuk perkembangan dalam Pakatan Rakyat yang bakal menentang BN.

Berdasarkan analisisnya, beliau memberi kemungkinan seperti berikut:

a) Senario dengan kemungkinan sederhana (senario kes terbaik) - BN akan MENANG TIPIS antara 112 ke 122 kerusi parlimen (kekalahan tipis Pakatan Rakyat dengan memperolehi antara 100 ke 110 kerusi)

- Gagal menawan Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan
- Hilang kuasa di Perak dan Negeri Sembilan

b) Senario dengan kemungkinan tinggi (senario kes terbaik) - BN akan KALAH TIPISdengan hanya memperolehi antara 97 ke 107 kerusi parlimen (kemenangan tipis Pakatan Rakyat dengan mendapat antara 115 ke 125 kerusi parlimen)

- Gagal menawan semula Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan
- Kehilangan kuasa di Perak, Negeri Sembilan, Terengganu dan Perlis
- Menang tipis di Pahang dan Johor
- Hilang penguasaan tradisi (simpanan tetap) di Melaka, Sabah dan Sarawak

c) Senario dengan kemungkinan rendah (senario kes terburuk buat BN) - BN akan KALAH BESAR apabila hanya memperolehi antara 82 ke 92 kerusi parlimen (Kemenangan besar Pakatan Rakyat dengan mencatat penguasaan antara 130 hingga 140 kerusi parlimen)

- Gagal menawan kembali Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan
- Kehilangan kuasa di Perak, Negeri Sembilan, Terengganu, Perlis dan Pahang
- Menang tipis di Johor dan Melaka
- Hilang penguasaan tradisi (simpanan tetap) di Sabah dan Sarawak



Pembentangannya dibuat secara profesional tanpa dipengaruhi sesiapa atau mana-mana pihak sama ada BN atau Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun, BN tidak boleh menerima pembentangan dan hasil kajiannya menyebabkan jawatannya digantung seminggu selepas ia disiarkan pertama kali oleh akhbar luar negara berpangkalan di Singapura, The Straits Times.

Azrul dengan tegas menyatakan bahawa analisisnya adalah tepat dan tidak sekali-kali menarik balik pembentangannya biarpun dipercayai Bank Islam memintanya agar menarik balik hasil kerjanya yang sangat profesional.

Malah bank tersebut juga membuat laporan polis atas hasil kajiannya yang kononnya boleh 'menggugat keselamatan negara' padahal sebenarnya pemimpin Umno sendiri yang tidak boleh menerima hakikat pahit yang perlu ditelan sama ada suka atau tidak.

Biarpun beliau dikaitkan sebagai seorang bekas pelajar Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), tempat di mana Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim menimba ilmu di peringkat menengah, namun Azrul naik sehingga ke tahap ini tanpa disokong oleh mana-mana pemimpin apabila membuktikannya sendiri dalam tempoh hanya 10 tahun setelah menamatkan pengajiannya di luar negara.

Beliau juga yakin bahawa kebenaran akan terserlah juga akhirnya.

YDP PAS KAWASAN SEGAMAT PILIH PRU 14 UNTUK MENANG..BUAT AHLI SEMUA JADI BANGANG..



KALAU CALON MACAM NI SURUH BERTANDING DALAM PRU 13 MEMANG KALAH..
SEBAB DIA MEMILIH KEMENANGAN PADA PRU14...JADI LEBIH BAIK BAGI DIA MASUK BERTANDING PADA PRU 14 NANTI..PRU13 GANTIKAN DENGAN CALON YG NAK UMNO JATUH DLM PRU13...




Macam manalah aku tak bengang..bila aku tanya sendiri YDP apa rancangan kita untuk menghadapi pru13.
dengan selambanya dia jawab kita target pru14 bukan pru13..Apa dah jadi dengan perjuangan PAS SEGAMAT NI.kalau setakat pru14 baik aku balik tido tak payah susah-susah nak kempen..YDP segamat tak tahu ke pru14 nanti negara dah bankrap dikerjakan oleh perompak-perompak umno..apalah malang aku duduk dekat segamat ni..siang malam aku bersama rakan sepejuangan pergi serang kubu umno..berbahas,bagi fakta dan risalah tanpa dibayar..keluar duit poket sendiri lagi..bila jumpa YDP bersama sahabat aku malam tu di warong ABE dengan selambanya dia cakap dengan pengikut dia target kita pru14.
terkejut berok aku dengar..orang kuat YDP ni pun boleh setuju pulak..apa punya bahalol daa..
sesama ahli jementah ni pun ada juga YDP tu cakap pru14 target dia..sedih dan pilu dengar ayat macam ni..
aku bukan nak buat fitnah dengan YDP ni..DEMI ALLAH DAN RASUL..TANYALAH SAMA AHLI PAS JEMENTAH..

