tan malaka

tan malaka

kalau sudi jadi pengikut add kt sini

Selasa, 10 April 2012

Bekas presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu menyalahkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai punca kekalahannya pada pilihan raya umum 2008.

Samy Vellu: Mahathir nasihat pengundi Umno tidak beri undi kepadanya

Diterbitkan oleh: Editor@WD
Selasa, April 10, 2012
0diggsdigg



Dalam wawacara disiarkan akhbar The New Straits Times kelmarin, Samy mendakwa jumlah undi rosak di kawasan parlimen Sungai Siput dalam pilihan raya itu disebabkan oleh kenyataan Mahathir.

Ia disebabkan oleh nasihat Mahathir kepada pengundi Melayu supaya ahli Umno tidak memberi undi kepadanya, dakwa Samy.

Samy menjelaskan, beliau diberitahu demikian oleh pengundi yang berkata Mahathir memberitahu supaya tidak mengundinya.

Samy juga mendakwa, Mahathir menaruh dendam kepadanya kerana menghalang kemasukan parti Indian Progressive Front (IPF) ke dalam BN walau dipersetujui parti komponen lain.

Namun, Samy berkata beliau masih menghormati Mahathir dan khidmatnya selama 22 tahun bersama bekas presiden Umno itu merupakan pengalamannya yang "maha hebat."

Sumber: Malaysiakini.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan