tan malaka

tan malaka

kalau sudi jadi pengikut add kt sini

Jumaat, 30 November 2012

HARI NI SAHAM FELDA MERUDUM KE PARAS TERENDAH

Hari ini saham FGVH berada di paras terendah sejak penyeneraiannya beberapa bulan dulu iaitu RM4.56 sesaham..

Perkara ini sudah dijangkakan oleh Pakatan Rakyat yang menegaskan FGVH tdak sepatutnya di senaraikan di Bursa Saham kerana tindakan itu akan meletakkan Felda di dalam risiko tergadinya Felda...

Ini adalah kedudukan saham Felda terkini hari ini..





Namun..
semua bantahan itu tidak diendahkan dan penyeneraian tetap diteruskan..
dan apabila saham Felda merudum..
Pakatan Rakyat juga yang dipersalahkan...

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri,si Ahmad Maslan yang menyalahkan Pakatan Rakyat apabila saham Felda merudum dan berada dalam keadaan tidak menentu...



Inilah cara UMNO..
bila dinasihat,tak mahu dengar..
bila dah teruk,PR pula disalahkan..

PANAS!! Video Najib dan UMNO sokong regime zalim Bashar Al-Assad didedah!!,



17 November lalu, media-media yang ditunggang UMNO melaporkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah menerima panggilan daripada Presiden Mesir, Mohamed Morsi membincangkan serangan terbaru tentera Israel dan serangan udara di Gaza.

Dalam panggilan telefon selama 15 minit itu, kedua-dua pemimpin melahirkan hasrat untuk bekerjasama menamatkan keganasan semasa di Gaza.

Ternyata kini apa yang dilaporkan itu hanyalah propagnda murahan UMNO untuk menggilap imej Najib..

Ini kerana dalam satu majlis pertemuan diadakan antara Pelajar Malaysia yang menuntut di Universiti Mansoura Mesir dengan Kedutaan Malaysia Kaherah jelas dinyatakan pihak mana yang disokong oleh Kerajaan UMNO.

Dalam pertemuan tersebut ACP Ishak Mohd Jani yang merupakan Staff Kedutaan Malaysia Kaherah merangkap jawatan Security Liason Officer (PDRM), memberi sedikit taklimat tentang isu keselamatan, yg menyentuh tentang pendirian kerajaan Malaysia terhadap isu Syria.

Teryata, mereka berpihak kepada kerajaan Bashar Al-Assad, bahkan ucapan ini disokong pula dengan ucapan Dato Duta Malaysia di Mesir.

Majlis diadakan pada 27 november 2012, di dewan Abu Nagah, U. Mansoura, Mesir.

(Yang berucap dalam video ini ialah :ACP Ishak Mohd Jani yang merupakan Staff Kedutaan Malaysia Kaherah merangkap jawatan Security Liason Officer (PDRM)).

Najib Gelabah.. Hakim Perancis Datang M'sia Jika Kerajaan Enggan Kerjasama



KUALA LUMPUR 30 November: Hakim Mahkamah Perancis akan ke sini jika tidak mendapat sebarang kerjasama dari kerajaan Malaysia dan mereka yang terlibat dalam kes rasuah Scorpene.

Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua menjelaskan, saksi boleh disepina dan dikenakan waran tangkap jika mereka gagal mengikut perintah mahkamah.


“Perbicaraan tersebut akan dijalankan di sini oleh hakim Perancis berikutan keengganan Malaysia untuk membantu siasatan. “Itu antara pilihan yang mereka (saksi) ada,” katanya ketika dihubungi.

Ahli Parlimen Batu itu berkata, Mahkamah Perancis memandang serius kes tersebut dan tidak akan mengenepikan bukti-bukti berkaitan.

Beliau mengambil contoh kes rasuah melibatkan anak kepada Presiden Equatorial Guinea, Teodoro Nguema Obiang Mangue yang dikenakan waran tangkap oleh Mahkamah Perancis kerana gagal hadir perbicaraan.

“Jelas, mahkamah tidak akan segan silu untuk keluar waran tangkap jika mereka terbabit tidak mematuhi arahan,” kata Tian.

“Walaupun kerajaan Malaysia berusaha untuk sembunyi kes ini, kes tetap tidak akan ditutup,” tegasnya. Hakim Penyiasat Perancis yang terlibat dalam kes ini adalah Roger Le Roire dan Serge Tounaire.

Dalam taklimat oleh peguam Apoline Cagnat di Singapura, Selasa lalu, beliau menjelaskan Datuk Seri Najib Razak dan Abdul Razak Baginda menjadi fokus utama untuk disepina.

Beliau menegaskan, tiada sesiapa memiliki imuniti penuh dari sebarang pendakwaan atau sepina dalam kes berkenaan, termasuk Perdana Menteri.

Saksi lain yang turut disenarai Suara Rakyat Malaysia (Suaram) untuk disepina adalah Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; bapa Altantuya, Dr Shaariibu Setev; penyiasat persendirian, Balasubramaniam dan seorang korporat, Lodin Wok Kamaruddin.

Apoline turut menyatakan, rekod kes pembunuhan Altantuya juga akan diteliti Hakim Siasatan Mahkamah Perancis. ~kd

Saya Yang Pangkah Semua Undi Pos - Bekas Tentera





Pak Habib ditahan Polis kerana jual buku Setan, Syaitan, Sultan




Penulis Syed Hussein Al-Attas atau Pak Habib ditahan polis ketika menjual buku yang menghina Sultan Johor di PWTC, pagi Khamis. Polis turut merampas 13 buah buku berkenaan.

Syed Hussein kemudian di bawa ke bilik gerakan polis di PWTC untuk diambil keterangan.

Ketika ditemui, penulis yang juga bapa kepada Syed Abdullah @ Uncle Seekers memberitahu, sudah kebiasaan beliau menjual buku setiap kali Perhimpunan Agung UMNO.




Syed Abdullah turut ditahan polis Julai lalu ekoran kontroversi ekoran penyiaran artikel dalam blognya yang menghina sultan.

“Saya tak kisah, sudah 65 buku saya tulis. Lepas ini kena tulis novel atau kisah cinta sajalah,” ujarnya berseloroh.

Syed Hussein tidak menolak kemungkinan beliau ditahan di bawah Akta Hasutan.

Sementara itu, Ketua polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad mengesahkan penahanan penulis buku itu untuk siasatan lanjut.

Katanya, tindakan terhadap Syed Hussein hanya selepas siasatan terhadap kandungan buku tulisannya itu.

Zainuddin berkata Syed Hussein dibebaskan dengan jaminan polis dan siasatan mengikut Seksyen 4 (1) (C) Akta Hasutan dan Seksyen 502 Kanun Keseksaan kerana menyebarkan percetakan yang ada unsur fitnah.

Anda mungkin juga meminati:

Rabu, 28 November 2012

SIARAN LANGSUNG! Skandal Scorpene Dari Singapura... Berapi!!! Nama PM Haji Najib Disebut 2 Kali.. Jom Terjah!!



Sesi taklimat perkembangan siasatan hakim Perancis ke atas skandal komisen pembelian dua buah kapal selam kelas Scorpene kini sedang berlangsung di Changi Village Hotel, Singapura.

Taklimat disampaikan oleh peguam bersekutu yang mewakili dua peguam utama, William Bourdon dan Joseph Breham, iaitu Apolline Cagnat (gambar, tengah).

Pengarah eksekutif Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gabriel dan peguam Fadiah Nadwa Fikri sudah pun berada di republik itu bersama-sama dengan Cagnat.

Turut hadir, ahli parlimen Kuala Krai, Hatta Ramli, ahli parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan ahli parlimen Batu, Tian Chua.

Buat masa ini, siaran langsung tidak dapat diadakan ekoran laman web yang menyiarkannya telah digodam sebentar tadi, dipercayai bagi menghalang siaran terkini disampaikan oleh Cagnat.

Usaha baik pulih sedang dilakukan bagi mengatasi masalah ini yang dipercayai dilakukan syaitan yang dikenali yang kini sedang berlonggok macam lembu milik keluarga Ketua Wanita Umno, Shahrizat Jalil di PWTC.

Cagnat dalam penerangannya memberitahu dua saksi utama iaitu perdana menteri Najib Altantuya dan rakan baiknya, Abdul Razak Abdullah Baginda (Razak Baginda)  hampir pasti akan disapina ke mahkamah.Nota: Maaf, pautan masih belum dipulihkan setakat 1.10 tengah hari ini. Harap maaf di aatas segala kesulitan.

-----------------------------------------------------------------------------------




Kes pembunuhan Altantuya Shariibuu yang diletup menggunakan bahan letupan C4 pada 2006 hampir pasti diteliti oleh Hakim Siasatan di Mahkamah Perancis bagi merungkai skandal Scorpene.


Apoline Cagnat, peguam Perancis yang juga rakan sejawat kepada William Bourdon, berkata Hakim Siasatan pasti tidak akan meninggalkan bahagian sepenting itu kerana ia mungkin ‘kunci’ kepada kes Scorpene di Malaysia.
“Mungkin itu kuncinya. Ia pastinya agak sukar kerana dua orang sudah dijatuhi hukuman mati melalui sistem kehakiman di Malaysia. Tapi, ia bahagian penting, tentu rekod itu akan disiasat,” katanya.
Bagaimanapun, Apoline kemudian menyatakan, penelitian itu bukan untuk menyiasat kejadian pembunuhan sebaliknya meneliti peranan Altantuya dan pihak lain dalam skandal Scorpene.
Beliau berkata demikian pada memberi taklimat kepada sekumpulan ahli parlimen Malaysia dari Pakatan Rakyat dan pengamal media di Hotel Changi, Singapura tengah hari ini.
Taklimat berkenaan sepatutnya dijalankan di Parlimen Malaysia tetapi dihalang Speaker Dewan Rakyat, Pandikar Amin Mulia tanpa sebarang alasan munasabah.
Sementara itu, Keadilan Daily mendapati Apoline menyebut ‘Najib Razak’ sebanyak dua kali termasuk menyatakan Perdana Menteri itu adalah antara nama yang diberi tumpuan dalam tujuh senarai saksi yang diberi Suaram.
Najib adalah antara tujuh individu yang dicadang Suaram sebagai saksi dalam kes berkenaan, selain Razak Baginda.
Menjawab soalan media, Apoline berkata, beberapa saksi akan disapina dalam masa terdekat.

Selasa, 27 November 2012

ini dia buku undang tubuh-tubuh kerajaan negeri johor..yg menakutkan umno johor..

apalah yg ada pada buku buruk ni..kata org umno..ni aku jelaskan kalau semua rakyat tahu buku ni kerajaan pusat tak ada kuasa..sbb buku ni menerangkan ttg hak kerajaan negeri johor.polis dearah.polis negeri..mukim tanah.air dah semua hak negeri johor yg kerajaan pusat tak ada hak masuk campur..
untuk maklumat lanjut boleh hubungi ketua cawangan pas jementah..




bukti kerajaan pusat tipu rakyat..apa semua tak buat ikut undang undang negeri..

Isnin, 26 November 2012

Anwar Ibrahim Tumbang..





Billboard Keadilan yang terpapar gambar Anwar Ibrahim di KM 383 Berharang Lebuhraya Utara Selatan telah tumbang. Tumbang samada kerana angin kencang atau ada anasir-anasir yang merobohkannya. Itu tidak berapa pasti.

Ada dakwaan mengatakan ianya dirobohkan oleh samseng Upahan... Wallahulam..tiada bukti. Kalau ko orang ada bukti bolelah bagitau blog ini..

Ahad, 25 November 2012

Takut Dengan Pemerhati Bebas, Bukti Pilihanraya Malaysia Tidak Bersih & Tidak Telus!


Pemantau bebas, mengapa M'sia begitu gelabah?'

Senator bebas Australia, Nick Xenophon menganggap sebagai munasabah permintaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk pemerhati bebas dari rantau itu bagi memantau perjalanan pilihan raya Malaysia.

Xenophon, yang berasal dari Australia Selatan menganggap media Malaysia melaporkan bahawa Australia memohon untuk campurtangan dalam pilihan raya Malaysia sebagai penyampaian yang salah, direka dan memutarbelitkan kedudukan sebenar.

"Mengapa kerajaan Malaysia begitu mengelabah mengenai permintaan munasabah Anwar untuk pemerhati bebas dari rantau itu.

"Apa yang Anwar minta ialah pilihan raya di Malaysia yang bebas, adil dan bersih dan Australia - sebagai jiran dan rakan Malaysia - memainkan peranan jika diminta," katanya dalam satu kenyataan.

Xenophon menyerahkan surat peribadi Anwar kepada Menteri Luar Australia Bob Carr minggu lepas.

Beliau berkata tidak ada apa dalam permintaan kepada Carr itu yang boleh ditafsirkan sebagai campurtangan oleh negara dalam hal ehwal negara lain.

Laporan sebelum ini
klik untuk baca

Sabtu, 24 November 2012

Timb. Menteri Dalam Negeri dedahkan sebab kamera RM200,000 lebih mahal..


Berikut adalah penjelasan dari Timbalan Menteri Dalam Negeri mengenai mengapa kamera H
ad Laju yang digunapakai oleh pihak Polis dibayar lebih RM200,000 bagi setiap buah.

RM200,000 lebihan yang dibayar bagi setiap kamera itu adalah kerana ianya ianya merupakan bayaran kepada pembekal untuk melatih anggota Polis bagi menggunakan Kamera tersebut.

Disamping itu menurut Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman Yusop pihak pembekal juga menyediakan khidmat penyelengaraan bagi kamera itu.

Hmmm... beli sebuah kamera had laju pada harga RM17,000 sebuah.. tetapi belanja yang dikeluarkan untuk melatih anggota Polis menggunakan setiap kamera tersebut ialah RM200,000.

Dari apa yang aku baca hanya dua jenis kamera yang menjadi perolehan pihak Polis, jadi untuk apa perlu dibelanjakan RM200,000 lagi bagi setiap kamera yang dimiliki Polis?

Apakah spesifikasi setiap kamera itu berbeza hingga setiap anggota Polis yng hendak menggunakan setiap kamera itu dilatih?

Apa punya alasan tah... pencacai UMNO yang bodoh saja percaya alasan dia ni..

الله اكر

SPR kata mana ada negara yang daftar pemilih yang bersih

Jumaat, 23 November 2012

Akhirnya.. Kebodohan Pemimpin Umno Terbongkar







Pas perlu menyertai Barisan Nasional (BN) jika mahu memastikan presidennya, Tuan Guru Abdul Hadi Awang berjaya menjawat jawatan Perdana Menteri.


Naib Ketua Umno Bahagian Marang, Razali Idris berkata, gabungan Pas dalam BN akan membantu menambahkan majoriti Melayu dalam Umno, sekali gus akan memungkinkan Presiden Pas untuk menjadi ketua tadbir negara.

Menurutnya, Umno sudah tentu bersikap terbuka dan beliau yakin pimpinan parti itu juga akan menerima pemimpin Pas untuk memerintah negara, sekali gus lebih memartabatkan agenda Islam serta pelaksanaan Islam.


“Sekarang Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri adalah pemimpin Umno. Kalau Pas bergabung dalam BN, sudah tentu ia boleh dibincang. Mungkin pemimpin Umno jadi Perdana Menteri dan pemimpin Pas jadi Timbalan Perdana Menteri,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika mengulas kecelaruan yang berlaku dalam Pakatan Rakyat (PR) berhubung siapa yang layak menjadi Perdana Menteri jika pembangkang menang pada pilihan raya umum akan datang.


Razali berkata, Pas di peringkat bawah menginginkan Abdul Hadi sebagai Perdana Menteri kerana mereka tidak sedar bahawa pimpinan PR di peringkat Pusat termasuk pimpinan Pas sebenarnya sudah pun mengetahui bahawa Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim bakal diangkat menyandang jawatan tersebut.


Beliau percaya, kepimpinan Pas tidak memaklumkan perkara itu kepada peringkat bawahan termasuk sayap partinya sendiri seperti Dewan Ulama Pas yang membangkitkan perkara itu dalam muktamar baru-baru ini.
“Apa yang ditimbulkan dalam muktamar itu seolah-olah mereka tidak tahu mengenai perkara itu, dan ini menunjukkan pimpinan Pas tidak memaklumkan kepada ahli parti mereka sendiri.


“Jadi, apabila perkara itu ditegaskan oleh Dewan Ulama Pas, terbongkarlah bahawa kepimpinan atasan Pas tidak pernah memberitahu ahli peringkat bawahan mengenai Anwar yang bakal menjadi Perdana Menteri,” katanya.


Beliau turut menjelaskan bahawa Abdul Hadi juga telah kalah dari sudut pemilihan sebagai Perdana Menteri apabila PKR dan DAP masing-masing mengangkat Anwar untuk menyandang jawatan tersebut, termasuk di kalangan ahli Pas sendiri khususnya dari kalangan Anwarinas.


Beliau percaya, keadaan itu juga mendorong Abdul Hadi bersuara untuk tidak bertanding dengan alasan sudah terlalu lama menjadi wakil rakyat, selain menyatakan untuk menjadi khadam jika Islam menang. ~jalanpulang

laporan ketua audit negara diperam buat perkasam..



[PANAS] Indonesia Buka Siasatan Kes 'Rogol' Rais Yatim!



Kedutaan Besar Indonesia dan polis republik itu akan membuka siasatan kes pemerkosaan dan rasuah oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Seri Rais Yatim terhadap bekas pembantu rumahnya, Robengah dalam masa terdekat.

Ketua Koordinator Jingga 13, Fariz Musa berkata, laporan tersebut diterima oleh kedutaan tersebut sebagai informasi baru untuk memulakan siasatan.

“Kementerian Kaunselor Kedutaan, Suryana Sastradiredja dan Polis Kerjasama Antarabangsa Kedutaan, Benny Iskandar telah mengesahkan untuk membuka siasatan terhadap Robengah dan juga majikannya iaitu Rais Yatim yang juga ahli parlimen Jelebu.

“Menurut mereka, kes ini akan dirujuk kepada pihak berkuasa anti rasuah di Indonesia,” katanya selepas menyerahkan laporan permohonan penyiasatan dan tindakan undang-undang di Kedutaan Besar Indonesia, Jalan Ampang, hari ini.

Fariz berkata, Jingga 13 akan memantau perkembangan siasatan sehingga Rais dibawa ke muka pengadilan.

“Kita akan berhubung dari masa ke semasa dengan kedutaan tersebut, sama ada siasatan dibuat atau tidak.

“Kita juga tidak akan teragak-agak mengemukakan kes ini kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika tidak ada sebarang tindakan diambil,” katanya.

Menurut Fariz, laporan tersebut juga dibuat berhubung kemungkinan wujudnya ugutan terhadap Robengah.

“Jingga 13 mengesyaki wujud ugutan terhadap Robengah sehingga terpaksa berdiam diri kerana bimbang keselamatan beliau dan keluarga, walaupun hakikatnya telah diperkosa dan maruahnya dinodai.

“Robengah sendiri menyatakan bahawa beliau telah diberi amaran oleh orang besar di Malaysia yang melarang beliau dari membicarakan perkara ini,” tegas Fariz.

Pada awal 2011, Malaysia digemparkan dengan pendedahan mengenai penglibatan Rais dalam kes rogol melibatkan pembantu rumahnya, Robengah yang berasal dari Indonesia.

Robengah sebelum ini mendakwa diperkosa majikannya di Malaysia, sepertimana laporan NGO Migrant Care pada 23 Julai 2007.

Bagaimanapun, beliau menafikan perkara itu dalam surat ditandatangani bertarikh 7 Januari 2011, menyatakan tidak menghadapi masalah sewaktu bekerja di Malaysia.

Dalam lawatan Jingga 13 ke Banjanegara Oktober lalu mendapati Robengah hidup mewah dengan rumah dianggar bernilai RM100,000, walaupun beliau dan suami tidak bekerja.

Pelbagai pihak termasuk KEADILAN sebelum ini membuat laporan polis berhubung kes itu namun sehingga kini, tiada siasatan dilakukan. -jalanpulang

Khamis, 22 November 2012

BONGKAR!! WARGA PAKISTAN MILIKI MYKAD DAN LAYAK MENGUNDI?







KOTA MARUDU 21/11/2012- Ketua Mudanita Parti Maju Sabah (SAPP) CLC Tandek, Cik Pathlyn Leosie Mikat yang ditemani oleh Naib Pengerusi John Charles Mitah Mikat telah datang ke Ibu Pejabat Polis, Kota Marudu untuk buat laporan berkaitan dengan seorang Bangsa Pakistan yang mempunyai Mykad bernama ABD RAUF BIN HAMSAH, No. Mykad 640619-12-5057, beralamat KG. Masjid, P.O.Box 42, Keningau dan didapati mengundi di Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) USUKAN dalam Parlimen P.169 Kota Belud.









Dalam laporan yang sama, kira-kira jam 04:37 minit petang Ketua Balai Polis IPPD Keningau telah menghubungi Cik Pathlyn bahawa laporan telah pun diterima dan sejurus itu Polis sedang membuat siasatan terhadap pendatang asing yang dimaksudkan dan selanjutnya memaklumkan kepada beliau (Pathlyn) agar dapat datang untuk membuat laporan seterusnya kepada RCI di Sadong Jaya, Kota Kinabalu pada 26 November 2012.


Laporan Polis seperti berikut:


LAPORAN POLIS WARGA PAKISTAN MILIKI MYKAD DAN DIDAPATI SEBAGAI PEMILIH BERDAFTAR DI DUN USUKAN DALAM PARLIMEN P.169 KOTA BELUD
Pada hari ini 19hb November 2012, saya Pathlyn Leosie Mikat memegang Kad Pengenalan No. 920813-12-6324 beralamat di Peti Surat 39, 89107 Kota Marudu disini membuat laporan ini di IPPD Kota Marudu mohon agara pihak polis menyiasat satu isu yang hangat diperkatakan dimedia social FB ketika ini, mengenai dengan seorang Bangsa Pakistan yang mempunyai Mykad bernama ABD RAUF BIN HAMSAH bilangan Kad Pengenalan No. 640619-12-5057 beralmat di Kampung Masjid, P.O.Box 42, 89007 Keningau Sabah dan didapati mengundi di Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Usukan dalam Parlimen P.169 Kota Belud.


Tujuan saya membuat laporan ini adalah meminta kepada pihak polis untuk menyiasat sejauh mana kah kesahihan dan kebenaran cerita ini iaitu:-


1. Jika benar perkara ini berlaku bagai mana kah seorang pendatang asing (PATI) ini boleh mendapat Mykad dengan mudah dan menjadi sebagai Pemilih Berdaftar yang sah di Sabah. (keterangan dan butiran ada dalam lampiran bersama)


2. Sebagai generasi muda, saya bertindak kerana khuatir jika perkara ini tidak dibendung dengan segera maka ia boleh mengancam keselamatan dan kedaulatan Negara dimana PATI/PTI akan bermaharajalela di Sabah dan penduduk asal akan menjadi pelarian dinegeri sendiri.


3. Seperkara lagi saya mohon kepada pihak yang berkuasa untuk menyiasat bagaimana kah pendatang asing ini boleh berniaga di Sabah sedangkan mereka datang ke Sabah hanya menggunakan pasport sebagai pelancong dan bukannya untuk berniaga di Sabah. Apa yang saya lihat sekarang ini, walaupun ada diantara mereka yang tidak boleh bertutur langsung atau tidak begitu fasih bercakap dalam Bahasa Melayu mereka tetap berniaga dikedai-kedai dan di tamu-tamu bukan sahaja di Daerah Kota Marudu malahan diseluruh Sabah amnya. Jika kejadian ini tidak dapat dikawal sewaktu dengannya, maka saya yakin dan percaya ia sedikit sebanyak boleh menghalang khususnya peniaga-peniaga kecil Bumiputra yang berniaga digerai-gerai atau ditamu-tamu memandangkan kebayakan Pendatang Asing ini tiba-tiba sahaja muncul macam cendawan dan mengalahkan kaum bumiputra kerana mereka mempunyai modal yang sangat besar seolah-olah mereka ini ditajah oleh sesuatu institusi kewangan dan mampu menyewa kedai-kedai walaupun depositnya tinggi bermula dari RM3, 000 hingga RM7,000 sebulan, namun sanggup membayarnya.


Oleh itu saya dengan ini mohon kepada pihak PDRM, SPRM, JPN, SPR, Pihak Imigresen dan Kuasa-kuasa tempatan yang berkaitan dalam hal ini agar dapat menjalankan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya demi untuk kesejahteraan dan keselamatan rakyat Sabah terjamin.

73 Golongan Umat Nabi SAW


Tentang Islam akan terpecah menjadi banyak golongan

“Akan ada segolongan umatku yang tetap atas Kebenaran sampai Hari Kiamat dan mereka tetap atas Kebenaran itu.” HR. Bukhari dan Muslim.

Rasulullah Saw lewat riwayat Jabir Ibnu Abdullah bersabda :

“ Akan ada generasi penerus dari umatku yang akan memperjuangkan yang haq, kamu akan mengetahui mereka nanti pada hari kiamat, dan kemudian Isa bin Maryam akan datang, dan orang-orang akan berkata, “Wahai Isa, pimpinlah jamaa’ah (sholat), ia akan berkata, “Tidak, kamu memimpin satu sama lain, Allah memberikan kehormatan pada umat ini (Islam) bahwa tidak seorang pun akan memimpin mereka kecuali Rasulullah SAW dan orang-orang mereka sendiri.”



Hadis tentang sejumlah 73 golongan yang terpecah dalam Islam

Abu Hurairah meriwayatkan bahwa Rasulullah SAW bersabda :

“Orang-orang Yahudi terpecah kedalam 71 atau 72 golongan, demikian juga orang-orang Nasrani, dan umatku akan terbagi kedalam 73 golongan.” HR. Sunan Abu Daud.

Dalam sebuah kesempatan, Muawiyah bin Abu Sofyan berdiri dan memberikan khutbah dan dalam khutbahnya diriwayatkan bahwa dia berkata, “Rasulullah SAW bangkit dan memberikan khutbah, dalam khutbahnya beliau berkata, 'Millah ini akan terbagi ke dalam 73 golongan, seluruhnya akan masuk neraka, (hanya) satu yang masuk surga, mereka itu Al-Jamaa’ah, Al-Jamaa’ah. Dan dari kalangan umatku akan ada golongan yang mengikuti hawa nafsunya, seperti anjing mengikuti tuannya, sampai hawa nafsunya itu tidak menyisakan anggota tubuh, daging, urat nadi (pembuluh darah) maupun tulang kecuali semua mengikuti hawa nafsunya.” HR. Sunan Abu Daud.

Dari Auf bin Malik, dia berkata bahwa Rasulullah Saw bersabda:"Yahudi telah berpecah menjadi 71 golongan, satu golongan di surga dan 70 golongan di neraka. Dan Nashara telah berpecah belah menjadi 72 golongan, 71 golongan di neraka dan satu di surga. Dan demi Allah yang jiwa Muhammad ada dalam tangan-Nya umatku ini pasti akan berpecah belah menjadi 73 golongan, satu golongan di surga dan 72 golongan di neraka." Lalu beliau ditanya: "Wahai Rasulullah siapakah mereka ?" Beliau menjawab: "Al Jamaah." HR Sunan Ibnu Majah.

Anas bin Malik meriwayatkan bahwa Rasulullah Saw bersabda: “Orang-orang Bani Israil akan terpecah menjadi 71 golongan dan umatku akan terpecah kedalam 73 golongan, seluruhnya akan masuk neraka, kecuali satu, yaitu Al-Jamaa’ah.” HR. Sunan Ibnu Majah.

“Bahwasannya bani Israel telah berfirqah sebanyak 72 firqah dan akan berfirqah umatku sebanyak 73 firqah, semuanya akan masuk Neraka kecuali satu.” Sahabat-sahabat yang mendengar ucapan ini bertanya: “Siapakah yang satu itu Ya Rasulullah?” Nabi menjawab: ” Yang satu itu ialah orang yang berpegang sebagai peganganku dan pegangan sahabat-sahabatku.” HR Imam Tirmizi.

Abdullah Ibnu Amru meriwayatkan bahwa Rasulullah Saw bersabda : “Umatku akan menyerupai Bani Israil selangkah demi selangkah. Bahkan jika seseorang dari mereka menyetubuhi ibunya secara terang-terangan, seseorang dari umatku juga akan mengikutinya. Kaum Bani Israil terpecah menjadi 72 golongan. Umatku akan terpecah menjadi 73 golongan, seluruhnya akan masuk neraka, hanya satu yang masuk surga.” Kami (para shahabat) bertanya, “Yang mana yang selamat ?” Rasulullah Saw menjawab, “ Yang mengikutiku dan para shahabatku.” HR Imam Tirmizi.

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahwa Rasulullah Saw bersabda: “Orang-orang Yahudi terbagi dalam 71 golongan atau 72 golongan dan Nasrani pun demikian. Umatku akan terpecah menjadi 73 golongan.” HR Imam Tirmizi.

Diriwayatkan oleh Imam Thabrani, ”Demi Tuhan yang memegang jiwa Muhammad di tangan-Nya, akan berpecah umatku sebanyak 73 firqah, yang satu masuk Syurga dan yang lain masuk Neraka.” Bertanya para Sahabat: “Siapakah (yang tidak masuk Neraka) itu Ya Rasulullah?” Nabi menjawab: “Ahlussunnah wal Jamaah.”

Mu’awiyah Ibnu Abu Sofyan meriwayatkan bahwa Rasulullah SAW bersabda : “Ahlul kitab (Yahudi dan Nasrani) dalam masalah agamanya terbagi menjadi 72 golongan dan dari umat ini (Islam) akan terbagi menjadi 73 golongan, seluruhnya masuk neraka, satu golongan yang akan masuk surga, mereka itu Al-Jamaa’ah, Al-Jamaa’ah. Dan akan ada dari umatku yang mengikuti hawa nasfsunya seperti anjing mengikuti tuannya, sampai hawa nafsunya itu tidak menyisakan anggota tubuh, daging, pembuluh darah, maupun tulang kecuali semua mengikuti hawa nafsunya. Wahai orang Arab! Jika kamu tidak bangkit dan mengikuti apa yang dibawa Nabimu…” HR.Musnad Imam Ahmad.



Umat Islam terpecah menjadi 7 golongan besar yaitu:

1. Mu'tazilah, yaitu kaum yang mengagungkan akal pikiran dan bersifat filosofis, aliran ini dicetuskan oleh Washil bin Atho (700-750 M) salah seorang murid Hasan Al Basri.

Mu’tazilah memiliki 5 ajaran utama, yakni :
Tauhid. Mereka berpendapat :
Sifat Allah ialah dzatNya itu sendiri.
al-Qur'an ialah makhluk.
Allah di alam akhirat kelak tak terlihat mata manusia. Yang terjangkau mata manusia bukanlah Ia.
Keadilan-Nya. Mereka berpendapat bahwa Allah SWT akan memberi imbalan pada manusia sesuai perbuatannya.
Janji dan ancaman. Mereka berpendapat Allah takkan ingkar janji: memberi pahala pada muslimin yang baik dan memberi siksa pada muslimin yang jahat.
Posisi di antara 2 posisi. Ini dicetuskan Wasil bin Atha yang membuatnya berpisah dari gurunya, bahwa mukmin berdosa besar, statusnya di antara mukmin dan kafir, yakni fasik.
Amar ma’ruf (tuntutan berbuat baik) dan nahi munkar (mencegah perbuatan yang tercela). Ini lebih banyak berkaitan dengan hukum/fikih.

Aliran Mu’tazilah berpendapat dalam masalah qada dan qadar, bahwa manusia sendirilah yang menciptakan perbuatannya. Manusia dihisab berdasarkan perbuatannya, sebab ia sendirilah yang menciptakannya.

Golongan Mu'tazilah pecah menjadi 20 golongan.

2. Syiah, yaitu kaum yang mengagung-agungkan Sayyidina Ali Kw, mereka tidak mengakui khalifah Rasyidin yang lain seperti Khlifah Sayyidina Abu Bakar, Sayidina Umar dan Sayyidina Usman bahkan membencinya. Kaum ini di sulut oleh Abdullah bin Saba, seorang pendeta yahudi dari Yaman yang masuk islam. Ketika ia datang ke Madinah tidak mendapat perhatian dari khalifah dan umat islam lainnya sehingga ia menjadi jengkel. Golongan Syiah pecah menjadi 22 golongan dan yang paling parah adalah Syi'ah Sabi'iyah.

3. Khawarij, yaitu kaum yang sangat membenci Sayyidina Ali Kw, bahkan mereka mengkafirkannya. Salah satu ajarannya Siapa orang yang melakukan dosa besar maka di anggap kafir. Golongan Khawarij Pecah menjadi 20 golongan.

4. Murjiah.
Al-Murji’ah meyakini bahwa seorang mukmin cukup hanya mengucapkan “Laailahaillallah” saja dan ini terbantah dengan pernyataan hadits bahwa dia harus mencari dengan hal itu wajah Allah, dan orang yang mencari tentunya melakukan segala sarananya dan konsekuensi-konsekuensi pencariannya sehingga dia mendapatkan apa yang dia cari dan tidak cukup hanya mengucapkan saja. Jadi menurut al-murji’ah bahwa cukup mengucapkan “Laailahaillallah” dan setelah itu dia berbuat amal apa saja tidak akan mempengaruhi keimanannya, maka ini jelas bertentangan dengan hadits “dia mencari dengan itu wajah Allah”, maka ini adalah bentuk kesesatan al-murji’ah.
Al-Mu’tazilah dan Al-Khawarij meyakini bahwa seorang yang melakukan dosa-dosa besar kekal didalam api neraka, dan ini terbantah dengan sabda Rasulullah “sesungguhnya Allah mengharamkan atas api neraka orang yang mengucapkan Laailahaillallah”. Menurut Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah bahwasanya pengharaman api neraka membakar orang-orang yang mengucapkan “Laailahaillallah” itu ada dua, pertama pengharaman secara mutlak dan ini bagi orang yang mengucapkan “Laailahaillallah” dengan mendatangkan seluruh syarat-syaratnya, konsekuensi-konsekuensinya dan kandungan-kendungannya sehingga dia terlepas dari syirik besar, syirik kecil dan perbuatan-perbuatan dosa besar, kalaupun dia terjatuh kepada perbuatan dosa maka dia bertaubat dan tidak terus menerus diatasnya, maka orang yang sempurna tauhidnya seperti ini diharamkan api neraka untuk membakarnya secara mutlak, yakni dia tidak disentuh oleh api neraka sama sekali. Kemudian yang kedua, yaitu pengharaman yang tidak mutlak dan bersifat kurang, yang dimaksud yaitu pengharaman untuk kekal didalam api neraka, ini bagi orang-orang yang kurang tauhidnya sehingga dia terjatuh kedalam syirik kecil atau dosa-dosa besar yang dia terus menerus didalamnya, maka orang yang demikian ini diharamkan atas api neraka untuk membakarnya dalam jangka waktu yang kekal selama dia belum mengugurkan tauhidnya ketika didunia. Oleh karena itu pendapat al-mu’tazilah dan al-khawarij yang menyatakan bahwa pelaku dosa besar kekal didalam api neraka, ini adalah pendapat yang bertentangan dengan sunnah Rasulullah.
Tidak ada dzikir yang lebih utama didunia ini kecuali “Laailahaillallah”.
Salah satu sebab dikabulkannya doa adalah dengan menggunakan sifat Allah dan nama-Nya, secara khusus memanggil Allah dengan uluhiyah-Nya, meminta dan berdoa kepada Allah dengan menyebutkan rububiyah-Nya.

“Laailahaillallah” merupakan dzikir dan doa, disebut dengan doa karena orang yang mengucapkan “Laailahaillallah” mengharapkan ridha Allah dan ingin sampai kepada surga-Nya.

Golongan Murjiah pecah menjadi 5 golongan.

5. Najariyah, Kaum yang menyatakan perbuatan manusia adalah mahluk, yaitu dijadikan Tuhan dan tidak percaya pada sifat Allah yang 20. Golongan Najariyah pecah menjadi 3 golongan.

6. Al Jabbariyah, Kaum yang berpendapat bahwa seorang hamba adalah tidak berdaya apa-apa (terpaksa), ia melakukan maksiyat semata-mata Allah yang melakukan. Golongan Al Jabbariyah pecah menjadi 1 golongan.

7. Al Musyabbihah / Mujasimah, kaum yang menserupakan pencipta yaitu Allah dengan manusia, misal bertangan, berkaki, duduk di kursi. Golongan Al Musyabbihah / Mujasimah pecah menjadi 1 golongan.

Dan satu golongan yang selamat adalah Ahli Sunah Wal Jama'ah.



Ahli Sunah wal Jama'ah.

1. Pengertian.

Secara etimologi Ahli adalah kelompok/keluarga/pengikut. Sunah adalah perbuatan-perbuatan Rasulullah yang diperagakan beliau untuk menjelaskan hukum-hukum Al Qur'an yang dituangkan dalam bentuk amalan. Al Jama'ah yaitu Al Ummah ( Al Munjid) yaitu sekumpulan orang-orang beriman yang di pimpin oleh imam untuk saling bekerjasama dalam hal urusan yang penting.

Menurut istilah Ahli Sunah wal Jama'ah adalah sekelompok orang yang mentaati sunah Rasulullah secara berjama'ah, atau satu golongan umat islam di bawah satu komando untuk urusan agama islam sesuai dengan ajaran Rasulullah dan para sahabatnya.

2.Syarat terbentuknya Al Jama'ah.

Secara singkat telah diterangkan oleh Sayyidina Umar RA: " Tidak ada islam kecuali dengan jama'ah, Tidak ada jama'ah kecuali dengan imam, Tidak ada imam kecuali dengan Bai'at, Tidak ada bai'at kalau tidak ada taat.

Dan bai'at bukanlah syahadat, sebagaimana yang diyakini oleh mereka yang salah, dan apalagi dengan pengkafiran diluar kelompok tersebut.

3. Terpeliharanya Islam.

Dalam masa-masa kerusakan islam Allah menunjukkan kasih sayangnya dengan membangkitkan para mujadidnya setiap 100 tahun sekali yang meluruskan kembali pemahaman ajaran Rasul sesuai dengan kebutuhan pemahaman mereka saat itu hingga turunnya masa imam Mahdi.

BILLBOARD JANJI KERAMAT PAKATAN RAKYAT YANG MEMENINGKAN KEPALA NAJIB DAN UMNO SAMPAI NAIK ANGIN SATU BADAN...TERPACAK GAGAH DILEBUH RAYA PLUS!!!!!.






Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Utara sebelum R&R Behrang.

Janji PKR/PR dimana hari ini menang PRU dalam tempoh 24 jam harga petrol, disel dan gas cecair akan turun diseluruh negara.

Tak tahulah kalau boleh bertahan lama billboard ini berdiri gagah dilokasi sebab sudah pasti akan ada arahan dari UMNO kepada PLUS supaya billboard ini dicabut atau dirobohkan.

Yang pastinya hampir semua rakyat sudah tahu akan janji bakal ditepati PKR/PR ini..JANJI KERAMAT .

PAKATAN MENANG RAKYAT SENANG.

Rabu, 21 November 2012

INILAH RUPANYA KEADAAN BIL AIR DI SELANGOR SEJAK PR MENTADBIR!!!








Air percuma di Selangor sudah dilaksanakan selepas beberapa bulan Pakatan Rakyat mentadbir Selangor pada tahun 2008.
Dengan 20m3 pertama percuma iaitu bersamaan dengan nilai RM11 sebulan,banyak isi rumah yang menikmati kelebihan ini..
Ramai rakyat Selangor yang sudah lama tidak ke pajabat Pos membayar bil air..

ini kerana sejak 3 tahun yang lalu,jumlah bil semasa yang perlu dibayar adalah
= RM0.00

Di sini aku lampirkan 3 bulan terakhir bil air yang kesemua bil semasa yang perlu dibayar adalah = RM0.00
Ini bil bulan September 2012




Ini bil October 2012









Ini pula bil terbaru bulan November 2012 yang baru sampai semalam..








Inilah antara kelebihan-kelebihan yang rakyat Selangor dapat selepas Pakatan Rakyat mengambil alih..
jadi siapa yang kata UMNO perintah dengan Pakatan Rakyat perintah adalah sama..?
Beza,memang berbeza,saya mesti pilih!!

[BONGKAR] Umno-BN Sapu 23 Lot Tanah Nilai Lebih RM 20 Juta


Kes pemilikan tanah di Selangor oleh parti komponen Umno-BN akan dilaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana didakwa terdapat penyalahgunaan kuasa.
Adun Sekinchan, Ng Suee Lim berkata tanah tersebut melibatkan 23 kawasan di tujuh daerah seluruh Selangor dari 1999 hingga 2008 yang diperoleh ketika era pentadbiran Umno-BN.

Ia melibatkan parti komponen dan pemimpin Umno-BN termasuk Umno, MCA, MIC dan Gerakan di mana parti-parti tersebut hanya dikenakan bayaran premium RM 1 satu meter persegi.

Katanya, semua kawasan tersebut melibatkan nilai lebih RM 20 juta dengan saiz setiap lot antara satu hingga tujuh ekar yang mana Umno menerima 14 kawasan, MCA (lima), MIC (tiga) dan Gerakan (satu).

“Kes ini wujud elemen salahguna kuasa dan bagaimana ia diluluskan, kenapa untuk Umno-BN, kita akan minta perkara ini disiasat.

“Kita juga akan buat laporan polis dalam masa terdekat,” katanya dalam sidang media di lobi Dewan Annex sempena sidang Dewan Negeri Selangor di sini hari ini.

Suee Lim mendakwa kes-kes tersebut melibatkan pemimpin Umno bahagian seperti Selayang, Ampang, Subang, Puchong, Tanjong Karang dan Sungai Besar.

“Semua 23 kawasan tanah ini adalah tanah dengan nilai tinggi iaitu tanah komersial.

“Semua kegunaan untuk perniagaan seperti rumah kedai dan bangunan perniagaan. Bila mereka dapat tanah ini mereka akan buat usahasama dengan mereka dapat dana keuntungan,” dakwanya lagi.

“Inilah antara contoh dan wajah sebenar Umno-BN yang beria-ria sekarang serang (Kerajaan PR) sana sini tetapi hakikatnya mereka ialah pihak yang Sapu Tanah Rakyat.

“Rakyat didahulukan tetapi dalam kontek di mana Umno, MCA dan yang lain, merekalah yang didahulukan.”

Selasa, 20 November 2012

INILAH BANGSA KITA YANG DIGELAR MELAYU..


KERANA SEKEPING BURGER HARGA TAK SAMPAI RM3 DIBERIKAN PERCUMA, ADA WARGA KITA SANGGUP JUAL MARUAH DAN HARGA DIRI LANGSUNG TIDAK PERIHATIN NASIB MALANG YANG MENIMPA WARGA PALESTINE!!!!!!... SUNGGUH MEMALUKAN SEKALI!!!!!



AMAT MEMALUKAN!!!.... Ada segelintir warga kita sanggup berdiri panjang dibawah matahari terik hanya nak rebut sekeping Mc Egg yang diberi secara percuma oleh rangkaian Restoran McDonald. sedangkan warga luar. warga kafir yang makan daging babi, minum arak dan bela anjing sanggup memboikot sambil berdemo didepan Restoran MacDonald semata-mata bantah dan benci tindakan zalim Israel Yahudi Laknatullah keatas rakyat Palestine!!!!

Dimanakah maruah dan harga diri kita yang mengaku Islam?

Apakah sekeping burger yang paling murah di Restoran McD sudah boleh membeli jiwa dan maruah diri kalian!!!!!

Cukup memalukan!!!!!! Kebulur macam dah tak makan 10 hari gelagat dan perangai kalian!!!!..Macam tak pernah makan burger telor @ Egg Banjo.

Jikalah negara kita kena serang dengan pihak musuh, jangan harap mereka yang berdiri beratur panjang dibawah matahari terik ini akan sanggup sama-sama mempertahankannya.. JANGAN NAK MIMPI DAN JANGAN NAK HARAP!!!! YANG MEREKA TAHU HANYA MAKAN-MAKAN..PAGI MAKAN,PUKUL SEPULUH MAKAN,TGH ARI MAKAN,,PETANG MAKAN,MALAM PUN NAK MAKAN LAGI,PENGIKUT DAJJAL MMG KUAT MAKAN,, KALAU PERUT KENYANG OTAK PUN JADI BODOH...

Perghhhh.... Haji Lembu Bodoh Seperti umno...!!!!


>> TUESDAY, NOVEMBER 20, 2012
Seperti yang gua katakan di awal entry ini, hidup kita semua pasti akan sunyi jika umno/bn pupus dan hancur dari mukabumi Malaysia suatu hari nanti... kita akan berasa sunyi dan hidup kita semakin hambar kerana tiada lagi bahan lawak bodoh dan bangang diorang selama ini... hahahaha...

Kontotkan ceritera..., malam tadi dek kerana tak dapat lelapkan mata, gua online FB, maka terjumpalah dengan lawak paling bangang daripada seekor Lembu Belaan Umno yang dah bergelar Haji.... wa cakap luuuuu.... (lihat apa yang dia taipkan dan nasib baik gua tak gelak guling2 dalam tidur selepas membacanya...)



hahahaha... lawak kaaannnnn...????

Lawak pertama bagi gua..., apabila seekor Lembu pun boleh mendapat gelaran Haji... (ini sah terhasil dari spesies lembu kondom...mainium... hahahaha)
Lawak keduanya pula..., lembu ni boleh tau pulak cara orang PAS mengucap... hahahaha....
Lawak ketiganya pula..., lembu sekoq nih boleh mengaku pulak Muhammad Pesuruh Allah dan tiada Tuhan melainkan Allah... (sudah nyata dan jelas umno dan sekutunya hina Muhammad dan menolak hukum Allah..., lu orang percayakah selama ini umno mengaku dan menerima Muhammad dan hukum Allah...??? Sila jawap wahai bangsa umno)
Lawak keempat..., perbezaan yang dia buat antara umno dengan PAS menyerlahkan tahap mentaliti sebagai seekoq lembu peliharaan, lembu umno nih jenis takda makbapak yang mengajar dia ilmu agama... hahahaha... kesian kat makbapak lembu sekoq nih...ntah2 anak lembu haram kot... hahahaha...

Eeerrrr... apa ka nama Lembu Peliharaan nih... ahaaa... namanya Haji Alfaiezeen Hamat... ntah anak siapa, bapak kepada siapa atau datuk kepada siapa... gua pun tak kenal..., tapi takpa laaa... gua bagi dia famous dalam blog IkutSukaAku....

Bukannya APA pun... spesies2 macam nih kita kena bagi glamour sikit... supaya menjadi rujukan tahap kebodohan kepada sesiapa yang bersekongkol dengan parti syaitan yang dikenali pasti akan menjadi Lembu Peliharaan Syaitan... muakakakakaaaa...

Biarlah anak cucunya mengecap sedikit rasa bangga di atas kebodohan dan kebangangan Bapa atau Datuk diorang ini... hahahahahaa.....!!!!

Siapa kata orang yang bergelar HAJI itu sempurna.... hahahaha... ada jugak yang jadiHaji Lembu seperti malaun ini dan bodohnya Haji Lembu ini macam umno.... hahahahaha....!!!!

Selepas PRU-13 nanti jika lu orang dapati blog ini tak berupdate, maknanya gua sedang bermuram durja la tuuuu.... sebabnya tiada lagi bahan lawak dalam hidup gua... hahahaha..., sekarang lu orang pahamkan kenapa kita semua akan berasa sunyi suatu hari nanti.... hahahaha....!!!!

Pelakon Azhar Sulaiman Mengaku Murtad?


Posted by Addin at 11/20/2012

Isu murtad yang di gembar gembur dalam media negara telah menyebabkan seorang artis telah mengaku dirinya murtad. Pengakuan ikhlas Azhar Sulaiman bahawa dia sudah murtad di dalam laman sosial amat mengejutkan!!

Kenapa Azhar Sulaiman boleh berkata begitu ? Adakah kesan fitnah dari media yang memutar beli kenyataan Taun Guru Nik Aziz....? jika kerana tajuk utama media ini yang menyebabkan Azhar Sulaiman mengaku dirinya murtad amat lah malangnya beliau.

Menampakkan kejahilan artis ini dan bagi media itu pula seperti seekor Dajjal yang datang menyebarkan fitnah sehingga menjadi penyebab manusia itu terpengaruh lalu mengisytihar dirinya menjadi murtad.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz hanya melabel parti dominan Melayu itu sebagai murtad kerana menolak Islam.

Tuan Guru Nik Aziz menegaskan, tanpa mengira mana-mana pihak termasuk Umno sekalipun, jika menolak dan memperlekehkan Islam dengan sengaja boleh dianggap murtad kerana tidak mahu menerima hukum Allah sebagai panduan hidup.

"Tak kira siapa pun, tak kira kalau tok guru sekalipun, kalau murtad...murtad lah. "Usahkan Umno, tok guru berserban, berjanggut, kalau dia tolak Islam dengan cara ... hati dia betul, Islam tak guna ... dia murtad walaupun tidak ada mufti beritahu, tapi kalau dia tolak Islam dengan sengaja, yakin bahawa Islam tak guna ... dia murtad,"

"Umno tolak Islam, maka nampak dia memperlekehkan Islam. Dia buang Islam, macam lekehkan benda salah ... macam ubat habis tempoh dia buang. Jadi bila Umno buang (Islam), agama apa Umno tu?" kata Taun Guru Nik Aziz

Jelas apa yang di perkatakan oleh Tuan Guru Nik Aziz sifat - sifat yang membawa kepada kekufuran manusia. Seseorang itu boleh menjadi murtad dengan tiga cara iaitu, sama ada dengan perbuatan, percakapan atau kepercayaan dalam hati secara sengaja.




Bagi Azhar Sulaiman dari sudut mana penyebab beliau menjadi murtad penulis pun tak tau. Tetapi kalau dari apa yang di perhatikan dari tulisan beliau di laman sosialnya mungkin dari salah faham atau terhasut dari kenyataan Tuan Guru Nik Aziz yang di putar belit oleh media.

Sekiranya benar apa yang di perkatakan oleh Azhar Sulaiman dimintak pergi berjumpa dengan alim ulama untuk bertanya dan jangan kamu permainkan soal syahadah dan akidah. ~batuvskayu

Addin:

Andai benar apa yang diperkatakan oleh Azhar Sulaiman.. mohon beliau bertaubat. Jangan mempermainkan dan mempersendakan agama, akibatnya kamu terjerumus ke lembah hina. Moga Allah SWT memberi hidayah pada beliau supaya bertaubat dan menyokong perjuangan Islam yang suci ini..

Isnin, 19 November 2012


ALFATIHAH UNTUK KAWAN TAHAN






Pada 13 November, kira-kira pukul 10 waktu tempatan, warga Kampung Perdamaian Sukhirin sekali lagi berkabung atas pemergian seorang rakan seperjuangan. Beliau adalah Kawan Tahan atau nama sebenarnya Ibrahim Cikyat.

Ini adalah berita duka kedua dalam masa 2 minggu selepas pemergian Allahyarham Busu pada 3 November yang lalu.

Allahyarham Kawan Tahan mendapat sakit kanser dalam usus yang merebak cepat ke paru-paru. Beliau meninggalkan seorang isteri dan 2 orang anak, serta seorang cucu.

Allahyarham dilahirkan pada tahun 1961 di Kampung Seberang, Daerah Weang, Wilayah Narathiwat. Pada tahun 1975, beliau dan adiknya Kawan Lasak menyertai pasukan Rejimen Ke-10, berkhidmat di pasukan Markas Besar.

Di dalam pasukan Allahyarham aktif belajar dan berlatih sehingga menjadi seorang perajurit yang baik, dapat membaca dan menulis dengan lancar. Di samping itu, beliau aktif dalam berbagai pekerjaan seperti membuat stor stragegi, memunggah barang2 dan lain-lain.

Pada pertengahan tahun 1980-an, apabila terbentuknya Studio TV Rejimen Ke-10, beliau dipilih berkhidmat di studio tersebut sehingga terwujudnya perdamaian pada tahun 1989.

Setelah perdamaian, Allahyarham telah berkahwin dengan seorang pemudi berasal dari kawasan selatan Thai dan mendapat 2 orang cahaya mata.

Pilihan gambar sekitar pengebumian Allahyarham Kawan Tahan pada 13 November 2012 di tanah perkuburan Kampung Perdamaian Sukhirin.












Dicatat oleh Mat Amin pada 10:34 PTG
DI AMBIL DARI BLOG KINI DAN SILAM

PTPTN: Pelajar TIDAK PERLU BAYAR sehingga semua penyelewengan dibongkar




Kerajaan Rakyat menasihatkan kepada semua pelajar yang telah mendapat faedah daripada PTPTN agar JANGAN BAYAR pinjaman tersebut sehingga kecelaruan yang dihadapi olih pengurusan PTPTN diselesaikan.

Dari apa yang difahami, terdapat penyelewengan dalam pengurusan dan pemberian tender kepada syarikat pengurusan data dalam program PTPTN tersebut.

Pada ketika kerajaan sewajarnya menyediakan pendidikan percuma kepada seluruh rakyat, terdapat ruang penyelewengan dan salahguna kuasa dipihak pengurusan kerajaan.

Lantaran amalan rasuah, cuai, salahguna kuasa dan penyelewengan yang amat berleluasa dan ketara baik dikalangan pemimpin politik juga pegawai kerajaan, maka adalah amat wajar pelajar menangguhkan pembayaran PTPTN sehingga semua penyelewengan ini dibongkar.

Bagi tujuan membongkar semua penyelewengan ini, Kerajaan Rakyat menyeru rakyat terlebih dahulu perlu menumbangkan kerajaan Umno BN yang menjadi tonggak kepada kesemua salahguna kuasa, persundalan, rasuah, penindasan dan penyelewengan dana negara.



Di waktu pemimpin politik bertelagah mengenai penyediaan pendidikan percuma di Malaysia, timbul dakwaan bahawa hutang menggunung yang dipinjamkan dari Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mungkin tidak dapat diperolehi semula dalam masa singkat.


Sumber yang dekat dengan agensi tersebut mendakwa, sejumlah besar daripada pinjaman RM45.41 bilion itu diberikan kepada pelajar yang tidak lagi dapat dijejaki.

Sumber mendakwa, data elektronik dalam Sistem Pengurusan Pinjaman Pendidikan (Elmas) yang berusia 10 tahun, kini usang dan PTPTN tidak menaruh harapan tinggi untuk mendapatkan bayaran hutang itu kembali.

Sejumlah RM7.83 bilion yang diagihkan kepada 1.14 juta pelajar sehingga 31 Ogos 2012 masih belum diperolehi semula, manakala kadar bayaran semula pada tahap 49 peratus.

Perkara itu berterusan walaupun selepas anak syarikat Kementerian Kewangan, Prokhas Sdn Bhd disingkirkan pada 2010, ekoran laporan Ketua Audit Negara yang menyatakan kegagalan membangun sistem bagi mendapatkan semula bayaran hutang selepas dibayar RM1.5 juta.

Sistem tersebut menyebabkan PTPTN terpaksa menggunakan semula sistem Elmas, yang diputuskan tidak memuaskan pada 2006.

Susulan itu, PTPTN perlu membayar pembangun Elmas, Paradigm Systems Sdn Bhd, sejumlah RM26 juta lagi untuk membuat semula kerja terbabit.

Ketua pegawai eksekutif PTPTN Agos Cholan keberatan untuk mengesahkan jumlah tersebut dan memberi alasan ia merupakan kes sensitif.

Kerajaan Rakyat

MEMALI : 27 TAHUN BERLALU, KEZALIMAN MASIH TIADA PEMBELAAN




Genap 27 tahun lalu, terjadi satu peristiwa penting dalam sejarah politik negara. Sejarah berdarah menyayat hati dan tidak mungkin akan dilupakan.


Pada ketika itu, Malaysia dipimpin oleh Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri manakala Tun Musa Hitam adalah timbalannya dan menteri hal ehwal dalam negeri.
Peristiwa yang dikenali sebagai "Tragedi Memali" ini berlaku di Kampung Memali yang terletak di dalam mukim Siong, Baling, Kedah.


Daerah Baling merupakan satu daerah yang istimewa kerana banyak peristiwa bersejarah berlaku di situ, seperti Rundingan Baling pada 1955 antara kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan Parti Komunis Malaya (PKM).

Demonstrasi Baling pada 1974 ekoran isu kemiskinan juga berlangsung di tempat sama.
As-Syahid Ibrahim Libya dan 13 orang pengikutnya terkorban di tangan anggota keselamatan lengkap dengan pelbagai senjata termasuk senjata automatik dan kereta perisai.

Diberitakan lebih 3,500 anggota keselamatan dikerah oleh kerajaan Malaysia untuk berhadapan dengan Ibrahim Libya dan pengikutnya serta penduduk Kampung Memali.


Pada ketika itu, kerajaan Malaysia menjustifikasikan pembunuhan beramai-ramai itu dengan alasan Ibrahim Libya atau nama sebenarnya Ibrahim bin Mahmud membawa ajaran sesat.


Kemudian pertuduhan diubah - as-syahid dikatakan membawa fahaman subversif yang berniat untuk mencetuskan huru-hara.\


Kezaliman pihak berkuasa ke atas As Syahid dan sabahat-sahabatnya serta keluarga mereka sehingga ke hari ini tidak dibela. Kebajikan mereka dinafikan walaupun mereka dizalimi. Inilah kezaliman maha dahsyat yang dilakukan oleh pihak berkuasa ke atas rakyatnya sendiri.


Kini selepas 27 tahun ianya berlalu, tidak nampak kesungguhan dan keseriusan pihak berkuasa untuk memberikan sedikit pembelaan dan keadilan kepada mangsa.




Siapa Ibrahim Libya?


As Syahid Ustaz Ibrahim Libya dilahirkan pada tahun 1944 ketika Malaya masih lagi dalam genggaman Jepun di Kampung Carok Putih berhampiran dengan Kampung Memali.


Mendapat pendidikan awal tentang Islam dari ayahnya sendiri Tuan Haji Mahmud - seorang guru agama yang disegani di kampungnya.


Ibrahim kemudian melanjutkan pengajian Islamnya di India, Mesir dan Libya. Selepas tamat pengajian, beliau pulang ke tanah air pada awal 1970-an.


Selepas pulang, beliau berkhidmat di Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebagai pendakwah di Pusat Islam. Populariti beliau meningkat naik oleh kerana syarahan-syarahan agama yang diberikan dan seringkali diundang untuk berbicara mengenai Islam di RTM1.


Beliau kemudiannya berhenti dari JPM dan bekerja sebagai pegawai dakwah dengan kerajaan Libya. Selepas tamat berkhidmat dengan kerajaan Libya, beliau pulang ke Kampung Memali.


Madrasah didirikan untuk Ibrahim memulakan kelas pengajian agama. Bermulalah kariernya sebagai pendakwah bebas. Kepetahannya berceramah menyebabkan beliau sering diundang berceramah di sekitar negeri Kedah.


Ibrahim Libya kemudiannya menyertai PAS dan pernah bertanding dalam pilihan raya tahun 1978 di kawasan Bayu yang terletak dalam daerah Baling.


Beliau mendapat undi sebanyak 5,081 manakala calon BN mendapat 6,169 undi. Dalam pilihan raya tahun 1982 beliau turut bertanding di kawasan yang sama tetapi kalah.


'Dosa' Ibrahim Libya


Ibrahim Libya menjadi ancaman kepada "pihak-pihak tertentu" yang risau dengan popularitinya. Jika dibiarkan terus berleluasa, beliau akan menjadi ancaman yang lebih besar.


Menurut Senator Yusuf Husin ( seorang dari anak didik Ustaz Ibrahim yang turut sama dalam tragedi tersebut), selepas menyertai PAS, Ibrahim Libya menjadi ancaman kepada pemerintah oleh kerana gesaannya dalam setiap ceramah agar perubahan dilakukan terhadap kepimpinan negara.


Inilah puncanya sehingga akhirnya Ibrahim Libya dikehendaki oleh kerajaan Malaysia untuk ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).


Jika tidak menggunakan ISA, sudah pasti Ibrahim Libya akan memberikan kerjasama dengan syarat beliau dibicarakan di mahkamah.


Oleh kerana ISA menjadi pilihan kerajaan, beliau tidak mahu menyerah dan tunduk kepada undang-undang yang dianggap sebagai kejam, zalim dan tidak berperikemanusiaan.


Pengikut-pengikut dan anak-anak murid Ibrahim Libya juga tidak mahu beliau menyerah diri dan bertindak mempertahankannya.


Kampung Memali di kepung oleh ribuan anggota keselamatan untuk menangkap Ibrahim Libya dan pengikutnya.


Pada 19 November 1985, akhirnya Ibrahim Libya dan 13 orang pengikutnya gugur ke bumi sebagai syuhada selepas bertempur dengan anggota keselamatan.


Orang-orang kampung yang hidup ditahan oleh kerajaan Malaysia di bawah ISA termasuklah Yusuf Husin.


Simbol perlawanan terhadap ISA


Ibrahim Libya dan 13 orang lagi yang gugur di Kampung Memali merupakan simbol perlawanan terhebat terhadap ISA.


Seperti yang dikatakan oleh Ketua Pengarang Kumpulan Harakah, Ahmad Lutfi Othman dalam tulisannya sempena ulang tahun ke 25 tragedi Memali tahun lalu:


"Beliau (baca: Ibrahim Libya) menentang akta zalim itu bukan dengan memorandum atau demonstrasi, tetapi mempertaruhkan nyawanya. Dan ini merupakan satu rekod 'termahal' dalam usaha menyanggah ISA."


Benar apa yang dikatakan oleh Ahmad Lutfi itu, tindakan Ibrahim Libya dan para pengikutnya mengorbankan nyawa kerana tidak sujud kepada ISA adalah satu tindakan yang mulia.


Para syuhada Memali sebagai adalah simbol perlawanan terhebat rakyat Malaysia terhadap ISA.

Jika satu hari nanti ISA dimansuhkan, muzium bagi memperingati para syuhada Memali harus dibina agar generasi akan datang tahu bahawa ISA bukan sahaja telah merampas kebebasan ribuan orang tanpa dibicarakan di mahkamah, ISA juga telah menyebabkan nyawa melayang.

Secara peribadi, saya menganggap Tragedi Memali ini masih belum selesai.

Suruhanjaya Kebenaran dan Perdamaian atau Truth and Reconciliation Comission harus ditubuhkan untuk menyiasat kembali peristiwa pembunuhan beramai-ramai di Memali yang berlaku pada tahun 1985 itu.

Hasil penyiasatan haruslah didedah kepada orang ramai dan pesalah-pesalah yang terlibat secara langsung dalam kezaliman ini harus diheret ke mahkamah untuk dibicarakan.


Selepas 26 tahun sejarah berdarah ini berlalu, tragedi Memali terus dikenang. Kampung tempat gugurnya 14 orang syuhada itu menerima pelawat yang ramai sepanjang tahun untuk melihat sendiri saki baki sejarah tragedi Memali yang masih tertinggal.


Begitulah hebatnya Ibrahim Libya dan 13 orang pengikutnya. Salut kepada para syuhada. Salut kerana melawan ISA. Salut kepada penduduk Kampung Memali yang berani.


Sumber : AI Mkini

MANGSA METER DIGITAL TNB - BIL LETRIK DARI RM8.75SEN MENINGKAT JADI RM100 SETIAP BULAN!!






Selepas TNB menukarkan meter lama kepada meter digital..
ramai rakyat Malaysia yang mengeluh mengenai bil semasa yang tinggi dari kebiasaan...

Ini dinamakan kenaikan bil secara senyap-senyap...
tiada pengumuman kenaikan tarif tetapi bil para pengguna melambung tinggi..
ini yang dinamakan kezaliman alaf baru..




Arjunan (kiri, duduk) bersama ahli persatuan menunjukkan dokumen bil elektrik yang dikesan naik mendadak.
RAWANG - Tenaga Nasional Berhad (TNB) digesa mengkaji semula pemasangan sistem meter digital yang didakwa masih banyak kelemahan sehingga membebankan penggunanya.

Presiden Kemajuan Pelajar Tamil Malaysia, M Arjunan berkata, lebih 50 aduan mengenai masalah bil elektrik naik mendadak diterimanya sejak penukaran meter manual kepada sistem digital itu.

Menurutnya, rumah persinggahannya di Bukit Beruntung turut mengalami nasib sama apabila bil semasa RM8.75 meningkat RM100 hampir setiap bulan.

“Pada Mac lalu, bil dikenakan RM8.75 dan saya terkejut apabila bil Ogos mencecah RM1,211.
“Apabila dirujuk kepada TNB, mereka memaklumkan berlaku kesilapan kiraan atau terlebih caj sebanyak RM393.79 menjadikan bil tertunggak yang dikeluarkan November lalu ialah RM928,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, satu laporan dibuat berhubung insiden itu kerana didakwa sengaja menganiaya pengguna melalui meter yang boleh diselaras untuk meningkat atau merendahkan bacaannya.

Menurutnya, pendedahan dibuat kepada media bukan untuk publisiti tetapi meningkatkan kesedaran pengguna khususnya yang mengalami nasib sama tetapi tidak membuat aduan.

“Setiap bulan, sekurang-kurangnya hanya satu atau dua hari sahaja saya akan singgah di rumah berkenaan kerana tinggal di Ipoh tetapi bil yang diterima luar biasa dan terlalu banyak.

“Jiran turut terkejut melihat bil semasa rumah persinggahan itu apabila purata bulanan mencecah RM100 sedangkan mereka yang tinggal secara tetap hanya dikenakan sekitar RM50 sebulan,” katanya.

Arjunan berkata, beliau turut merujuk masalah itu kepada juruteknik elektrik dan dimaklumkan meter digital berkenaan mudah diubah bacaannya berbanding sistem manual.

Oleh itu, beliau meminta individu atau keluarga yang mengalami nasib sama sepertinya tampil supaya usaha membawa masalah berkenaan kepada TNB dapat dilakukan.

“Mereka boleh menghubungi 013-7726777 atau 013-5227795 untuk berkongsi masalah mereka mengenai bebanan bil elektrik.

“Satu protes akan dibuat jika perlu sekiranya TNB gagal menyelesaikan masalah pengadu dalam tempoh ditetapkan sebagai menuntut hak keadilan memandangkan bukan semua pengguna golongan berkemampuan,” katanya.

Aku dah Agak Nik Aziz akan jadi mangsa






Aku dah agak apa yang akan terpapar pada muka kertas akhbar utusan meloya hari ini.
Tekaan dan telahan aku memang betui dan tepat sekali dan apa bila aku belek utusan online ianya telah pun di jadikan berita utama oleh akhbar meloya.
Kebetulan saya menonton berita di TV3 di lihat Tok Guru di asak hebat oleh wartawan semasa diMuktamar Pas semalam .
Isunya semalam bila Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat hari ini melabel parti dominan Melayu itu sebagai murtad kerana menolak Islam parti tersebut.

Nik Aziz turut menegaskan, tanpa mengira mana-mana pihak termasuk Umno sekalipun, jika menolak dan memperlekehkan Islam dengan sengaja boleh dianggap murtad kerana tidak mahu menerima hukum Allah sebagai panduan hidup.
"Tak kira siapa pun, tak kira kalau tok guru sekalipun, kalau murtad...murtad lah. "Usahkan Umno, tok guru berserban, berjanggut, kalau dia tolak Islam dengan cara ... hati dia betul, Islam tak guna ... dia murtad walaupun tidak ada mufti beritahu, tapi kalau dia tolak Islam dengan sengaja, yakin bahawa Islam tak guna ... dia murtad," katanya kepada pemberita.

"Umno tolak Islam, maka nampak dia memperlekehkan Islam. Dia buang Islam, macam lekehkan benda salah ... macam ubat habis tempoh dia buang.Jadi bila Umno buang (Islam), agama apa Umno tu?" kata Nik Aziz

Kenyataan dari TGNA ini membuat media penjilat kepanasan , bila tuan mereka di lebel murtad oleh Nik Aziz.maka apa lagi serangan terhadap Nik Aziz pun bermula dan mungkin akan makan masa 3 atau empat hari oleh media penjilat dengan memainkan dan memutar belit isu umno murtad.{tak xcaya hangpa tengok la}.
Umno dan media sering menuduh Pas memperalatkan agama demi kepentingan politik,tetapi Umno juga lupa bahawa Umno juga juara dalam memainkan isu agama demi kepentingan politik .
Sebagai contoh minggu ini sahaja media Umno memainkan sentimen agama untuk menyerang dan memburuk burukan pimpinan Pakatan Rakyat . Minggu lepas Nurul Izzah di fitnah dengan teruk dalam isu agama bila kenyataan Nurul Izzah di putar belit oleh puak Umno dan hari ini tiba giliran Mursyidur Am Pas Nik Aziz pula di serang menggunakan isu agama.

Kita tunggu malam ini di berita utama media penjilat ,kita akan tenggok ulasan dari penjilat dan macai parti sekular membuat ulasan terhadap Nik Aziz akan bertambah hebat. Kesian melihat ahli ahli umno, mereka di perdaya oleh media mereka dengan memperbodoh ahli dengan memutar belitkan kenyataan Nik Aziz.
Terang dan jelas apa yang di ucap oleh NIk Aziz dengan kiasan yang mudah di fahami, tetapi hati pemimpin serta ahli umno seolah olah gelap. Kita bukan memusuhi Umno tapi kita memusuhi dasar umno yang sekular, tetapi pemimpin Umno buat pekak badak dengan menjalankan Islam separuh masak .Bila kita kata dasar mereka sekular Umno melenting tetapi itulah hakikatnya.

Umno kalau dah sekular sekular juga pemikiran pun primitif serta jumud.

Bukti minyak sawit mentah negara dijual kepada syarikat Israel




 15 484 0 580
BUKTI penjualan Minyak Sawit Mentah, MSM kepada BUNGE, Bunge Agribusiness Singapore Pte Ltd, sebuah syarikat Israel yang berpengkalan di Singapura. Pengerusi ANAK, Mazlan Aliman mendedahkan salah satu invois pembelian sejak tahun 2010 yang lalu.



Menurut Mazlan Aliman, perkara ini berlaku ekoran 70% equiti dalam anak syarikat Felda iaitu, FELDA OIL PRODUCTS SDN BHD dikuasai oleh syarikat asing. Selain Mitsui dan Adeka Corporation, pemilikan saham terbesar dikuasai oleh IFFCO SDN BHD, syarikat keluarga berketurunan India yang berpengkalan di Dubai.

Sejak MITI meluluskan pindaan membenarkan pemilikan asing ditambah kepada 70% pada 16 Jun 2010, syarikat yang berpengkalan di Pasir Gudang ini telah dikenali dengan nama FELDA IFFCO OIL PRODUCTS SDN BHD(FIOP).

Detik hitam bermula, minyak sawit mentah mula dijual kepada syarikat Israel!

Penduduk Islam Palestin dibom, dibunuh, Gaza jadi medan pertumpahan darah paling dahsyat sampai hari ini. Pemimpin Umno berpura-pura tunjuk simpati kepada penduduk Palestin, tetapi waktu yang sama menjual minyak sawit daripada hasil negara kepada Israel!


Read more: http://milosuam.blogspot.com/2012/11/bukti-minyak-sawit-mentah-negara-dijual.html#ixzz2CeVvqhq5