Patutlah risalah dan fakta yang aku bagi pada dia tentang freemason pun tak disebarkan kepada ahli pas semua..bila risalah tu keluar dekat suara keadilan dan harakah.tak malu ke ydp tu..

salah satu tugas ydp adalah memastikan jentera berjalan lancar..bila usrah atau metting bagilah isu dan fakta
pada ahli..barulah ahli ada ilmu dan tahu apa perjuangan parti sebenar..bukan hanya tengok peranti hp ydp yg cangih tu..ahli pas segamat dengan jementah bukan semua pandai it untuk dapat maklumat diintenet.
mereka kebanyakan orang kampung..tak pandai nak buka internet..jadi tugas YDPlah untuk bagi maklumat isu isu semasa..bukan biarkan dia orang tu terkutang-kanting cari bahan..kalau nak jadi YDP buatlah kerja.
carilah bahan..barulah orang tanya boleh jawab dengan senang..senang nak berhadapan dengan sesiapa saja untuk bahas sesuatu isu..

Ini nampak orang pun dah takut..mungkin takut orang tanya soalan tak boleh nak jawab..so macam mana nak selesaikan masalah ahli nanti..

kenapa nak buat ceramah pun susah..sedangkan permit takda masalah..cuma cari tempat selesai semua urusan permit..
ingatlah kita ni dalam parti pembangkang..atau dalam ertikata pakatan rakyat..jadi kenalah jalinkan hubungan dengan dap dam keadilan..bila bersatu umno boleh tumbang..saya tak sanggup lagi tengok umno ni..kehidupan jadi susah..lagi susah bila rakyat miskin..kalau ydp x per kerja pun bagus..tapi jangan sombong..sy pun ada phd..kalau saya senang tapi bangsasaya susah pun nak buat apa..

kalau YDP tetap nak tunggu pru14..tahun ni jangan bertanding..bagi peluang dekat mana mana orang yang layak yang nakkan parti menang..nanti pru 14 baru bertanding ye..pilihlah calon orang segamat yang layak
boleh berjuang..yang nak tumpaskan umno dam membela rakyat..saya ni pejuang dan reformis..memang sy tak nak pun ada kedudukan dalam parti..demi allah..yang saya nak parti pakatan menang dalam pru13 bukan 14..

walau bagaimana pun saya harap nanti dapat bertanyakan soalan pada ydp pada mesyurat agong pas nnt..
SO BERSEDIALAH DENGAN SOALAN SAYA NANTI....KITA AKAN BERTEMU JUGA DALAM  MESYURAT AGONG NANTI...SALAM..

7 ulasan:

  1. YDP mcm nilah..patut disingkirkan lemah,lembik ta..k ada roh perjuangan itu belom jd yb lagi..mcm tikus cincorot je..jadi jkk kampong pun tak layak...sapa mahluk yang teruk sangat ni??ada gambar dia tak.??pastelah bg tengok..ada tak rupa mcm mickey mouse..
    BalasPadam
  2. hallo bro..suruh dia jual putu mayam dekat tepi lorong gelang chin chin tu je..kah..kah..kah.
    BalasPadam
  3. gue igt ni bkn salah ibu mengandung..tapi byk sgt makan air ketuban masa nk kuar dunia x..sampai tak boleh bezakan pakatan rakyak punya perjuangan..lu tanya dia apa tu jingga..dia boleh jawab tak??kah..kah..kah..
    BalasPadam
  4. WOI YDP KLU NAK MENANG PERCUMA TAK PAYAH MASUK BERTANDINGLAH..MENYUSAHKAN RAKYAT JER..
    ORG SEMUA DH X SABAR..LU NK TGU PRU13 WAT PE..
    MONYET PUN ADA TAHAP KESABARANLAH..
    BalasPadam
  5. Aduhai YDP Segamat...sh kini masih tak tunjuk minat utk menang di PRU13!!! Sedih aku!!! Buat koja acuh x acuh...memang laa nak tumpas!!! Jangan2 cari makan dengan UMNO kot???
    BalasPadam
  6. Monyet ilang sabar? Sape monyet tu....?????
    BalasPadam
  7. Bertindak mengikut arahan ikot je la.. PRU14 nanti laa..

OUR NEW PRIME MINISTER IN THE MAKING !




Kepada Pencacai2 UMNO, Peguam Tua, Profesor Kangkong, Bekas2 Perajurit yang tidak berpangkat, penjilat2 UMNO - 

JANGAN JADI MEROYAN MELIHAT FOTO INI.

94% Pembaca Sinar Harian Online Yakin Pendirian Bapa Saiful Bukhari

KUALA LUMPUR - Polis akan memanggil Azlan Mohd Lazim iaitu bapa Mohd Saiful Bukhari, dalam masa terdekat untuk mengambil keterangan berhubung kenyataannya semalam, kata Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar. Beliau berkata langkah itu diambil bagi mengenal pasti sebab dan tujuan Azlan membuat keterangan sedemikian. "Dalam kes itu, Azlan tidak pernah dipanggil untuk memberi keterangan di mahkamah, dan kalau adapun, keterangan yang dia bagi kepada pihak polis adalah keterangan yang tidak jelas. "Jadi, keterangan itu tidak bernilai dan tidak boleh diguna pakai," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program 'Bersatu Memerangi , bapa Saiful Bukhari tampil memberi keterangan bahawa kes liwat yang melibatkan anaknya dengan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah satu 'konspirasi politik jahat' untuk memburukkan nama pemimpin utama Pakatan Rakyat (PR) itu. Sementara itu, di SERI MANJUNG, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata rakyat perlu adil dalam menilai kenyataan Saiful dan dakwaan bapanya berkaitan pertuduhan liwat terhadap Anwar. "Saya terkejut bapa dia tuduh macam-macam kerana Saiful yang jadi mangsa. Rakyat kena adil kepada orang yang mendakwa menjadi mangsa, bukannya hanya nak bercakap, memfitnah dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas majlis Perasmian Pasar Komuniti dan Karavan Daerah Manjung hari ini. Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor itu meminta pembangkang tidak mengambil kesempatan memperguna Azlan dalam isu tersebut kerana bapa Saiful mengaku tidak mengetahui apa yang berlaku. "Dia hanya mendengar daripada perbicaraan, dan dia pernah merungut dengan mengatakan bahawa pihak kerajaan tidak berjumpa dengannya," katanya. Saiful berpegang teguh pada sumpah laknatnya sebelum ini bahawa beliau pernah diliwat Anwar, sekali gus menolak dakwaan Azlan kononnya pertuduhan terhadap Anwar itu adalah satu fitnah. Saiful berkata beliau percaya isu itu sengaja ditimbulkan bagi mengalih perhatian masyarakat daripada isu 'pengkhianat negara' berikutan kes pencerobohan pengganas Sulu di Sabah ketika ini. Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul pula berkata kenyataan Azlan secara tiba-tiba itu adalah sesuatu yang mengejutkan. "Saya yakin rakyat tertanya-tanya mengapa baru sekarang perkara ini ditimbulkan. Adakah ini cubaan pembangkang untuk mengalih perhatian rakyat terhadap isu yang lebih besar berlaku di negara ini, iaitu pencerobohan di Lahad Datu, Sabah?," katanya. Beliau berkata beberapa pemimpin pembangkang turut mengeluarkan kenyataan tweet 'kantoi' kepada pihak kerajaan sebagai respons mereka untuk menyokong kenyataan Azlan. "Perlu diingat mungkin perkara ini akan berbalik kepada pembangkang juga apabila memainkan isu ini dengan niat untuk meraih sokongan rakyat," katanya. ~sinar harian Namun bancian dari pembaca sinar online menunjukkan sebaliknya..

kerajaan nak jual syarikat glc yg menguntungkan.jual pd sapa?kroni lagi?

*"Kerajaan yang diterajui UMNO dalam perancangan untuk menjual beberapa GLC yang menguntungkan atas sebab-sebab yang meragukan antara yang terlibat berkemungkinan besar ialah """Composites Technology Research Malaysia Sdn Bhd (CTRM" Sykt GLC tersebut bangunkan sejak 1990an bakal "menghilang" statusnya sebagai GLC" "Composites Technology Research Malaysia Sdn Bhd (CTRM) bakal dijual oleh Kerajaan yang di terajui UMNO" "CTRM adalah syarikat Malaysia yang paling terkedepan dalam bidang pembuatan dan teknologi penerbangan (aerospace). "**" "**"Jumlah kontraknya dengan syarikat-syarikat penerbangan dan aerospace terkemuka dunia adalah berjumlah RM8.26 bilion di antara tempoh 2012 hingga 2017." " CTRM juga adalah salah sebuah syarikat milik kerajaan yang mempamerkan prestasi kewangan yang membanggakan, dengan keuntungan di peringkat kumpulan berjumlah RM13 juta (2010) dan RM11 juta (2011). "**" "**"Perolehan kumpulan CTRM juga meningkat dari RM256 juta (2010) kepada RM293 juta (2011)." " Kenapa kerajaan Malaysia ingin melupuskan pegangan sahamnya berjumlah 96.8% itu?" "Hebat dan Pintar Penyamun yang bernama UMNGOK ni erk.. " **Posted by Wally Bandits*

ingat pada kiamat

"*Sebab Kiamat menurut Agama Islam - Kemunculan Imam Mahdi - Kemunculan Dajjal - Turunnya Nabi Isa (AS) - Kemunculan Yakjuj Dan Makjuj - Terbitnya matahari dari Barat ke Timur - Pintu pengampunan akan ditutup - Dab'bat al-Ard akan keluar dari tanah & akan menandai muslim yang sebenar2nya - Kabus selama 40 Hari akan mematikan semua orang beriman sejati shj mereka tidak perlu mengalami tanda2 kiamat lainnya - Sebuah kebakaran besar akan menyebabkan kerusakan, - Pemusnahan Kabah, - Tulisan dalam Al-Quran akan lenyap, - Sangkakala akan ditiup pertama kalinya binatang2 & org2 kafir yang tersisa akan mati, semua gunung & bangunan akan runtuh - Tiupan sangkakala yang kedua kalinya akan membangkitkan semua ciptaan Allah & bertemu di dataran Arafah menuju saat penghakiman mereka.. Dan Matahari akan mendekatkan dirinya ke bumi Nabi MUHAMMAD SAW telah bersabda: "Barang siapa yg mengingatkan ini kepada orang lain, akan Ku buatkan tempat di Syurga baginya pada hari penghakiman kelak."*"atsixty  di 8:45 AM Share  

Sabtu, 9 Mac 2013

paderi tertinggi ktistian katholik memeluk islam

SABTU, 9 MAC 2013Panas hari ini! Paderi tertinggi Kristian Katholik memeluk Islam! Panas hari ini! Paderi tertinggi Kristian Katholik memeluk Islam! "Saya percaya Allah itu satu. Dan saya juga percaya bahawa Nabi Muhammad itu adalah utusan-Nya. Asyhadu Allaaa ilaaa ha illallaaah, wa asyhaduannaaa muhammadur rasullullaaaah  Sumber PAUS Yohanes II, atau yang akrab dipanggil Sri Paus, pimpinan umat katholik sedunia melakukan pidato resmi Vatikan kepada dunia internasional mengenai sikap resminya terhadap konflik berdarah Israel-Palestin di Timur Tengah yang kembali memanas belakangan ini. Namun apa yang kemudian dikatakannya di depan ribuan umat katholik itu ternyata benar-benar me rupakan peristiwa yang sangat mengejutkan! Bahkan boleh dikatakan sebagai "berita abad ini". Ibarat petir di siang bolong, pada pukul 17.00 waktu setempat, Sri Paus mengumumkan kepada seluruh dunia bahawa mulai saat itu, detik itu, beliau menyatakan dirinya masuk ke dalam agama Islam. Saking mengagetkannya pengumuman tersebut, 16 orang di antara ribuan umat yang mendengarkan pidato langsung Sri Paus, langsung dibawa ke hospital kerana mendapat serangan jantung mendadak. Hanya 5 nyawa di antara mereka terselamat. Ketika Sri Paus mengatakan sikapnya dalam pidato tanpa teksnya tersebut, semua umat nampak begitu serius mendengar. Beberapa pimpinan Vatikan nampak seperti tidak terlalu terkejut, bahkan beberapa di antara mereka yang mendengarkan pidato Sri Paus tersebut sedang memegang sesuatu. Mungkin ramai umat katholik di hadapan Sri Paus yang hairan dengan benda apa yang dipegang oleh beberapa Kardinal dan pimpinan Vatikan itu. Ternyata mereka sedang memegang tasbih, sambil mulutnya terlihat seperti sedang membacakan ayat-ayat. Ternyata para pimpinan dan pengurus Vatikan semua sudah tahu bahawa semenjak beberapa bulan terakhir, Sri Paus sudah mulai melakukan sholat dan puasa. Dan itu juga dilakukan bersama-sama dengan mereka semuanya. Inilah selengkapnya pidato Sri Paus tersebut, yang setelah jadi mu'allaf, namanya telah berubah menjadi Ahmad Sri Paus (supaya umatnya tidak terlalu terkejut, maka Ahmad Sri Paus tidak mengucapkan salam sebelum memulai pidatonya): "Yang terhormat umatku, yang berada dalam Kasih Tuhan. Hari ini adalah hari minggu yang cerah. Tujuan saya berdiri di podium ini tidak lain adalah untuk membuat pengumuman penting yang perlu saya umumkan ke seluruh penjuru dunia saat ini juga. "Yang mana menurut saya, semakin saya tutup-tutupi apa yang ingin saya kemukakan itu, akan menjadi semakin tidak baik. Ini semua berkaitan dengan pilihan jiwa dan hati nurani saya. Sudah selama puluhan tahun kamu semua tahu bahawa saya adalah seorang pemeluk agama katholik yang ta'at. "Bahkan saya adalah pemimpin umat katholik di seluruh dunia, sekaligus sebagai wakil Tuhan di dunia ini, atau Ficarius Filii Dei. Saya mewakili urusan Allah untuk dunia ini, memberikan amnesti, abolisi dan grasi atas ummat manusia yang berdosa dengan mandat sepenuhnya dari Allah. "Namun mulai kini saya tak mampu berdusta lagi. Sesungguhnya sejak puluhan tahun lalu, saya sudah tidak meyakin lagi kebenaran dari agama katholik ini. Kerana semakin saya mendalami alkitab, semakin jelas pula kesalahan-kesalahan yang saya temukan dalam kitab ini. Maka itu, saya berusaha membandingkannya dengan kitab-kitab suci yang lain. "Dengan kitab injil kristian protestant, menjadi semakin rosak. Dengan kitab wedha umat hindhu, tuhannya juga ada 3. Barulah ketika saya mulai membaca Al'Qur'anul Karim, saya tahu apa yang selama ini sebetulnya saya cari-cari." (Ribuan umat yang berada di hadapan Sri Paus nampak bingung dan saling bertanya-tanya). Kemudian Sri Paus melanjutkan ucapannya: "Tapi ketika itu saya masih takut dengan ancaman yang mungkin saya terima jika saya nekat keluar dari agama katholik. Namun kini saya berani mengambil keputusan penting ini. Saya tidak akan takut lagi pada ancaman pembunuhan yang mungkin akan segera saya hadapi. "Saya hanya ingin hidup tenang, terutama jiwa spiritual saya. Saya sangat berhadap agar umat agama kristain, kristain apapun itu, tidak akan membunuh saya hanya kerana pilihan hidup peribadi saya ini. Saya sudah tua, sudah udzur. Bahkan tubuh saya pun sudah bongkok." (Sampai di sini, beberapa umat nampak mulai menitikkan air mata kerana terharu). "Saya percaya Allah itu satu. Dan saya juga percaya bahawa Nabi Muhammad itu adalah utusan-Nya. Asyhadu Allaaa ilaaa ha illallaaah, wa asyhaduannaaa muhammadur rasullullaaaah (Ahmad Sri Paus mengucapkannya dengan tersedu-sedu). "Saya tahu konskwensi dan mungkin reaksi dari umat kristain di seluruh dunia kalau saya melakukan pengumuman ini. Tapi saya terpaksa melakukannya, minimal untuk diri saya sendiri. Saya khawatir akan kehidupan saya di akhirat nanti bila tetap berada dalam jeratan kekafiran."

Isnin, 4 Mac 2013

sulu tawan sabah kerana tuntut janji najib?


KANTOI TERBURAI!!!...Patutlah beriya-iya sungguh UMNO melalui semua media lidah biawak rasminya hentam dan serang DSAI/PR kononnya sebagai dalang pencerobohan pengikut Sultan Sulu keatas Lahad Datu.

Mereka menuntut JANJI DITEPATIdari Najib Razak.

Maklumlah..Najib Razak pernah cakap besar berdegar-degar yang beliau pantang janji kalau tidak ditepati.

KERANA NAK TUNTUT JANJI DITEPATI BEBERAPA WIRA NEGARA MATI.

NAJIB DAN SELURUH KEPIMPINAN UMNO/BN WAJIB BERTANGGUNG JAWAB!!!!!

Sabtu, 2 Mac 2013

PECAH TEMBELANG: Ahli UMNO Jadi DALANG Pencerobohan Di Lahad Datu




SELURUH Malaysia digegarkan dengan berita pencerobohan sekumpulan 'Lanun' (Mundu) yang kononnya tentera 'Sultan Sulu' sehingga Kampung Tanduo menjadi 'Medan Perang'; gara-gara 'kebijaksanaan' Ketua Cawangan UMNO Sungai Nyamuk, Ahmad Malandi @ Mat Bom melakukan percubaan 'Reverse Take Over' sebagaimana yang saya jangkakan akan berlaku sejak 1999 lagi iaitu selepas saya memberi keterangan dalam Petisyen Pilihanraya DUN Likas.


Ketika Pasukan Perisik Sabahkini.net memaklumkan kepada saya bahawa Tentera Sultan Sulu menyerang dan menawan Kampung Tanduo sejak 12 Februari lalu, saya tergelak besar kerana saya tahu siapa yang tinggal di sana dan kenapa mereka mendarat di sana.



Sebagai Mantan Setiausaha Eksekutif UMNO Silam, saya kenal hampir kesemua 402 Ketua Cawangan UMNO Silam ketika itu (1995-1997) yang majoritinya 'Warga Penyu' termasuk Ketua Cawangan UMNO Sungai Nyamuk, Ahmad Malandi yang mempunyai akal Abu Nuwas.

Ahmad yang mempunyai akal kancil memang 'Pakar Bom' terutama membuat bom ikan dengan hanya menggunakan baja urea yang menjadi sumber pendapatan beliau sebelum FELDA 'menceroboh' tanah beliau dan saudara maranya seluas lebih kurang 100 hektar.

Ahmad menjadikan 'Penjara Air Panas' Tawau sebagai rumah kedua kerana usahanya tidak pernah putus-putus mengugut Pegawai dan kakitangan FELDA yang beliau dakwa menceroboh tanah pusakanya.

Sebenarnya Kerajaan Berjaya telah membatalkan semua permohonan tanah di Sahabat Pinggir dan Zon Keselamatan ketika menyerahkan kawasan yang menjadi Zon Persembunyian Lanun kepada FELDA untuk dibangunkan sebagai Rancangan Penempatan Tanah.

Namun Ahmad yang mempunyai akal panjang telah membuat permohonan Tanah Adat dan disahkan PPHT Lahad Datu berdasarkan banyak pokok langsat dan buah-buahan yang kononnya beliau tanam; sedangkan kesemua tumbuhan tersebut adalah langsat liar yang bercambah semula jadi hasil daripada najis binatang yang memakan langsat, rambutan, terap dan sebagainya.

Tambahan pula ketika itu, Ahmad dan saudara maranya telah bersetuju menyerahkan tanah tersebut kepada FELDA dan turut mendapat kontrak membangunkan tanah dan menuai buah sawit daripada FELDA.

FELDA telah banyak bertolak ansur dengan karenah Ahmad; malah sehinggalah saya dan Mantan Adun Lahad Datu, Datuk Mohd Yusof Ahmad Jamli membuat perundingan untuk menyelesaikan masalah tuntutan tanah Ahmad dengan FELDA.

Ahmad boleh hidup senang kerana memperolehi pendapatan bersih antara RM5,000 sehingga RM20,000 sebulan daripada hasil kontraknya dengan FELDA, namun akal Abu Nuwas membuatkan beliau dijangkiti sikap 'Tamak dan Haloba' sehingga menuntut dan menceroboh semua tanah yang dipohonnya bersama Haji Mahmood Mallang dan saudara maranya sebelum ini.

Dengan ehsan Datuk Seri Najib sebagai menteri yang menjaga FELDA ketika itu, Ahmad telah mendapat dua lot tanah masing-masing seluas 15 ekar sebagai jalan penyelesaian tuntutannya.

Tetapi bak kata pepatah, Ahmad yang telah diberi betis oleh FELDA, bukan sahaja mahu 'peha'; bahkan yang berada di 'celah peha' meneruskan gertakan dan pencerobohan sehingga saya dan polis sudah lali dengan perbuatannya yang melampaui batas.

Ahmad suka mereka cipta cerita baru setiap hari; termasuk membawa ke sana ke mari kisahnya yang saya bukukan dalam buku 'Koleksi Sabah' serta keratan surat khabar yang ditulis rakan saya, Ruhaidini Abdul Kadir daripada Utusan Malaysia untuk dijadikan asas tuntutan.

Ahmad bukan sahaja sering menimbulkan provokasi dengan membawa 'bom ikan'; sebenarnya tidak boleh dikategorikan sebagai bom kerana tidak mempunyai alat peledak disebabkan tidak mempunyai detanator; melainkan pasir, beras, tepung dan garam; semata-mata untuk mengugut Polis Bantuan FELDA agar membuka pagar hadangan bagi membolehkan beliau mengeluarkan buah yang dituainya daripada ladang FELDA.

Sejak meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Eksekutif UMNO Silam pada 1997, saya hanya menemui Ahmad dua kali iaitu tiga tahun lalu di Kota Kinabalu, namun tidak sempat bercerita panjang kerana masing-masing sibuk dengan urusan.

Bagaimanapun Ahmad meminta saya membantu menulis surat kepada Sultan Sulu kerana beliau begitu yakin bahawa perjuangan beliau tidak lama lagi akan berhasil dengan bantuan saudara maranya di Sulu dan akan datang membantu beliau mendapatkan bukan sahaja 100 hektar 'Tanah Adat'; malah keseluruhan tanah FELDA.

Saya hanya tersenyum mendengar ceritanya (impian kosongnya) tetapi menyatakan tidak dapat membantu beliau menulis surat kerana saya akan terbang ke Pulau Pinang; apatah lagi saya kenal siapa dan apa kebolehan Ahmad; namun darah saya tersirap apabila beliau begitu serius ingin menjemput saudara maranya daripada Sulu jika beliau kalah dalam kes mahkamah.

Sejak daripada itu saya tidak lagi mengambil peduli kisahnya sehinggalah Pasukan Perisik Sabahkini.net memaklumkan kepada saya berhubung 'lawatan mengejut' saudara maranya daripada Sulu dan telah dikepung pihak berkuasa ketika Ahmad nazak terlantar di Hospital Lahad Datu akibat darah tinggi dan angin ahmar.

Saya hanya mampu berjenaka dengan Pasukan Perisik Sabahkini.net bahawa "Mereka datang mengambil BR1M," kerana majoriti mereka ini telah dianugerahkan IC Projek dan tidak terniat untuk membuat liputan di Kampung Tanduo kerana hati kecil saya berbisik 'Gertak Keling' Ahmad yang sebelum ini telah kecewa setelah semua jalan perundangan buntu.

Dalam keadaan Kesultanan Sulu yang sudah mengalami kehancuran sejak 1936 dan telah menjadi sebahagian daripada sejarah; maka 'Golongan Sultan Oportunis' mengambil kesempatan untuk melawat Ahmad yang sakit tenat di Hospital Lahad Datu; di samping menganyam rapi niat tersembunyi mereka untuk merampas kembali Borneo Utara daripada Kerajaan Malaysia.

Secara kebetulan Ahmad mempunyai hubungan rapat dengan 'Sultan Sulu' yang menabalkan diri sendiri tanpa melalui 'Ruma Bichara' (Majlis Raja-Raja) dan mungkin telah membuat kajian dan perancangan rapi bersama anaknya Mohd Ali.

Mengikut risikan saya, koresponden Sabahkini.net di Langunyan, memaklumkan bahawa mengikut sumber, Sultan Jamalul Kiram III telah melancarkan serangan 'Diplomatik Reverse Take Over' dengan menghantar 1,500 tenteranya ke Sabah; masing-masing 300 orang tentera Tungku, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Sandakan.

Namun tidak diketahui apakah kesemua tentera berkenaan telah mendarat melainkan dilaporkan antara 100 hingga 300 yang mendarat di Kg Tanduo, Tungku kerana masih mengkaji modus operandi dan jejak mereka masuk ke Sabah; tanpa dapat dikesan oleh pihak berkuasa; apatah lagi perbatasan Malaysia yang sentiasa bolos dan mudah dibolosi PATI.

Pasukan Perisik Sabahkini.net masih cuba mengesan kedudukan Ahmad dan anaknya Mohd Ali yang dipercayai menjadi dalang 'pencerobohan' ini kerana mengikut maklumat Hospital Lahad Datu, Ahmad sudah nazak dan dibenarkan dibawa pulang ke Kg Sungai Nyamuk, kerana dinantikan saudara maranya 'Tentera Sulu' yang terkepung oleh Pihak Berkuasa Malaysia.

Anak perempuannya juga tidak dapat dihubungi untuk mengetahui keadaan bapanya yang semakin tenat. Bagaimanapun Perisik Sabahkini.net di Tanduo mengesahkan bahawa kunjungan 'Tentera Sultan Sulu' ini atas jemputan Ahmad dan anaknya Mohd Ali.

Tambahan pula, Haji Musa yang merupakan pemimpin Nombor 2 dalam rombongan tentera berkenaan adalah besan Ahmad kerana anaknya, Mohd Ali bernikah dengan anak Haji Musa.

Manakala pemimpin Nombor 1 kumpulan tersebut, Datu Ibrahim @ Datu Kuin Jamalul Kiram pula bernikah dengan anak Ketua Cawangan UMNO Sungai Bilis 2, Hussin Oyung.

Agak mengejutkan kerana saya mendapat tahu anak Datu Ibrahim @ Amirul Kiram di Malaysia iaitu Datu Amir Datu Amirul, ialah Ahli UMNO Cawangan Sungai Bilis 2.

Oleh itu tidak hairan jika kehadiran mereka tidak dapat dikesan Pihak Berkuasa yang belum pernah menggunakan 'kecanggihan satelit' di Jabatan remote Sensing negara untuk mengesan sebarang pergerakan keluar masuk bot besar atau perahu; apatah lagi 'Pusu' yang tidak mengeluarkan sebarang bunyi kerana eksosnya dibenamkan ke dalam laut.

Dalam keadaan penuh curiga, orang awam sukar bekerjasama dengan pihak berkuasa yang disifatkan sering menyalahguna kuasa dan bertindak kasar dan menuduh pemberi maklumat sebagai penjenayah yang bersubahat.

Saya terpaksa menahan ketawa membawa segala komen dan ulasan daripada semua pihak; apatah lagi 'kependekan akal' pihak berkuasa yang menghantar satu batalion tentera berkubu di Kampung Tanduo, Kampung Sungai Nyamuk, Kampung Sungai Merah untuk mengawal dan memantau 'Tentera Sultan Sulu'; sedangkan pada hakikatnya hanyalah 'Tentera Upahan' Ahmad Malandi @ Mat Bom.

Mengikut risikan Sabahkini.net hanya 76 orang sahaja 'Tentera' yang berjaya mendarat di Tanduo termasuk enam wanita untuk mempertahankan tanah adat yang didakwa milik Ahmad di FELDA Sahabat 18 setelah Ahmad menjanjikan mereka akan mendapat tanah yang telah ditanam kelapa sawit seluas beribu ekar di Felda Sahabat 18.

Dikhuatiri Ahmad dan Mohd Ali yang membiayai pembelian senjata api berkenaan di pasaran gelap di Tawi-Tawi dan segala makan minum mereka setelah kecewa dengan keputusan mahkamah yang memenangkan FELDA dalam kes tuntutan tanah beliau.

Kelicikan Ahmad berjaya mengaburi mata pihak berkuasa yang menyangka memang benar Tentera Sulu setelah Datu Ibrahim @ Datu Kuin berjaya mempengaruhi saudaranya, Sultan Jamalul Kiram III mengakui kumpulan tersebut sebagai 'Tentera Sultan Sulu' yang mendapat suaka sementara kerana Kerajaan Filipina sudah pasti akan menangkap mereka dan dibawa ke muka pengadilan.

Setelah tidak mempunyai harapan mendapat tanah yang dijanjikan Ahmad kerana dalam keadaan fizikalnya yang nazak; maka berlaku pertengkaran dan berselisihan pendapat sehingga Haji Musa dan Majid terbunuh dalam kejadian tembak menembak sesama mereka.

Sabahkini.net mendapat tahu bahawa Datu Ibrahim @ Kuin Jamalul Kiram turut tercedera terkena peluru sesat; malah mereka berbalah dan tidak sehaluan lagi setelah perunding dengan pihak berkuasa melalui jalan buntu.

Setelah membuat pertimbangan dan siasatan rapi, saya menganggap 'Drama' Ahmad Malandi hanya merupakan gertakan dan dalam keadaan fizikalnya sekarang, Mohd Ali tidak mampu melakukan apa-apa; malah terpaksa menggadai nyawa jika rundingan tamat. Lazimnya, jika mereka boleh masuk dengan senyap, maka sudah pastinya mereka akan keluar dengan lebih senyap daripada mereka masuk; sekalipun ketika pigak berkuasa sedang berkawal!

Mungkin tiba masanya Menteri Pertahanan, Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara, Ketua APMM, Panglima Angkatan Tentera dan pihak berkuasa untuk bermuhasabah diri dan meletakkan jawatan kerana kejadian ini merupakan 'kemaluan' yang tidak dapat disorok daripada mata dunia yang melihat betapa rapuhnya sistem pertahanan Sabah; sehinggakan Ahmad Malandi @ Mat Bom boleh merancang 'Pintomen' serangan yang menyebabkan seluruh negara terpinga-pinga dan ketakutan.

Masa untuk berunding telah tamat. Bagaimanapun 76 tentera palsu Sultan Sulu yang terpedaya oleh 'Janji Terang Bulan' Ahmad Malandi ini wajar diberi peluang menyerah diri secara sukarela dan perlu diadili di mahkamah Malaysia kerana masuk secara haram dengan niat untuk menderhaka kepada yang DiPertuan Agong!

Sabahkini.net akan membongkar institusi Kesultanan Sulu dan apa relevannya lagi dengan Sabah dapat episod akan datang.

(NOTA : Sabahkini.net telah menarik keluar Pasukan Perisikan di Tungku kerana hanya membuang masa dan keringat melaporkan 'Drama' yang mahu menyebarkan dakyah Sultan Palsu dari Sulu)

~Sabahkini
.

komando malaysia terkorban