tan malaka

tan malaka

kalau sudi jadi pengikut add kt sini

Isnin, 9 April 2012

Video] Umno Melaka samseng: Bendera PAS dikoyak, penduduk diugut bunuh


 
Isnin, April 09, 2012
MELAKA: Seorang isteri kepada seorang penduduk di Kg. Bukit Baru hidup dalam ketakutan apabila suaminya telah diugut bunuh oleh tiga lelaki dipercayai orang kuat UMNO baru-baru ini ekoran daripada tindakan mengantung bendera PAS di hadapan rumahnya.

Tiga lelaki tersebut juga turut mengoyak bendera PAS yang digantung di hadapan rumahnya.

Berikutan daripada itu isteri beliau telah membuat laporan Polis di Balai Polis Bukit Baru kerana bimbang terhadap terhadap keselamatan beliau dan suaminya.

Semasa kejadian tersebut suaminya yang dikenali sebagai Said tiada dirumah kerana bekerja. Kejadian tersebut berlaku dalam pukul 1.30 tengahari.

Dalam report tersebut, isteri beliau menyatakan salah seorang dari tiga lelaki berkenaan mengeluarkan ugutan bunuh. Antaranya berbunyi,"Mana Said, aku nak jumpa dengan dia, aku dendam dengan dia, aku nak bunuh dia".

Menurut suami beliau yang mahu dikenali sebagai Said berkata, ia mungkin berpunca dari sakit hati yang keterlaluan terhadap tindakannya mengantung bendera PAS di hadapan rumahnya.

"Mereka memang terkenal adalah orang kuat UMNO disini" ujar beliau lagi.

Dun Bukit Baru ini diwakili oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Muhammad Rustam sebagai adun disini.



Sumber: Tranungkite.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan