Kenapa sekarang baru Datuk Seri Hishamudin Hussin Onn menyatakan ahli politik diminta lapor pada polis jika rasa terancam?
Apakah beliau selaku Menteri Dalam Negeri tidak dimaklumkan atau memang beliau jenis Menteri yang tidak ambil kisah berkenaan dengan beberapa gangguan oleh samsing Umno yang mengganggu ceramah Pakatan Rakyat.
Sekarang baru beliau bersuara, Itu pun apabila kononnya Timbalan Menteri Pelajaran Dr. Wee Ka Siong hendak dipukul pada 25/3/12 ketika beliau menghadiri perhimpunan membantah kekurangan guru pendidikan Cina d Kajang. Jika tidak kena kepada Dr Wee maka Hishamuddin masih tertidur dan tidak kisah apa anggota bawahan beliau buat..
Sehingga kini ceramah Pakatan Rakyat diganggu oleh penyokong Umno BN d Melaka. Kenapa pihak polis tidak bertindak kepada samsing upahan Umno?
Mereka lakukan ini sebagai provokasi untuk menguji penyokong Pakatan Rakyat. Kita bimbang jika perkara ini berterusan ia akan memberi suasana yang tidak baik di dalam iklim politik di negara ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan