tan malaka

tan malaka

kalau sudi jadi pengikut add kt sini

Ahad, 8 April 2012

PANAS] Task Force IC Warga Asing, Mahfuz Ada Bukti Bikin Wan Ahmad Pucat Lesi



Alor Setar - Datuk Mahfuz Omar mencadangkan penubuhan satu suruhanjaya diraja dan bersedia memberi kerjasama bagi menyiasat dakwaannya mengenai kewujudan pasukan khas yang bertanggungjawab memberi kewarganegaraan kepada warga asing untuk mengundi dalam pilihan raya umum.

Naib Presiden Pas ini berkata, pendedahan yang dibuatnya adalah serius kerana ia mungkin membolehkan golongan itu mengundi dalam pilihan raya kelak.

“Saya sudah usulkan cadangan supaya diwujudkan suruhanjaya diraja ini segera dalam perbahasan belanjawan tahunan di Parlimen baru-baru ini.

"Saya harap ia dipertimbangkan kerana mempunyai asas yang kukuh dalam dakwaan itu,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena ketika ditemui selepas Ceramah Pelancaran Kempen Bersih 100 Peratus peringkat negeri Kedah, di Kompleks Hijau Kuning, malam tadi.

Menurutnya, berdasarkan laporan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) bersetuju dengan cadangan penubuhan suruhanjaya itu untuk menyiasat pemberian kerakyatan warga asing di Sabah.

“Secara tidak langsung, PSC mengakui perkara seperti itu memang berlaku di Sabah, tetapi saya cadangkan untuk semua negeri kerana difahamkan gerakan itu menyeluruh dan berlaku di setiap negeri,” katanya.

Mahfuz sebelum ini mendedahkan wujudnya pasukan khas ini yang diketuai Penasihat Khas Perdana Menteri, Datuk Osman Razak; Setiausaha Majlis Keselamatan Negara, Datuk Tajuddin Wahab dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar.

Bagaimanapun Wan Ahmad dalam ulasannya kepada Sinar Harian kelmarin telah menafikan dakwaan Mahfuz.

Ketika ditanya mengenai keseriusan beliau mendedahkan nama individu terbabit, Mahfuz berkata, ia bukan cakap kosong tetapi akan disertakan dengan bukti.

“Saya ada bukti sebab itu saya berani cakap. Tetapi saya hanya mahu bekerjasama dengan suruhanjaya diraja untuk siasat perkara ini,” katanya.

Menurutnya, pendedahan ini dibuat kerana bimbang masa depan negara kelak ditentukan oleh warga asing, dan pada masa yang sama menafikan hak rakyat untuk mengundi secara telus.

“Ini suatu ancaman kepada negara dan amat bahaya. Saya tahu saya menanggung risiko besar mendedahkan perkara in dan menyerahkan keselamatan saya kepada ALLAH SWT kerana tidak mahu membiarkan tanah air tergadai,” katanya.

Mahfuz berharap suruhanjaya itu dapat ditubuhkan sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).



Task force IC: Pemuda PAS Alor Setar lapor polis

ALOR SETAR, 6 April: Pemuda PAS Alor Setar hari ini membuat satu laporan polis berhubung pendedahan wujudnya task force khas di bawah Jabatan Perdana Menteri yang memberikan kerakyatan kepada warga asing untuk membolehkan mereka mengundi BN pada Pilihan Raya Umum (PRU) nanti.

Laporan polis itu dibuat Ketua Pemuda PAS Alor Setar Norazam Razak di Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Setar di sini kira-kira jam 11 pagi ini.

Turut mengiringinya, AJK PAS Pusat Mazlan Aliman, Setiausaha Akbar Presiden PAS, Nasaie Ismail serta 10 penyokong.

“Bagi saya pendedahan itu sangat serius seolah-olah nak jual Negara kepada orang asing.

“Ini sesuatu yang tidak boleh dimaafkan kerana ianya pengkhianatan kepada Negara,” kata Mazlan ketika dihubungi Harakahdaily.

Beliau turut berada di sana sempena lawatan kerja Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat yang dipengerusikannya.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar Rabu lalu mendedahkan, bahawa wujud satu pasukan khas yang didakwa memberi kerakyatan kepada warga asing untuk membolehkan mereka mengundi.

Ianya antara lain turut dianggotai wakil SPR, adalah pegawai-pegawai kanan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Bagaimanapun beberapa nama yang dikaitkan dengan task force itu menafikan dakwaan itu termasuk Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar dan Setiausaha MKN Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab.

“Kita mintak perbuatan jijik ini dihentikan segera oleh pihak-pihak terlibat.

“Saya juga menggesa dewan pemuda, muslimat kawasan di seluruh Negara untuk membuat laporan sama,” kata Mazlan.
-HD



Ulasan

Oleh kerana isu ini besar dan penting, semua dewan-dewan pemuda, muslimat dan ulamak serta kawasan-kawasan & perhubungan negeri sepatutnya membuat laporan polis di tempat masing-masing.

Ia perlu dipandang serius oleh parti. Ini kerana SPR sudah terbukti tidak mempunyai integriti lagi. Pemberian IC kepada warga asing untuk membolehkan mereka mengundi demi mempastikan kemenangan UMNO BN adalah satu pengkhianatan terhadap unsur demokrasi disamping satu penderhakaan terhadapan kedaulatan negara yang tidak boleh dipandang sepi. Apatah lagi yang terlibat sama adalah pegawai PM sendiri.

Wan Ahmad dan mereka yang terlibat di dalam task force itu perlu ditangkap, diadili dan dihumbankan ke penjara.

Sementara ahli-ahli yang lain, jangan lupa untuk menghadiri BERSIH 3.0 pada 28 April ini nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan