tan malaka

tan malaka

kalau sudi jadi pengikut add kt sini

Rabu, 26 Disember 2012

kera jaan tamak kubur pon digali krn tanah punya psl


KUBUR ISLAM PENGERANG DIGALI Tanpa Pengetahuan WARIS


Pada 22hb Disember, Gabungan NGO Pengerang (GNP) telah menerima aduan daripada seorang pemilik tanah di Kampung Sebong bahawa tanahnya telah diceroboh oleh dua syarikat, iaitu ICEDECOR BINA SDN. BHD. dan PIJ HOLDING SDN. BHD. Beliau telah membuat laporan polis pada hari yang sama. Beliau beritahu kami bahawa rasa tidak puas hati kerana dia tidak pernah menerima notis pengambilalihan tanah atau Borang E dari mana-mana pihak sebelum ini.

Selepas itu, tuan tanah tersebut membawa laporan polis ke tanah miliknya untuk menghentikan kerja-kerja penggalian kubur. Kakitangan kontraktor juga tergesa-gesa untuk mengemaskan alat-alat kerja selepas menggali 5 kubur. Sebuah kubur yang sedang digali juga dikebumikan sebelum mereka meninggal tapak perkuburan tersebut. Kami juga mendapati beberapa batu nisan yang kontraktor tidak sempat ambil telah ditinggalkan di tempat tersebut.



Penggalian kubur di Kampung Sebong telah dihentikan kerana penduduk kampung melaporkan polis.



Antara batu nisan yang dicabut ditinggalkan di bawah pokok.
Pada 23hb Disember, seorang ahli Gabungan NGO, En. Yusoff, telah memasuki kawasan penggalian kubur di Kampung Jawa Darat untuk mendapat maklumat yang selanjut. Wakil dari JPDC (JOHOR PETROLEUM DEVELOPMENT CORPORATION) menjamin bahawa semua kubur yang digali tidak mempunyai waris. Baliau juga berkata, sekiranya kubur berwaris digali, kontraktor akan memikul tanggungjawab sepenuhnya. Pada masa yang sama, seorang jurugambar telah dihalau dari kawasan penggalian kubur tersebut. Pada waktu petang, bendahari GNP, Chua Peng Sian, telah menerima satu panggilan dari seorang Inspektor di IPD Kota Tinggi. Pegawai tersebut meminta beliau supaya jangan campur tangan dalam isu penempatan semula perkuburan Islam.

Pada 24hb Disember, kami menerima maklumat dari penduduk bahawa sesetengah kubur berwaris di Kampung Jawa Darat telah digali, dan waris-waris kubur tersebut tidak mengetahuinya. Waris-waris itu merancang untuk membuat laporant polis, tetapi telah ditangguhkan setelah beberapa ahli politik yang menghubungi mereka.

Pada pukul 11 pagi, sebuah kereta ronda polis keluar dari tapak perkuburan tersebut, seorang inspektor mengingatkan ahli-ahli GNP yang baru sampai situ bahawa orang Cina tidak boleh menghampiri kawasan penggalian kubur dan tidak dibenarkan mengambil gambar, inspektor tersebut juga memesan ahli GNP jangan menghubungi wartawan akbar Cina untuk temubual.

Selepas setengah jam, ahli GNP melihat dua orang pegawai Kesihatan baru tiba di kawasan kerja, dan di ikuti seorang imam memasuki kawasan kerja dengan menaiki kereta kontraktor, kami tidak lihat kehadiran pegawai dari Jabatan Agama pada masa itu. Pada waktu petang, kami dimaklumkan bahawa seorang waris yang tidak berpuas hati dengan kubur nenek moyangnya digali telah bertengkar dengan pegawai kontraktor di Kampung Punggai.



Keadaan tanah perkuburan Islam baru di Kampung Punggai bertakung dengan air selepas hujan kerana aras tanah yang rendah.


Pengendalian kerja-kerja pemindahan kubur yang tidak sempurna menyebabkan ada antara batu nisan yang petah kerana kecuaian pekerja kontraktor.




Terdapat juga kubur-kubur yang sudah tenggelam.

Menurut lesen bagi penggalian semula kubur yang dikeluarkan oleh Pejabat Setiausaha Negeri Johor, lesen yang dipegang oleh kontraktor cuma dibenarkan untuk menggali 198 buah kubur Islam lama yang tidak berwaris di Lot 5156 Kampung Telok Empang. Namun, kontraktor telah menggali kubur Islam di Kampung Jawa Laut, Kampung Jawa Darat dan Kampung Sebong dalam beberapa hari ini, mereka juga telah menggali kubur yang berwaris.

Kami mengutuk keras kepada anggota polis yang cuba campur tangan dalam kebebasan media untuk melaporkan berita dan kami akan memberi bantuan kepada waris-waris kubur yang telah digali oleh kontraktor.

Kami juga ingin meminta Pejabat Setiausaha Negeri Johor untuk mengesahkan bahawa adakah kontraktor telah melangar peraturan lesen menggali semula kubur yang dikeluarkan dan telah menggali kubur Islam yang tidak dibenarkan. Kalau tidak, kami akan membantu penduduk-penduduk untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Pejabat Setiausaha Negeri Johor dan kontraktor-kontraktor yang terlibat.

Kapten Haji Hasnul Bin Ahmad
Naib Pengerusi
Gabungan NGO Pengerang
26hb September 2012

1 ulasan:

  1. Yang hidup di Pengerang akn menempuh kesusahan bila tanah yg mreka diami sejak berpuluh tahun akn diambil utk projek industri petrokimia. Yang mati pun susah juga sbb tempat persemadian mreka tlh dicerobohi - gara2 kerakusan pemerintah serta kroni utk mengaut keuntungan dunia!

    BalasPadam