tan malaka

tan malaka

kalau sudi jadi pengikut add kt sini

Rabu, 5 Disember 2012

UMNO GUNA PESILAT GANGGU CERAMAH DI GOMBAK ?





Beberapa orang Pemuda UMNO sedang membuat provokasi.

Pergaduhan bermula kira-kira jam 10 malam semasa ahli parlimen Gombak
tersebut memulakan ucapannya yang menyaksikan batu dan kayu dibaling ke
arah orang ramai di Dataran Sharuddin, Batu 8 ½.

”Saya sangat kesal dengan sikap biadap Umno ini, malahan ada juga
yang cedera akibat sikap samseng ini,” kata Azmin ketika ditemui The Malaysian Insider selepas ketegangan diantara penyokong Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN) reda malam tadi.

Menurut Azmin lagi, lebih mengecewakan lagi kerana Megat yang
merupakan anak guru silat, Tan Sri Omar Din Mauju yang sengaja merancang
provokasi semasa ceramah.


Timbalan presiden PKR itu mendakwa Megat dan kumpulan yang
diketuainya melontar kata-kata kesat dan membaling objek ke arah lokasi
ceramah.


“Mereka (Umno) menggunakan ahli silat untuk mencetuskan provokasi.

“




Md Haidir Samsuddin
Megat
sendiri mengetuai kumpulan tersebut mencetuskan provokasi dan bergaduh
dengan sukarelawan Pakatan Rakyat (PR) disini,” tambah beliau lagi.

Dalam serangan tersebut, beberapa sukarelawan cedera di kepala akibat
dibaling batu dan ada juga yang ditusuk dengan benda tajam semasa
insiden.


Antara mangsa tersebut ialah Md Haidir Samsuddin, 48 yang cedera di
kepala akibat terkena batu yang dibaling oleh samseng tersebut.


“Saya ketika itu di tepi jalan sedang mengawal keadaan semasa samseng Umno cuba buat kecoh.


“Tiba-tiba batu besar daripada seberang jalan jatuh mengenai kepala saya,” kata Haidir berdarah dikepalanya.


Ekoran kekecohan itu, sekumpulan Polis Bantuan Persekutuan (FRU) yang
berada di lokasi dengan cepat mengawal keadaan dan membentuk perisai
bagi memisahkan antara kedua-dua kumpulan.


Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak Rosly Hassan berkata pihaknya
masih belum menerima sebarang laporan daripada individu yang tercedera
serta mendakwa keadaan terkawal semasa insiden berlaku.


”Tiada laporan polis setakat ini dan keadaan terkawal,” kata Rosly semasa ditemui The Malaysian Insider ditempat kejadian.


Insiden serangan ke atas ceramah PR ini bukan yang pertama, sebelum
ini di Lembah Pantai turut berlaku kejadian sama apabila ceramah ketua
pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dibaling batu sehingga menyebabkan
ada hadirin yang tercedera.


Bas Jelajah Merdeka Rakyat yang membawa pemimpin Anwar dan pemimpin
PKR berceramah ke seluruh negara turut menjadi mangsa apabila beberapa
kali disimbah dengan cat dan dibaling batu.


Dalam ceramah malam tadi, selain Azmin dan Anwar, turut hadir adalah Tamrin Ghafar dan Adun Batu Caves, Amirudin Shari.(malaysianinsider)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan