pembangunan, kemajuan negara kononnya semuanya cemerlang. Pada hakikatnya Rakyat di negara ini majoritinya hidup merempat, bertempur dengan keperitan hidup.
Sekarang ini isu subsidi pula dijaja seluruh negara samada Petronas, TNB dan yang terbaru harga petrol yang di beri subsidi tambahan 10 sen... semuanya ini adalah untuk menipu Rakyat tentang subsidi. Marilah kita memahami keadaan sebenar yang sedang berlaku di negara ini, apakah dia yang dimaksudkan ‘Subsidi’ yang kononnya diberi oleh kerajaan Bn :
....... Seorang lelaki yang dipanggil Maha memiliki sebuah ladang yang boleh menghasilkan 10 biji tembikai setiap hari. Beliau mempunyai 5 orang pekerja yang mengendalikan ladang. Setiap daripada mereka makan sebiji tembikai setiap hari.
Baki 4 biji tembikai yang tinggal, tuan rumah menjual pada harga RM10 setiap satu dan dia memperolehi RM40 jualan. Dia gunakan RM25 untuk kos operasi ladang, beri RM2.00 kepada setiap pekerja dan dia menyimpan RM5.00 sebagai keuntungan.
Hari demi hari, ladang itu dimajukan dengan baik dan kesemua 5 pekerja berpuas hati dengan simpanan wang mereka.
Meningkatkan Kualiti Ladang
Apabila Maha meninggal dunia, tuan tanah yang baru, Najib, datang untuk meneruskan operasi ladang.
Dia berkata kepada para pekerja: "Kita perlu untuk meningkatkan kualiti ladang dan mentakrif semula cara kita berfikir. Mulai sekarang anda semua hanya perlu membayar RM1.00 bagi setiap tembikai yang anda makan. Ia sangat murah jika dibandingkan dengan harga RM10 setiap satu di luar ladang”.
Para pekerja tiada pilihan tetapi terpaksa membayar RM1.00 bagi sebiji tembikai yang mereka makan setiap hari. Pendapatan mereka berkurangan dari RM2.00 kepada RM1.00 bagi setiap orang.
Seperti biasa, Najib menjual 4 biji tembikai dan dia mendapat RM40. Beliau menggunakan RM25 untuk kos ladang dan membayar gaji RM10 kepada pekerja. Beliau mendapat RM5.00 sebagai keuntungan. Selain itu, beliau mendapat keuntungan RM5.00 dari tembikai yang dijual kepada pekerja-pekerjanya. Secara keseluruhan, dia mendapat RM10 sebagai keuntungan setiap hari.
Penswastaan
Sekarang .... dengan kenaikan harga barang, Najib menaikkan harga tembikai kepada RM20 setiap satu. Najib mendapat keuntungan yang lebih tinggi kerana dia mendapat jualan RM80 untuk 4 biji tembikai setiap hari.
Kemudian, beliau memutuskan untuk memberikan kontrak perladangan untuk diswastakan kepada salah seorang teman rapat, Sharizat.
Sharizat berkata : “Harga tembikai naik, peningkatan kos ladang juga naik”.
Jadi, peningkatan kos ladang dinaikkan dari RM25 kepada RM50. Pada hakikatnya, peningkatan kos hanyalah RM30. Jadi lebihan RM20, Najib dan Sharizat berkongsi sama rata yang dikenali sebagai komisyen.
Mari kira berapa banyak Najib dapat setiap hari :
keuntungan bersih jualan - RM20
untung dari peningkatan kos ladang - RM10
jualan tembikai kepada pekerja - RM5
Secara keseluruhan, Najib mendapat RM35 sehari berbanding RM10 pada mulanya apabila beliau mengambil alih ladang dari Maha. Keuntungannya bertambah RM25 dan pekerja masih mendapat gaji RM1.00 sehari.
Subsidi
Atas desakan isterinya, Najib menjadi tamak tidak mahu berhenti di sini :
Satu hari, dia berkata kepada pekerja-pekerja yang lain : “Anda lihat, harga pasaran semasa untuk satu tembikai adalah RM20 dan anda hanya membayar RM1”.
“Lihatlah betapa bertuahnya anda! Saya telah memberi SUBSIDI RM19.00 bagi setiap biji tembikai anda beli. Secara keseluruhan, saya beri SUBSIDI RM95.00 untuk tembikai yang anda beli”.
“Ini amat membebankan ladang dan kita mungkin menjadi muflis jika kita terus seperti ini”.
“Untuk mengelakkan kebankrapan, saya perlu tingkatkan harga tembikai yang anda beli dari RM1.00 kepada RM1.50 , dan saya akan tanggung RM18.50 baki sebiji tembikai sebagai subsidi saya kepada anda semua”.
Jadi, dengan pengurangan subsidi, Najib menambah RM2.50 dari pekerja dan keuntungan menjadi RM37.50 .......
Apa Rakyat Perlu Buat
Selepas anda membaca cerita ini, saya pasti anda telah memahami makna 'SUBSIDI' yang diberikan oleh kerajaan.
Pertama sekali , subsidi RM95 TIDAK PERNAH WUJUD dan begitu juga dengan subsidi RM52 bilion petrol dan barangan lain yang kononnya bermurah hati 'diberikan' oleh kerajaan.
Pemotongan subsidi minyak sebenarnya hanya DIREKA-REKA dan alasan untuk mencuri wang dari poket Rakyat sendiri …
Sekarang anda faham mengenai subsidi ...!
Reformis Anak Muda memohon anda memberitahu kepada seluruh Rakyat, terutamanya golongan Pekerja... mengenai penipuan pemimpin UmnoBn dan hakikat sebenar siapa sebenarnya yang mendapat subsidi…
Dan… beritahu mereka apa yang boleh kita buat...? Mengundi dengan bijak
Tiada ulasan:
Catat Ulasan