tan malaka

tan malaka

kalau sudi jadi pengikut add kt sini

Jumaat, 30 Mac 2012

Tun Mahathir akui hanya yang Bodoh dan Bengong kini bersama UMNO..

 



Kesimpulan dari apa yang dinyatakan oleh Tun Mahathir seperti yang boleh dibaca di atas ialah, setelah berpuluh tahun golongan Proffesional dan cerdik pandai dihalang dari menyertai UMNO, maka UMNO kini ketandusan golongan tersebut.

Oleh itu secara amnya bolehlah kita katakan berdasarkan apa yang telah dinyatakan oleh Tun Mahathir juga kini apa yang tinggal di dalam UMNO adalah golongan tidak proffesional , tidak cerdik dan tidak pandai.

Atau dalam bahasa mudahnya ialah golongan Bodoh dan Bangang serta Bengong yang kini bersama UMNO ini kerana sudah berpuluh tahun UMNO tidak membenarkan golongan cerdik pandai menyertai UMNO.

Selain dari itu Tun Mahathir juga menjelaskan bahawa golongan cerdik pandai tidak disokong di dalam UMNO dalam lain ayat hanya yang Bodoh dilantik memimpin UMNO.
Setelah berpuluh tahun hasilnya kita telah melihat kini dimana kebanyakkan kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO jelas mempunyai unsur-unsur Bodoh dan Bangang serta Bengong..

Antara kenyataan tersebut ialah : 

1    1- Hutang negara masih tidak kritikal biarpun ianya tinggal lagi 2% untuk sama dengan KDNK negara iaitu 55%, peratus yang dibenarkan oleh Bank Negara.

2    2- Saya tidak terlibat dengan NFC dan saya tidak tahu menahu urusan NFC sedangkan mereka tidur dalam satu selimut dan satu katil yang sama.
3
3    3- Saya tidak bertanggungjawap atas perbuatan anak saya.

a    4- Mansuh PTPTN akan membebankan negara sedangkan mereka telah memansuhkan hutang Tajuddin Ramli berjumlah RM589Juta begitu saja.

Dan banyak lagi kalau nak disenaraikan..

Selain dari itu segelintir bijak pandai yang tinggal di dalam UMNO kini kebanyakkan dari mereka telah ditranformasikan daya fikir dan tahap intelektual mereka agar sama atau setaraf dengan ternakan Keluarga Sharizat..

Ini adalah penting bagi yang sedang berkuasa, kerana ahli-ahli yang tahap intelektualnya setaraf ternakan keluarga Sharizat mudah diperlembukan mereka…

************************************

Tun Dr Mahathir: Buka pintu bagi golongan profesional cerdik pandai sertai Umno

28 Mac 2012
MELAKA - Kepimpinan di peringkat bahagian serta cawangan Umno perlu membuka pintu seluas-luasnya untuk golongan profesional cerdik pandai menyertai parti itu dan seterusnya diketengahkan sebagai calon pada pilihan raya umum.

Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat parti itu kini mempunyai masalah ketandusan pemimpin gara-gara kepimpinan di peringkat bahagian serta cawangan yang menyekat kemasukan mereka ke dalam Umno.

"Umno dah berpuluh-puluh tahun tak bagi orang pandai masuk Umno, sebab itu kebanyakan doktor masuk PAS.

"Ini akhirnya menyukarkan Umno mencari calon sesuai bagi menentukan kemenangan pada pada pilihan raya," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Simposium Budaya Global anjuran Sekolah Menengah Sains Muzaffar Shah di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Bekas Presiden Umno itu berkata Umno harus mengamalkan meritrokasi dalam pemilihan pemimpin untuk bertanding dalam pilihan raya umum termasuk calon luar parti bagi menentukan kemenangan dan bukannya calon di peringkat tertinggi bahagian sahaja.
  
"Kita nak orang berbakat dan berkebolehan (bertanding), barulah kita boleh dirikan kerajaan yang berwibawa," katanya sambil mengakui sekatan golongan profesional menyertai Umno berlaku semasa beliau sebagai pemimpin parti.

Dr Mahathir berkata kepimpinan Umno harus sedar bahawa kemenangan dalam sesuatu pilihan raya itu ditentukan oleh pengundi yang bukan ahli Umno.

"Kalau semua ahli Umno mengundi Barisan Nasional (BN) pun tak cukup untuk mencapai kemenangan, dia kena dapat sokongan orang luar daripada Umno, baru calon itu boleh menang," katanya.

Beliau berkata Umno hari ini tidak memberi peluang kepada orang luar terdiri daripada golongan cerdik pandai itu kerana keengganan ahli Umno di bahagian itu sendiri untuk menyokong calon seumpamanya.

"Sepatutnya kita terima calon yang baik ini sama ada mereka anggota parti atau tidak," katanya.

Dr Mahathir berkata Umno pada masa depan mesti merestui golongan profesional dan cerdik pandai menyertai parti itu dan tidak seperti pada masa kini di mana mereka disekat daripada menyertainya.- Bernama

1 ulasan:

  1. Madet Oh Madet...ko yg rosakkan sistem tu. Lps tu ko nak betulkan tp nasi dah jadi bubur lo!!!

    BalasPadam