Oleh Mohd Farhan Darwis
“Hari ini saya menayangkan dua video untuk tontonan dan ini merupakan permulaan yang baik untuk mendapatkan gambaran berfakta mengenai gerakan Kristianisasi yang selama ini diremehkan oleh pihak-pihak yang berkepentingan.
“Melalui Unit Selamatkan Akidah (USA), sejak enam bulan lalu kami telah mengumpul data berkenaan Muslim yang terlibat dengan kegiatan Kristianisasi dan kami telah berjaya mendapatkan individu terlibat untuk berkongsi pengalaman mereka,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia ini.
Beliau yang sebelum ini merupakan exco agama Islam di Selangor berkata pihaknya mempunyai tiga video yang menjadi bukti gejala Kristianisasi umat Islam memang berlaku, namun ketika pendedahan hari ini, hanya dua video tersebut ditayangkan kepada pemberita.
Video dengan durasi 16 minit dan 42 minit itu ditayangkan kepada pemberita, manakala video tanpa edit dengan durasi sejam setengah hanya akan ditayangkan kepada pihak berkuasa agama demi menjaga eksklusiviti video berkenaan.
Berdasarkan rakaman video berkenaan, pasangan tersebut yang menggunakan nama samaran Ramli Abdullah, 47, dan isterinya Zakiah Musa, 42, berkata, mereka dihampiri oleh satu organisasi badan bukan kerajaan (NGO) yang bukan berteraskan akidah untuk membantu mereka yang mengalami kesempitan hidup.
“Kumpulan NGO tersebut memberikan setiap bantuan untuk keperluan hidup seperti tempat tinggal, makan minum, termasuk kereta untuk menarik Muslim menyertai Kristian,” kata Ramli dalam video tersebut.
“Mereka tidak datang secara melulu dan kemudian memperkenalkan Kristian, sebaliknya pendekatan yang digunakan lebih bersifat pendekatan atas dasar kemanusiaan untuk memberikan bantuan dan menjaga kebajikan kami yang mana seterusnya akan memurtadkan orang Islam.”
Jelasnya lagi, kumpulan yang terdiri daripada 20 ke 30 individu tersebut turut membawanya ke satu apartmen di Kelana Jaya untuk dibaptiskan dan diajar cara-cara berdoa seperti masyarakat Kristian.
“Saya diarahkan untuk menerima Jesus sebagai Tuhan dan percaya dia dibangkitkan selepas tiga hari disalib dan sekarang berada di syurga,” katanya lagi.
“Kemudian saya dihantar untuk melanjutkan pelajaran di Singapura dan diberikan kerja. Malah saya turut bertemu dengan kumpulan Muslim lain yang telah di Kristiankan dan jumlah mereka lebih kurang sekitar 200 ke 300 orang dalam satu kumpulan.”
Menurut Ramli, sepanjang penglibatannya dengan kumpulan tersebut sejak 2004, dia turut menjalankan kerja penterjemahan kitab mereka ke dalam bahasa Melayu.
“Saya terlibat secara langsung menjalankan tugas penterjemahan Bible kepada versi bahasa Melayu. Malah saya turut diberikan rumah di Seksyen 4, Kelana Jaya,” katanya lagi.
Antara lain, Ramli turut berkata kumpulan berkenaan turut menghalangnya daripada menukar nama kepada Kristian, sebaliknya menggunakan identiti sebagai Melayu Islam untuk menarik individu lain kepada Kristian.
Isterinya, Zakiah, pula menjelaskan kumpulan tersebut mensasarkan golongan masyarakat Melayu yang menghadapi kesukaran hidup seperti ibu tunggal dan menawarkan bantuan untuk meringankan bebanan ditanggung nereka.
“Kumpulan itu akan pergi kepada kumpulan sasaran mereka atas alasan ingin membantu masyarakat Melayu yang memerlukan bantuan dan kemudiannya memberikan segala kemudahan untuk mereka meneruskan kehidupan,” katanya.
“Kemudian, sedikit-demi sedikit mereka akan ditarik untuk menyertai agama Kristian.”
Mereka turut memuji layanan yang diberikan USA kepada mereka apabila mereka mula menyedari tindakan mereka keluar daripada Islam adalah tindakan yang salah.
“Layanan yang diberikan oleh unit ini setaraf dengan layanan kumpulan Kristian tersebut. Kami tidak dikenakan hukuman, sebaliknya diberikan bantuan dan pemahaman yang mendalam serta dibantu untuk meneruskan kehidupan,” kata Ramli, yang kini mengusahakan ternakan ayam kampung.
Jelasnya, kewujudan USA dapat membantu golongan sepertinya yang memerlukan bimbingan dan menjadi alternatif kepada individu yang cuba dipesongkan akidahnya..........
komen izzydean..
Wahai kumpulan kristianisasi saya ni orng susah.kerja pun tak ada...tak nak tolong saya ke..
kalau betul tolonglah betul kata hasan ali tu..saya nak sangat orang golongan kristianisasi tolong saya..tengok dia boleh kristiankan saya tak..kah..kah..kah..
PETALING JAYA, 2 April — Dr Hasan Mohamed Ali hari ini membuat pendedahan bukti video individu Melayu Islam yang pernah keluar dari agama Islam bagi membuktikan dakwaan beliau gejala memurtadkan Muslim di negara ini sememangnya berlaku.
Pendedahan yang dibuat di kediamannya di sini menayangkan video sepasang suami isteri yang pernah terlibat dengan kegiatan Kristianisasi sehinggalah kepada mereka dimurtadkan.“Hari ini saya menayangkan dua video untuk tontonan dan ini merupakan permulaan yang baik untuk mendapatkan gambaran berfakta mengenai gerakan Kristianisasi yang selama ini diremehkan oleh pihak-pihak yang berkepentingan.
“Melalui Unit Selamatkan Akidah (USA), sejak enam bulan lalu kami telah mengumpul data berkenaan Muslim yang terlibat dengan kegiatan Kristianisasi dan kami telah berjaya mendapatkan individu terlibat untuk berkongsi pengalaman mereka,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia ini.
Beliau yang sebelum ini merupakan exco agama Islam di Selangor berkata pihaknya mempunyai tiga video yang menjadi bukti gejala Kristianisasi umat Islam memang berlaku, namun ketika pendedahan hari ini, hanya dua video tersebut ditayangkan kepada pemberita.
Video dengan durasi 16 minit dan 42 minit itu ditayangkan kepada pemberita, manakala video tanpa edit dengan durasi sejam setengah hanya akan ditayangkan kepada pihak berkuasa agama demi menjaga eksklusiviti video berkenaan.
Berdasarkan rakaman video berkenaan, pasangan tersebut yang menggunakan nama samaran Ramli Abdullah, 47, dan isterinya Zakiah Musa, 42, berkata, mereka dihampiri oleh satu organisasi badan bukan kerajaan (NGO) yang bukan berteraskan akidah untuk membantu mereka yang mengalami kesempitan hidup.
“Kumpulan NGO tersebut memberikan setiap bantuan untuk keperluan hidup seperti tempat tinggal, makan minum, termasuk kereta untuk menarik Muslim menyertai Kristian,” kata Ramli dalam video tersebut.
“Mereka tidak datang secara melulu dan kemudian memperkenalkan Kristian, sebaliknya pendekatan yang digunakan lebih bersifat pendekatan atas dasar kemanusiaan untuk memberikan bantuan dan menjaga kebajikan kami yang mana seterusnya akan memurtadkan orang Islam.”
Jelasnya lagi, kumpulan yang terdiri daripada 20 ke 30 individu tersebut turut membawanya ke satu apartmen di Kelana Jaya untuk dibaptiskan dan diajar cara-cara berdoa seperti masyarakat Kristian.
“Saya diarahkan untuk menerima Jesus sebagai Tuhan dan percaya dia dibangkitkan selepas tiga hari disalib dan sekarang berada di syurga,” katanya lagi.
“Kemudian saya dihantar untuk melanjutkan pelajaran di Singapura dan diberikan kerja. Malah saya turut bertemu dengan kumpulan Muslim lain yang telah di Kristiankan dan jumlah mereka lebih kurang sekitar 200 ke 300 orang dalam satu kumpulan.”
Menurut Ramli, sepanjang penglibatannya dengan kumpulan tersebut sejak 2004, dia turut menjalankan kerja penterjemahan kitab mereka ke dalam bahasa Melayu.
“Saya terlibat secara langsung menjalankan tugas penterjemahan Bible kepada versi bahasa Melayu. Malah saya turut diberikan rumah di Seksyen 4, Kelana Jaya,” katanya lagi.
Antara lain, Ramli turut berkata kumpulan berkenaan turut menghalangnya daripada menukar nama kepada Kristian, sebaliknya menggunakan identiti sebagai Melayu Islam untuk menarik individu lain kepada Kristian.
Isterinya, Zakiah, pula menjelaskan kumpulan tersebut mensasarkan golongan masyarakat Melayu yang menghadapi kesukaran hidup seperti ibu tunggal dan menawarkan bantuan untuk meringankan bebanan ditanggung nereka.
“Kumpulan itu akan pergi kepada kumpulan sasaran mereka atas alasan ingin membantu masyarakat Melayu yang memerlukan bantuan dan kemudiannya memberikan segala kemudahan untuk mereka meneruskan kehidupan,” katanya.
“Kemudian, sedikit-demi sedikit mereka akan ditarik untuk menyertai agama Kristian.”
Mereka turut memuji layanan yang diberikan USA kepada mereka apabila mereka mula menyedari tindakan mereka keluar daripada Islam adalah tindakan yang salah.
“Layanan yang diberikan oleh unit ini setaraf dengan layanan kumpulan Kristian tersebut. Kami tidak dikenakan hukuman, sebaliknya diberikan bantuan dan pemahaman yang mendalam serta dibantu untuk meneruskan kehidupan,” kata Ramli, yang kini mengusahakan ternakan ayam kampung.
Jelasnya, kewujudan USA dapat membantu golongan sepertinya yang memerlukan bimbingan dan menjadi alternatif kepada individu yang cuba dipesongkan akidahnya..........
komen izzydean..
Wahai kumpulan kristianisasi saya ni orng susah.kerja pun tak ada...tak nak tolong saya ke..
kalau betul tolonglah betul kata hasan ali tu..saya nak sangat orang golongan kristianisasi tolong saya..tengok dia boleh kristiankan saya tak..kah..kah..kah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan