Perhimpunan menuntut pemansuhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) akan diadakan di ibunegara pertengahan bulan depan.
Pengerusi SMM, Muhamad Safwan Anang berkata 'Himpunan Mansuh PTPTN' disokong oleh 10 kumpulan gabungan mahasiswa - antaranya Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI), Gerakan Demokratik Mahasiswa & Belia (DEMA), Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN), Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) dan Legasi Mahasiswa Progresif (LMP).
Ketika dihubungi Malaysiakini petang ini, beliau yang juga pengerusi Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS), berkata keputusan itu dicapai dalam mesyuarat mereka malam tadi.
Katanya, maklumat terperinci mengenai tarikh, masa, lokasi dan jumlah peserta yang dijangka hadir dalam perhimpunan itu akan diumumkan dalam satu sidang akhbar esok.
Sidang media itu juga akan dihadiri Gerakan 'Malaysia Bangkit' - yang memperjuangkan pendidikan percuma - yang turut dianggotai pemimpin LMP Adam Adli.
"Memansuhkan PTPTN dianggap realistik untuk dilaksanakan walapun kerajaan tegas untuk menetapkannya tanpa perubahan langsung," tegas Muhamad Safwan.
"Tuntutan mengurangkan faedah tidak dilayan, walaupun dikurangkan satu peratus, (tetapi) ia belum menyeluruh dan tetap membebankan," tambahnya.
Isnin lalu, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dilapor berkata PAS akan menyokong tindakan kumpulan mahasiswa yang mahu mengadakan perhimpunan menuntut pinjaman itu dihapuskan.
Bagaimanapun Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dilapor menyifatkan cadangan Pakatan Rakyat yang mahu menghapuskan pinjaman itu jika berkuasa adalah "tidak relevan, mengurangkan semangat daya saing dan membebankan kerajaan".
Sementara Pemuda PAS Pusat menempelak kenyataan Khaled dengan mempersoalkan kerajaan BN tidak prihatin dengan masalah pelajar yang sepatutnya lebih utama, berbanding hanya memikirkan bebanan yang ditanggung kerajaan.

PERINGATAN: pas jementah tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan