Tuesday, 27 March 2012
PENEROKA FELDA BERDEMO JUMAAT INI BANTAH PENYENARAIAN FELDA.
PKR menjangkakan seramai 1,000 orang akan hadir ke perhimpunan pada Jumaat untuk membantah penyenaraian anak syarikat Felda, Felda Global Ventures Holdings (FGVH) ke Bursa Malaysia.
Pengerusi Biro Orang Asal PKR, Suhaimi Said (gambar) berkata, satu memorandum akan dihantar kepada Perdana Menteri Datuk Seri
Katanya, memorandum berkenaan antara lainnya menggariskan mengenai kerugian jangka panjang yang akan ditanggung peneroka akibat penyenaraian itu.
Salah satu daripadanya melibatkan cagaran tanah oleh satu lagi anak syarikat Felda, Felda Plantations Sdn Bhd kepada FGVH untuk tempoh 99 tahun.
"Tanah Felda Platantions yang patut diberikan kepada anak peneroka seluas 850,000 ekar kesemuanya akan dicagarkan kepada FGVH selama 99 tahun.
"Jadi harapan untuk generasai kedua, ketiga untuk dapat tanah akan habis," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.
Jelasnya, tanah berkenaan bukanlah milik Felda tetapi diperuntukkan oleh kerajaan negeri untuk dimajukan oleh lembaga tersebut.
"Felda tidak ada geran ke atas tanah tersebut, jadi apa hak dia untuk pajakkan kepada orang lain? Lainlah jika kerajaan negeri yang pajakkan," tambahnya.
Selain para peneroka, perhimpunan itu juga dijangka akan turut disertai anggota Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), kata Suhaimi lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan