tan malaka

tan malaka

kalau sudi jadi pengikut add kt sini

Khamis, 12 April 2012

Tanda Kita Akan Mendapat Mandat Rakyat - Salehudin Ayub

 

Ipoh : Malam tadi dalam ceramahnya di Taman Song Choon, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub yakin bahawa 'gelombang rakyat’ yang sedang melanda di seluruh negara kali ini akan berpihak kepada Pakatan Rakyat.

"Kalau kita mengadakan ceramah diseluruh negara hari ini, maka keadaan sangat luar biasa berlaku – iaitu trend dimana Pakatan Rakyat akan dihadiri oleh orang Cina, orang India, orang Melayu.


Ini menunjukan orang India, orang Cina tidak takut lagi kepada PAS . Ini menandakan kita akan mendapat mandat rakyat .” jelas Naib presiden PAS itu.


"Dengan mandat itu kelak, kita akan tawan kembali negeri Perak dan kita akan dapat menguasai Putera Jaya, insya’Allah!” katanya dengan disambut laungan Allahu akbar oleh hadhirin yang terdiri daripada berbilang kaum melimpahi padang.

Menurutnya lagi, banyak perkara yang telah didedahkan dalam sesi parlimen yang baru lalu.Antaranya ialah isu lembu.

"Bila kita bawa isu ke parlimen, kita ada fakta. Kita ada bukti dan dia bukan fitnah sebagaimana yang dilemparkan oleh pemimpin-pemimpin Barisan Nasional.

"Bila perkara ini didedahkan dalam parlimen; dari mula tarikh kita dedah, sampailah akhir sesi parlimen, pada bulan Disember tahun lepas, satu hari pun , Shahrizat Jalil tidak berani datang parlimen,

Kalau tuduhan kita tak betul, kalau angka-angka yang kita bawa ke parlimen itu aangka yang boleh mereka jawab, kenapa Shahrizat Jalil sebagai Ketua Pergerakan Wanita Umno Malaysia, dan jawatan beliau sebagai Menteri Pembangunan Wanita, kenapa tidak berani datang ke parlimen?

"Kalau dia betul, beliau mesti hadir dalam parlimen dan jawab setiap fakta-fakta yang kita dedahkan dalam parlimen,” katanya lagi.

Menurutnya, Shahrizat cuma berani bercakap didalam perhimpunan Agung Umno dan nak selak baju beliau , nak selak kain beliau ; itu bukan caranya.

Mengenai pengunduran Shahrizat sebagai Menteri Wanita, Salahudin berkata, "Jangan terkeliru, jangan kita terpedaya, sebenarnya beliau tidak lagi menjadi menteri Pembangunan Wanita kerana tempoh dia sebagai senator telah pun tamat dan Umno pun tak sudi nak lantik dan sambung dia sebagai senator . Apatah lagi nak lantik beliau sebagai menteri Wanita.

Maka sebab itulah kita melihat dikalangan Wanita Umno sendiri sekarang ini malu. kerana dimana-mana sahaja, Wanita Umno kalau bercakap , orang akan sorak : Hei lembu, baliklah!" kata Salahudin.

Tetapi lembu yang ada di sebelah padang sana tu tidak mahu balik, walaupun Pakatan Rakyat sudah menghentikan sesi ceramahnya pada jam 11.30 malam. Hamidah terus melalak-lalak ditengak malam macam kerasukan jembalang tanah!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan