tan malaka
kalau sudi jadi pengikut add kt sini
Sabtu, 22 Disember 2012
Mahasiswa Berkhemah Kena Penjara, Perogol Mengaku Salah Dibebas
KUALA LUMPUR 21 DISEMBER: Biro Mahasiswa Angkatan Muda KEADILAN (AMK) mengkritik pihak berkuasa yang bersikap dwi-standard dalam pelaksanaan undang-undang terhadap rakyat.
“Bandingkan kes rogol dan berkhemah kerana memperjuang hak, rogol itu lebih serius tetapi boleh dibebas. Jelas ada dwi-standard,” kata Pengarah Biro Mahasiswa, Saifullah Zulkifli.
“Sebenarnya undang-undang kita banyak diatur tangan-tangan politik, ikut selera pemerintah. Mana-mana tindakan yang tak disenangi dikenakan tindakan,” katany kepada Keadilan Daily, hari ini.
Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini menjatuhi hukuman penjara sebulan dan denda RM1,000 terhadap mahasiswa ‘Occupy Dataran’ Umar Mohd Azmi atas alasan menghalang pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menjalankan tugas, 23 April lalu.
Umar didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang Mohd Masran Mamat daripada ‘menangkap dan mengiringi’ aktivis, Mohd Fahmi Reza Mohd Zarin ketika berkhemah di Dataran Merdeka jam 8 pagi 22 April lalu.
Sekumpulan mahasiswa berkhemah sebagai bantahan terhadap Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang tidak adil.
Suasana ini berbeza dengan keputusan kes seorang pemain boling tenpin kebangsaan, Noor Afizal Azizan yang dibebaskan Mahkamah Sesyen walaupun mengaku bersalah merogol gadis bawah umur, Ogos lalu.
Mengenai Umar, Saifullah menyifatkan mahasiswa itu sebagai antara contoh kebangkitan anak muda yang berjuang untuk kebebasan bersuara dan melontar idea.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan