tan malaka

tan malaka

kalau sudi jadi pengikut add kt sini

Khamis, 12 April 2012

PAS Parti Ajaran Sesat?.. kalau dah sesat, kenapa tak diharamkan?(Video Inside)

Wednesday, April 11, 2012

 


Alahai Mat Said.. Sanggup dia mengeluarkan belanja yang besar semata-mata mahu menjayakan Majlis Wacana PAS: Parti Ajaran Sesat ni..

Mainan politik jenis apa ni? Kalau dah benar PAS itu Parti Ajaran Sesat kenapa kerajaan UMNO/BN masih biarkan.. haramkan sajalah Parti PAS itu..

Kalau setakat mengkafirkan orang UMNO yang menolak hukum Hudud itu PAS dilabel sebagai Parti Ajaran Sesat tu.. rasanya dah betul apa yang dituduh PAS itu..

*****************************************
UMNO mahu perluas wacana PAS: Parti Ajaran Sesat


KUALA TERENGGANU  - Wacana 'Pas: Parti Ajaran Sesat' anjuran Umno Terengganu di sini hari ini akan menjadi tapak untuk diperluaskan ke negeri-negeri lain malah hingga ke peringkat kebangsaan, kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu Datuk Yahya Khatib Mohamad.

Beliau berkata, di peringkat awal, slogan itu akan menjadi gelombang dan program yang akan disusun ke setiap daerah di Terengganu.

Program itu kemudian akan dibuat di negeri-negeri seperti Kedah dan Kelantan, kata Yahya.

"Matlamat utama wacana ini adalah untuk memberi pendedahan khusus kepada jentera parti, badan-badan tertentu dan orang ramai bahawa perjuangan parti Pas selama ini setelah diteliti ada perkara-perkara boleh mencelarukan akidah umat Islam.

"Kita mempunyai ramai ilmuan yang mahir tentang agama Islam dan politik Islam yang pada bila-bila masa boleh membantu rakan-rakan negeri lain untuk mengadakan program seumpama ini," kata Yahya kepada pemberita selepas mempengerusikan wacana berkenaan di Taman Tamadun Islam.

Antara anggota panel ialah Ketua Pegawai Eksekutif Ilmuan Muda Malaysia, Fathul Bari Yahya; bekas Ketua Pemuda Pas Besut, Wan Mohamad Wan Ahmad; Prof Madya Dr Yusof Mohamad dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia; bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Dr Mohd Fairuz Khairuddin; dan bekas Ketua Pengarah Jasa Datuk Mustafa Taib.

Yahya berkata, wacana itu adalah cetusan daripada kenyataan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said tidak lama dulu bahawa Pas boleh dianggap sebagai parti ajaran sesat.

Wacana itu dihadiri kira-kira 2,500 orang yang terdiri daripada ketua-ketua masyarakat, parti politik dan orang ramai. – Bernama
Videoclip ini memaparkan hujah Ustaz UMNO..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan