tan malaka

tan malaka

kalau sudi jadi pengikut add kt sini

Jumaat, 30 Mac 2012

TERKINI : TUKAR TIUB DI TAHAN POLIS

 

Polis telah menahan Tukar Tiub awal pagi tadi di hadapan rumahnya. Sepasukan polis kelihatan telah berhenti di hadapan rumah Tukar Tiub ketika sedang membuat rondaan. Salah seorang dari anggota polis tersebut telah menahan Tukar Tiub yang ketika itu baru pulang dari pasar..

Keaadaan menjadi kelam kabut apabila motor polis tersebut telah terbalik. Ini adalah kerana tayar motornya yang telah pecah ketika membuat rondaan telah menjadi terlalu kempis.

Tukar Tiub akhirnya telah masuk kedalam rumahnya untuk mengambil perkakas membaiki tayar untuk menukar tayar motor polis tersebut. Setelah selesai menukar tayar motor polis tersebut Tukar Tiub kelihatan menerima beberapa keping wang kertas daripada polis tersebut yang di percayai sebagai upahnya yang telah menukar tayar motor polis itu.

Sebelum polis tersebut beredar Tukar Tiub telah memberi kad bisnes Tukar Tiubnya agar jika polis tersebut tayar motonya pecah lagi bolehlah terus berhubung dengannya..

Kita ke berita Tukar Umno pula...

Telah heboh di serata wall facebook bakal berlaku sekali lagi gegaran yang di namakan Bersih 3 iaitu satu himpunan untuk melenyapkan umno terus di muka bumi ini...

Berbagai tarikh telah di omongkan tetapi masih belum ada kepasatiannya,. Walau bila sekali pun tarikhnya kita perlu bersiap sedia dari sekarang untuk gegarkan Kuala Lumpur habis habisan.

Namun apa yang Aku mahu berbicara di sini ialah apa gunannya kita turun ke medan Bersih sekiranya kita tidak menjadi seorang pengundi.
aku berkata begini adalah kerana aku banyak mendengar rungutan dari rakan rakan yang sudah bosan dengan sikap hipokrit pemipin Pakatan Rakyat sedangkan mereka bersungguh sunguh menentang umno, sanggup berbasah dan berasap di tembak pancutan serta gas pemedih mata namun dalam satu hal lagi para peminpin PR seperti tidak pernah menghargainya.

Maksudnya pemimpin PR di lihat semacam dengan pemimpin umno dengan politik hipokritnya sehinggakan ada yang tidak mahu mengundi kerana merasakan sama saja antara Umno dan PR.

Bagi aku walaupun memang ada pemimpin2 PR yang lebih teeruk dari umno namun mahu atau tidak mahu umno mesti di jatuhkan dulu. Kita sedang berhadapan dengan 1 kuasa yang menyekat kebangkitan kuasa rakyat oleh itu untuk mengujudkan satu kuasa yang di namakan kuasa rakyat mahu atau tak mahu suka atau tidak umno perlu kita jatuhkan.

Dengan masih wujudnya demokrasi walaupun tempang kita perlu mengunakannya terlebih dahulu. Sekiranya PR menang dan masih juga meneruskan kejahatan UMNO maka pada ketika itu PR akan berhadapan dengan satu gelombang yang lebih besar dari gelombang rakyat menolak umno hari ini.

Memang tidak di nafikan walaupun Umno tumbang PR akan masih terus meneruskan sistem kapitalis di negara ini kerana tidak ada 1 parti pun di dalam PR yang pro kepada rakyat miskin namun setidak tidaknya PR perlu mengambil masa 8 tahun iaitu 2 kali pilihanraya untuk belajar macam mana mahu mencuri duit rakyat.

Maka ayuh kawan2 kita tumbangkan umno dulu. Turunlah mengundi walaupun di hati kita masih merasakan was was dengan PR tetapi hanya inilah caranya untuk menjatuhkan umno kini.

Kita perlu teruskan usaha menghasut semua rakyat agar menolak umno dalam pilihan raya ini. Kita hanya perlu tumpukan kepada umno sahaja...fokuskan kepada umno... pergi mampus dengan MCA dan parti2 lain kerana parti2 dalam BN tidak ada masalah untuk menjadi pembelot kepada BN sekira umno sudah tidak ada kuasa.

Jom Tukar Umno......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan