tan malaka

tan malaka

kalau sudi jadi pengikut add kt sini

Selasa, 27 Mac 2012

Mampus Rakyat!!! Menteri harap GST dilaksana lepas PRU13

 

Menteri harap GST dilaksana lepas PRU
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala berkata, beliau berharap kerajaan mampu melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) selepas pilihan raya umum dan mengajak Pakatan Rakyat bekerjasama dengan BN untuk memastikan kejayaan dasar itu.

NONE"Harapnya (mereka setuju dilaksanakan selepas pilihan raya umum)... Saya percaya kedua-dua pihak BN dan Pakatan bekerjasama dalam perkara yang sangat penting kepada negara," katanya.

Beliau menjawab soalan sama ada kerajaan akan melaksanakan dasar kontroversi itu selepas pilihan raya umum akan datang, dalam majlis bersama anggota Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia hari ini.

Walaupun pilihan raya dijangka berlangsung Mei atau Jun, Idris berkata beliau tidak menjangkakan GST akan diperkenalkan sebelum akhir tahun ini.

"Kamu kena tanya perdana menteri. Beliau menteri kewangan tetapi saya tidak rasa ia akan berlaku sekarang. Seperti saya pernah sebutkan, ia memerlukan masa yang panjang untuk dilaksanakan, sekurang-kurangnya setahun (daripada tarikh diumumkan)," katanya.

"Tetapi saya percaya terdapat banyak sebab untuk negara kita melaksanakannya. Ini menunjukkan kenapa 143 negara sudah melaksanakan GST./MalaysiaKini

KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)  
    

   Artikel Yang Wajib Di Baca Oleh Umat Islam Malaysia!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan