tan malaka

tan malaka

kalau sudi jadi pengikut add kt sini

Selasa, 27 Mac 2012

Menjelang PRU-13, Apa Motif Khairy Jamaluddin Tiba-Tiba Saja Di Lantik Sebagai Pengerusi PUNB!

Tuesday, March 27, 2012


 


KUALA LUMPUR, 27 Mac - Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) hari ini mengumumkan pelantikan Khairy Jamaluddin (foto) sebagai pengerusinya yang baru berkuatkuasa 1 April. Pelantikan itu dibuat oleh Yayasan Pelaburan Bumiputera dalam mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 8 Mac tahun ini, kata PUNB dalam satu kenyataan hari ini. Khairy, yang juga ahli Parlimen Rembau, mempunyai pengalaman dalam sektor perbankan pelaburan dan sektor perkhidmatan awam. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan Pengerusi Pemuda Barisan Nasional itu mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda Falsafah, Politik dan Ekonomi dari University of Oxford pada 1997 dan memperolehi Ijazah Sarjana Perundangan dan Teori Politik dari University College London pada 1998. Khairy akan menggantikan Tan Sri Abu Bakar Mohd Noor yang menamatkan perkhidmatannya pada 29 Februari tahun ini setelah berkhidmat sebagai pengerusi di PUNB sejak 1998. PUNB turut rakamkan setinggi penghargaan kepada Abu Bakar di atas segala jasa dan khidmat beliau semasa menerajui Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB).

[Ramai yang pasti akan terkejut dengan perlantikan ini. Apakah ini bermakna Khairy "comfirm" tidak akan dicalonkan pada PRU-13 ini nanti agaknya?. Deesas-desus mengatakan beliau tidak ada dalam senarai nama calon BN kini sudah mula tersebar. Secara logiknya, jika PM mahu mengangkat Khairy ke jawatan itu sepatutnya sudah dibuat sejak awal lagi. Kenapa baru sekarang ia mahu dilakukan. Khairy merupakan satu-satunya Ketua Pemuda UMNO yang tidak ada tempat dalam kabinet kerajaan Malaysia. Nama beliau tidak disenaraikan oleh Najib dalam rombakan kabinet selepas pemilihan agong UMNO sebelum ini. Khairy menewaskan calon pilihan Mukhriz Mahathir dan Khir Toyo. Lebih malang lagi, ramai orang-orang Mukhriz menang jawatan masing-masing termasuk Razali Ibrahim yang kini Timbalan Menteri Belia Dan Sukan. Malah, Mukhriz yang kalah juga dilantik Timbalan Menteri. Soalnya kenapa Khairy tidak diangkat ke kabinet dan kini tiba-tiba saja mahu diberi jawatan?. Bukankah ini semua sudah terlambat. Bayangkan jika BN kalah pada PRU13 nanti. Apa nasib Khairy?. Justeru, semua ini sudah dapat dibaca yang Najib tidak mahu Khairy membuat undi protes terhadap calon BN andainya beliau tidak dicalonkan pada PRU ini nanti sebenarnya. Jika tidak apa motifnya?].

1 ulasan: