tan malaka

tan malaka

kalau sudi jadi pengikut add kt sini

Rabu, 30 Januari 2013

Jika dah sokong BN, sokonglah kenaikkan cukai tu!



Jika dah sokong BN, sokonglah kenaikkan cukai tu!


Ni nasib baik bukan dinegeri yang diperintah PR. Kalau tak dah dijaja seminggu 7 hari 7 malam !

Selasa, 29 Januari 2013

Lautan Terbelah Seperti di Zaman Nabi Musa ?













العنوان غريب .. والمضمون اغرب ..

انا لم اكن اعرف عن هذه المعجزه من قبل .. ولم اكن اعرف ان في كوريايتوافد الملايين لرؤيتها .. وهم يعلمون انها معجزه الاهيه .. فلماذا لا نعرف
عنها نحن ؟؟؟


Lautan terbelah seperti di zaman nabi musa ada di korea

1. Kelihatan orang ramai berjalan kaki di Jundo sea, Korea bagi mendekati pulau yang Ada di hadapan mereka.

2. SubhanAllah jelas kelihatan laut terbelah..itulah kekuasaan Allah

3. Manusia yang tidak melepaskan peluang untuk berjalan ditengah tengah laut terbelah.

4. Dom di bina untuk tujuan riadah di kawasan Jundo Sea

5. Allah maha kaya..itulah tanda tanda hari kiamat. Allah hu Akhbar
Terima kasih kepada sahabat yang hantar email

Kenapa Projek bernilai RM2.47 Billion tiba-tiba dianugerahkan kepada syarikat yang tidak disenarai pendek?




Ada beberapa perkara yang menimbulkan persoalan dalam perkara ini.. antaranya ialah Samsung bukanlah antara syarikat yang telah disenarai pendekkan tetapi tiba-tiba syarikat tersebut telah memenangi tender bernilai RM2.47 Billion ini..

Dan biasanya apabila sesebuah syarikat dari luar negara memenangi sebarang tender untuk melaksanakan sebarang projek di negara ini, ianya harus bergabung dengan syarikat tempatan.. tapi dalam hal ini tidak seperti biasa perlaksanaannya... KENAPA??

Baca ni..


Merujuk laporan media bertarikh 22 Januari 2013 yang melaporkan Majlis Tandatangan Penganugerahan Pembinaan Prai Power Plant yang dianugerahkan kepada sebuah syarikat asing iaitu Samsung Engineering & Conctruction.

Keputusan untuk menganugerahkan projek bernilai RM2.47 billion ini kepada sebuah syarikat asing dengan mengenepikan sepenuhnya syarikat tempatan yang berkemampuan mengundang seribu satu persoalan. Ini jelas melanggar nilai merit yang diambil kira dalam penilaian tender dan menjadi polisi kerajaan iaitu sebuah syarikat asing harus bergabung (JV) dengan syarikat tempatan demi perkongsian pengalaman dan agar dana yang besar tidak hanya teralir keluar tetapi turut dinikmati dan memperkukuhkan korporat tempatan.

Menurut semakan ringkas yang SAMM lakukan Samsung Enggineering & Conctruction bukan asing di Malaysia, antara projek besar yang syarikat ini pernah terlibat di Malaysia ialah 2ndtower KLCC, namun rekod menyatakan pembinaan tersebut hampir 100 % menggunakan khidmat kontraktor Korea Selatan dan luar negara yang dipilih Samsung sendiri. Langsung tidak ada perkongsian dengan syarikat tempatan. Ini beerti hampir 100% wang negara teralir ke luar. Malah selepas siap Samsung Engeenering dikatakan terus keluar dan langsung tidak ada sumbangan kalau ada pun ia amat minima dalam negara lagi.

Selepas itu nama syarikat Korea Selatan ini senyap sehinggalah wujud tawaran pembinaan menara warisan 118 tingkat. Samsung mula mendekati beberapa mereka yang berkedudukan penting dalam negara.

Dirakamkan juga pertemuan telah dilakukan di Korea Selatan bersama Perdana Menteri dengan Presiden Samsung untuk usaha melobi. Malah lobi bukan sahaja berlaku dikalangan mereka berkedudukan rasmi sahaja malah turut libat anak PM sendiri.

Nampaknya mungkin kerana usaha lobi sudah terlalu giat akhirnya walaupun menara warisan 118 tingkat masih belum tentu hujung pangkal namun Samsung Engineering & Construction mendapat anugerah projek Prai Power Plant yang bernilai keuntungan jauh lebih besar dari menara Warisan.

Namun seribu satu persoalan muncul atas penganugerahan tersebut.

· Mengapa syarikat tempatan seperti Ranhill Berhad / Malakoff / Paremba yang jelas berkemampuan dan berpengalaman yang menawarkan diri serta ada yang menawarkan harga yang lebih murah gagal mendapat kontrak tersebut. SAMM mungkin banyak tidak bersetuju dengan sykt tempatan dinyatakan tetapi dengan memberikan anugerah kepada sykt asing dengan mengenepikan sykt tempatan berkelayakan adalah sesuatu yang salah.

· Mungkin panel selective tender yang membuat keputusan tersebut berfikiran dijajah iaitu hanya syarikat asing boleh buat projek besar mengapa tidak dipilih syarikat asing yang menawarkan JV dengan syarikat tempatan bagi membantu ekonomi tempatan

· Prai Power Plant berkapasiti 1000 MW sama seperti kemampuan Manjung Power Plant namun mengapa perbezaan kos agak keterlaluan.

· Diingatkan Prai Power Plant tidak seperti Manjung dan Tanjung Bin ketika proses tender dan dan pembinaan beberapa kali kenyataan media dibuat mengumumkan kos dan peringkat proses bersesuaian dengan ia projek berkepentingan negara.

· Sewaktu pembinaan Manjung Power Plant 40% bahan adalah dari dalam negara, boiler steel works dibuat di Malaysia. Maka secara relatifnya kos dalam dimanafaat dalam negara.

Persoalan paling utama ialah berdasarkan laporan media pada 20 Mac 2012 menyatakan secara jelas Jawatankuasa tender telah mengumumkan 9 pembida telah disenarai pendek. Ini agak sedikit mengejutkan kerana sebelum ini hanya 5 -6 syarikat sahaja yang disenarai pendek.

Antara syarikat pembida yang telah disenarai pendek berdasarkan artikel yang disiar media pada20 Mac 2012 itu ialah

· 1 Malaysia Development Bhd yang berusaha sama dengan Hyundai Engineering & Conctruction

· YTL Power International Bhd berusa sama dengan Marubeni Corp of Japan

· CI Holding Bhd bergabung bersama Teknologi Tenaga Perlis Consortium yang berusaha sama dengan Daelim Industrial Co. Limited

· Amcorp Power Sdn Bhd yang berusaha sama dengan Mitsui & Co Limited

· Malakoff Corp Bhd bergabung dengan Petronas Power yang berusa sama dengan Mitshubisi Corp.

· Pendekar Power Sdn Bhd yang dimiliki oleh Powertek Sdn Bhd.

· Mastika Lagenda Sdn Bhd yang dimiliki Genting Berhad

· Genting Sanyen Power Sdn Bhd

· Sime Darby Power Sdn Bhd

Langsung tidak wujud nama Samsung dalam 9 yang disenarai pendek. Namun apabila diumumkan Samsung yang langsung tidak ada dalam senarai pendek telah mendapat projek ini yang bernilai RM 2.47 billion berdasarkan laporan media 1 Disember 2012.

SAMM mengajak rakyat agar memerhatikan perkembangan ini dari dekat kerana ;

· TNB sebuah agensi penting negara, perbelanjaan TNB melampau seperti pembinaan janakuasa dengan harga tidak munasabah akan memberikan kesan jangka masa panjang kepada rakyat.

· Membiarkan projek bernilai tinggi hanya dimonopoli tanpa perkongsi syarikat tempatan adalah pengkianatan kepada ekonomi negara.

· Akur dengan dunia makin hilang nilai sempadan namun dalam perkara ini kerajaan harus memastikan kewujudan gabungan asing dan tempatan bagi memastikan aliran kewangan terkawal, peluang pekerjaan, perniagaan & kemahiran, serta kemahiran teknologi disalurkan pada warga negara setimpal dengan kos wang rakyat yang diguna pakai.

Melalui sidang media ini juga SAMM ini menimbulkan persoalan ;

· Projek bernilai RM2.47 billion ini seolah diluluskan bukan sahajakepada syarikat tidak disenarai pendek tetapi agak tergesa – gesa dan dalam keadaan cuba berselindung. Majlis penganugerahan kontrak sebesar RM2.47 billion ini tidak diberikan perhatian sewajarnya media dan tidak dihadiri oleh Menteri seperti mengelak perhatian rakyat seperti ada yang cuba diselindungkan ?

· Adakah ia tergesa – gesa ada kaitan dengan cubaan mencairkan dana bagi tujuan membantu kewangan pihak tertentu menjelang PRU ke 13.

SAMM meragui mungkin ada ‘sesuatu’ dibelakang semua ini. SAMM telah mendapatkan kerjasama dengan beberapa sumber dari Korea Selatan juga berkemungkinan menghantar pasukan ‘carian’ ke sana dan dalam masa terdekat akan membuat pendedahan usaha lobi melibatkan syarikat Korea Selatan tersebut.

Untuk peringkat ini SAMM bagi pihak rakyat Malaysia yang menggunakan elektrik dan membayar tarif yang mahal dan semakin meningkat saban masa mendesak agar TNB dapat tampil memberikan penjelasan dalam isu ini.

Sekian.

che’GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia

Sabtu, 26 Januari 2013

susuk , wajah - wajah bukan Sabah berpusu beratur sebagai pengundi


Dijumpai dalam You Tube satu rakaman yang merakamkan proses orang ramai beratur untuk mengundi ketika PRU 1995 di Sabah. Tahun 1995 inilah dikatakan begitu teruknya penyalahgunaan kuasa iaitu kegiatan memberikan status warganegara pada orang asing berluasa hanya untuk memastikan kemenangan Barisan Nasional.

Rakaman ini cukup memperlihatkan bagaimana susuk , wajah - wajah bukan Sabah berpusu beratur sebagai pengundi. Ini berlaku di hampir semua tempat mengundi ketika itu. Keadaan ini muncul semula apabila dalam proses RCI mengenai warga asing yang diberi warganegara di Sabah menyatakan bahawa bahawa sememangnya wujud kemasukan dalam jumlah yang luar biasa warga asing yang didaftarkan sebagai warga negara ketika Pilihanraya hampir menjelang untuk didaftarkan sebagai pemilih. Di Sabah lebih setengah pengundi berdaftarnya kini merupakan warga asing yang dibawa masuk.

Dr. Mahathir yang dikaitkan dengan kegiatan penjualan kedaulatan negara ini dengan selamba membela diri tidak menafikan sebaliknya dengan mengaitkan Arwah Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama telah memberikan lebih banyak warga negara. Mahathir bertindak bacul dengan mengaitkan orang yang telah mati, Tunku memberikan warga negara semasa hendak membentuk negara, sebaliknya Mahathir memberikan warga negara hanya untuk nyawa politik semata. Jika ia proses betul kenapa dua orang warga India Aziz dan Hussien yang menjadi saksi dalam RCI menyatakan mereka dilahirkan di Tamil Nadhu tetapi untuk melicinkan proses mendapat kad pengenalan dan daftar pemilih tempat kelahiran mereka ditukar kepada Kunak dan Tawau.

Memetik semula kata - kata Bobby, Penyelaras SAMM Sabah ketika mempengerusikan sidang meja bulat anak muda Sabah di Kota Kinabalu dua bulan lepas, dia  menyatakan Sabah kini sudah tergadai, bukan sahaja masalah tetapi hasil pemberian keistimewaan warga negara kepada Pakistan dan India dalam projek Dr. Mahathir akhirnya politik Sabah juga dikawal kini oleh keturunan India Pakistan.Contohnya Musa nama sebenarnya ialah Musa Aman Khan bersama saudaranya Anifah Aman Khan. Bukan sahaja politik malah ekonomi juga dikawal oleh keturunan India Pakistan ini. 

Ini bukan isu perkauman tetapi isu kedaulatan. Bahana dari kemasukan pendatang ini juga kecelaruan sosial muncul seperti lambakan penganggur, jenayah tidak terkawal dan seumpamanya.

Kini strategi yang sama disalin pakai oleh Najib Razak, ratusan ribu sudah dibawa masuk diberi kad pengenalan dan didaftar sebagai pengundi. Kali ini bukan sahaja Sabah tetapi di semenanjung juga khususnya negeri dibawah PR seperti Selangor. Lihatlah kerana mendiamkan Sabah terjerumus selama ini tergadai kedaulatan kini Bn mula rakus demi kekal berkausa mula menjual kedaulatan seluruh negara. Jumlah pengundi asing yang diseludup masuk ini amat ramai, akhirnya mereka akan bersatu dan akan ada MP wakil Myanmar, Indonesia, Bangladesh dan jika cerdik sikit mereka akan mula desak kerusi menteri bagi kelompok mereka.

Bayangkan berapa banyak hasil negara tergadai, subsidi yang berbilion seharusnya dikongsi mewah bersama anak tanah air ini tetapi malangnya turut disedut oleh pendatang yang diberi laluan karpet kuing oleh regim untuk kekal kuasa.

Regim sering melaungkan politik ras dan perkauman. Orang Melayu disruh bangkit memusuhi cina dan india contohnya. Tetapi kita jangan lupa Wong atau Ravi itu neneknya mati dalm lahir di sini.Mereka lahir di sini maka sinilah tanah air mereka. Sebaliknya kini Umno dan regim Bnlah yang mengkianati negara dengan menjual warga negara pada orang asing yang belum tentu setia.

Kepada pendatang asing, kami ucap terima kasih kerana memilih untuk bekerja dalam negara ini, kami hargai anda mencari rezeki di tanah air ini tetapi ingat bila kamu mula campur urusan politik negara kami, anak muda Malaysia pasti akan bertindak balas.Gerakan gabungan ABU dan SAMM akan menccetak sebanyak 200,000 keping risalah peringatan kepada pendatang asing agar menjauhi politik negara khususnya menjelang PRU nanti. Cetakan ini dalam 7 bahasa antaranya ialah bahasa benggali, myanmar, inggeris, indonesia dan tagaloq sebagai peringatan dan usaha menggagalkan usaha regim menggunakan khidmat pendatang untuk terus berkuasa.

SAMM juga menyeru secara serius, dalam angin PRU makin kuat ini. Jika regim ini mahu terus dihormati maka sewajarnya tampil membersihkan senarai pemilih dari kekotoran penjualan kedaulatan negara dengan kemasukan pendatang sebagai warga dan pengundi sebelum PRU. Jika tidak kamu akan dikenang sebagai pengkhianat dalam kebangkitan rakyat yang sudah tidak boleh dielakkan lagi. Jangan berdolak dalih lagi. Bukti sudah terbentang didepan mata, negara ini sedang digadai.

Bangkit, Bangkit, Bangkit ! Selamatkan negara.


che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia.

Khamis, 24 Januari 2013

TV3 DEDAH PAHANG TAKDA AIR DA 34 TAHUN PENDUDUK MENGAMUK



Najib kata..
"bagi saje mandat pada Barisan Nasional,kita akan selesaikan masalah air di negeri Kelate ni.."

Gaya percakapan beliau seolah-olah beliau dan BN sahajalah yang boleh atasi masalah air di mana-mana negeri di dalam Malaysia ini.. 
sombong dan angkuh!!

Namun hakikatnya..
negeri kelahiran Najib sendiri mempunyai masalah air yang sangat meruncing dan kritikal..

Dan laporan masalah air di pahang ini pulak dilaporkan oleh TV3..
hairan..
jarang sekali TV3 berani sentuh masalah-masalah rakyat negeri kelahiran Najib ni... 
apa sudah jadi..?


Berbalik kepada isu air tadi..
bagaimana Najib boleh mendabik dada mengatakan BN boleh selesaikan masalah air di negeri orang sedangkan di negeri sendiri pun penduduk sampai menangis depan kamera sebab dah lama merana dek ketiadaaan air..? 

Rabu, 23 Januari 2013

kesian pakcik makcik felda


Apa Khabar Makcik dan Pakcik Felda sekarang?


Apa khabar agaknya sekarang Makcik dan Pakcik Felda yang terlalu percayakan akan janji-janji Najib mengenai penyenaraian ini?

Nak kata apa lagi?? Nasi sudah menjadi bubur.. seperti lirik lagu kebanggan UMNO ..

"Air mata darah, bercampur keringat... Bumi dipijak kini milik orang......"


Saham Felda Global Ventures Holdings (FGV) menjunam mengikut Indeks Komposit Kuala Lumpur semalam dan akhirnya tutup di bawah harga IPO pada RM4.42 semalam.

Ini adalah julung kalinya FGV ditutup di bawah harga IPO walaupun sebelum ini pernah mencecah ke paras RM4.52 dalam dagangan harian. Semalam, FGV juga merekodkan harga terendah RM4.36 sebelum ditutup pada RM4.42.

Kejatuhan ini menyebabkan para peneroka dan lain-lain pelabur rugi besar.

Selain itu, jika ini berterusan, peneroka juga bakal dibebani hutang dengan bank apabila pelaburan mereka rugi, hutang terpaksa dibayar bersama bunga bank.

Sementara itu, indeks KLCI merosot untuk hari keempat berturut sebanyak 40.81 points or 2.43 peratus pada hari Isnin. Ini adalah penurunan paling besar sejak 26 September 2011.

Penganalisa berkata ketidak-tentuan politik dan tarikh pilihanraya antara faktor menyumbang kepada kejatuhan indeks KLCI. Gerald Ambrose, pengarah urusan Aberdeen Asset Management dipetik The Malaysian Insider sebagai berkata keputusan pilihan raya kini dilihat oleh para pelabur sebagai faktor “risiko”.

“Saya cuma berkata pasaran akan lebih berisiko jika mereka masuk ketika menunggu keputusan pilihan raya,” katanya.

Pengerusi Biro Pelaburan dan Perdagangan PKR, Wong Chen pada 11 Januari 2013 mendakwa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) mengalami kerugian atas kertas yang dianggar RM75 juta ekoran pembelian saham Felda Global Ventures Holding (FGVH).

Jumlah itu masing-masing RM40 juta bagi KWSP dan RM35 juta KWAP kata beliau. Harga FGV ditutup pada harga RM4.60 pada hari sebelumnya.

Katanya, kerugian itu adalah daripada jumlah keseluruhan pembelian saham oleh kedua-dua badan itu dari 29 Jun 2012 hingga 4 Januari 2013 iaitu kira-kira RM455 juta bagi KWSP dan RM305 juta bagi KWAP ~ Harakahdaily

Selasa, 22 Januari 2013

MALAYSIA: Jurang Pengagihan Pendapatan Semakin Melebar !




Perkongsian Info..


Jangan Tak Ambil Tahu....Sebagai Rakyat yg Membayar Cukai Anda Patut Tahu..


Dah Di Bagi Kepercayaan Selama 58Tahun..Inilah Hadiah buat Rakyat Tercinta..


Jurang ...Akibat JERUNG..

Dedah! - Malaysia Eksport Besi Oksida Ke China




Saya telah menguji kawan-kawan difacebook dengan bertanyakan, apakah bendanya yang didalam gambar sebelah kiri ini.

Hanya MSK saja yang tepat dengan jawapannya. Kalau kenkawan yang sama peka dan prihatin mengenai isu Vale dan pencemaran alam sekitar pun tidak kenal, apakan lagi orang biasa yang tidak kisah mengenai alam sekitar.

Saya sendiri pun tidak tahu pada mulanya. Nampak macam tanah merah sahaja . (Ha! ha! aku kena bagi hadiah apa kata MSK ni?)

Kalau anda juga nak tahu alkisahnya, sila teruskan membacanya ....

Pihak yang bertanggungjawab terbukti telah gagal memantau syarat-syarat yang wajib dipatuhi bagi mengangkut bahan tersebut mengikut piawaian yang mereka tetapkan.

Bagaimana perkara yang boleh melibatkan keselamatan orang awam dan pencemaran alam sekitar yang serius dibiarkan beroperasi tanpa pemantauan dan kawalan yang ketat.

Pihak berwajib, AELB telah membenarkan sebuah syarikat dari Butterworth Pulau Pinang mengangkut residue besi oksida ke Pelabuhan Pulau Pinang dengan beberapa syarat yang ketat untuk dipatuhi.

Antara syarat yang ditetapkan ialah bahan tersebut diangkut dengan menggunakan Truk Kontena besi (sila rujuk surat AELB) berikut:

klik untuk besar

Mungkin kerana gagal mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan itu,pihak Penang Port telah tidak membenarkan bahan-bahan tersebut masuk lagi.Ini adalah kerana :

  • Ia mengandungi radioaktif
  • Pencemaran
  • Jalan kotor.

  • Tetapi yang peliknya setelah Penang Port mengharamkan operasi tersebut, kenapa Lumut Port sanggup membenarkan gejala tersebut beroperasi di Perak ini dengan sewenang-wenangnya?

    Waima, 10 tahun lalu Lumut Port tidak membenarkan barangan tersebut. Tetapi sekarang kenapa dibenarkan?

    Syarikat tersebut jelas telah melanggar syarat terpenting apabila hanya menggunakan 'tipper truck' dan bukan seperti yang disyaratkan menggunakan Terak Kontena besi. Anda boleh lihat sendiri 'tipper truck' yang digunakan dan bandingkan dengan 'Truck Container' yang sepatutnya digunakan (gambar di penjuru kiri atas)

    Inilah antara 'tipper truck' yang digunakan untuk
    mengangkut bahan yang mengandungi radio aktif

    Tumpahan bahan tersebut boleh dilihat jelas di sepanjang Jalan Air Tawar menuju ke Lumut Port. Terutamanya dekat kilang-kilang di Kampung Aceh. Lihat gambar berikut:

    Di persimpangan lampu isyarat- yang bersepah atas
    jalanraya itu bukan tanah merah, tetapi bahan dari
    store di Bukit Merah, Menglembu

    Dengar khabarnya, kelmarin Tok Sidang Kampung Aceh Encik Kasim, telah naik angin dan menahan lori-lori yang melalui kampung tersebut kerana tumpahan bahan tersebut mengotorkan jalan di situ. Dia patut pergi marah kat Zambry! Pemandu lori tau apa?

    Inilah beza yang ketara antara kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang dan kerajaan haram Umno/BN di Perak.

    Adakah Zambry Kadir itu lebih baik daripada Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang dari Pakatan Rakyat dalam hal pemerintahan ?

    Orang Melayu Perak selalu kutuk LGE itu Kafir Harbi. Tidak malukah kalau orang kafir tanya, beginikah cara Zambry yang mengaku kononnya seorang yang Islam?

    Bilakah gejala ini dapat dihentikan. Tunggu pendedahan yang akan menggemparkan selanjutnya nanti, insya'Allah.

    Isnin, 21 Januari 2013

    TERKINI!! SAHAM FELDA JATUH PARAS TERENDAH, RM4.51 SESAHAM

    Hari ini saham FGVH jatuh ke paras terendah sejak ianya diniagakan..
    walaupun sebelum ini berbagai cara dan usaha telah digunakan oleh kerajaan BN untuk menaikkan kembali saham FGVH termasuklah pelaburan "tidak perlu" pembelian saham menggunakan wang KWSP...

    Namun,saham FGVH tetap jatuh..

    laburlah wang sebanyak mana pun,jika asas kekuatan pelaburan tidak ada,ianya tetap akan merudum..
    dan persoalannya apakah FGVH akan sentiasa diselamatkan secara begini..?
    berapa lamakah "penyelamatan" sebegini perlu dilakukan..?

    Pemimpin Pakatan Rakyat sudah menasihatkan kerajaan BN supaya tidak menyenaraikan Felda ke Bursa Saham..
    namun,segala usaha menasihati kerajaan dipandang sepi oleh pemimpin BN yang angkuh dan sombong..

    Jadi hari ini,saham Felda jatuh ke paras RM4.51 sesaham..



    Harap warga Felda tahu bahawa BN sekarang sedang mempertaruhkan nasib warisan mereka..

    BRAHIM ALI KENA KUTIP DERMA LAGI!!! Anwar menang saman RM 50 juta ke atas Utusan




    KUALA LUMPUR 21 Jan: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menang kes saman fitnah terhadap Utusan Malaysia.

    Keputusan penghakiman itu diumumkan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk VT Singham di sini pagi ini.

    Utusan didapati bersalah memfitnah Anwar kerana menuduh beliau menyokong pergerakan lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT).
    Hakim Singham juga berkata, ia tidak mengamalkan kewartawanan yang bertanggungjawab, dan mengatakan defendan mempunyai peluang untuk membetulkan fakta selepas Anwar menghantar notis peguam untuk keterangan.

    “Artikel tersebut adalah terpesong, tidak tepat dan di luar maksud yang diperkatakan,” katanya.

    “Mahkamah berpuas hati (dalam artikel tersebut) bahawa ini adalah fitnah kepada plaintif,” kata Hakim Singham. -KD




    Anwar menang kes saman fitnah Utusan
    KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membuat keputusan memihak kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes saman fitnah RM50 juta ke atas Utusan Melayu (Malaysia) Bhd dan ketua pengarangnya berhubung artikel berkaitan temu bualnya yang disiarkan oleh BBC tahun lalu.
    Hakim Datuk V T Singham mengarahkan kos sebanyak RM45,000 dibayar kepada Ketua Umum Pakatan Rakyat itu.
    Mahkamah juga menetapkan 15 Februari ini untuk menentukan ganti rugi kepada Anwar.
    Anwar dalam Twitternya berkata, "alhamdulillah: Hakim VT Singam pertahankan kebebasan badan kehakiman dan media.
    Tegas menolak fitnah Utusan milik Umno kerana tuduhan palsu saya menyokong homoseksualiti.
    " Pada 20 Januari lalu, Anwar memfailkan saman fitnah terhadap Utusan Melayu dan Ketua Pengarangnya, Datuk Abdul Aziz Ishak yang didakwanya telah mencetak dan menerbitkan berita berhubung komen beliau bersama BBC mengenai undang-undang berkaitan dengan homoseksual.
    Anwar menuntut ganti rugi RM50 juta, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan serta relif-relif lain yang disifatkan sesuai dan patut diberikan oleh mahkamah.
    Beliau juga memohon satu injunksi untuk menghalang defendan-defendan daripada terus menyatakan ataupun menerbitkan mana-mana perkataan yang memfitnah plaintif.
    Dalam penyataan tuntutannya, Anwar mendakwa suratkhabar terbitan Utusan Melayu telah menerbitkan dua artikel di muka hadapan dan mukasurat 10 akhbar berkenaan bertarikh 17 Januari 2012 yang seolah-olah telah memberikan gambaran bahawa beliau adalah seorang pemimpin muslim yang mempunyai pandangan yang tidak selari dengan ajaran Islam.
    Anwar menjelaskan perkataan-perkataan yang diterbitkan tersebut yang berasaskan temuramah bersama BBC itu adalah palsu, tidak berasas dan disiarkan dengan niat jahat. -SH

    Ahad, 13 Januari 2013

    HIMPUNAN RAKYAT DI SEMENYIH SETANDING DENGAN KEADAAN DI AFRIKA?


    Gua tengok gambar himpunan di Semenyih...orang ramai menyerbu lori yang agih beras.., teringat gua gambar gambar rakyat miskin di Eutopia yang kebuluran. Tiap kali misi bantuan makanan sampai, begitulah suasananya..macam kat Semenyih tu. mereka serbu lori yang agih bantuan beras kerana mereka tu miskin, tak ubah macam penduduk di Eutopia atau pelarian Rohingya.

    Tapi penduduk penduduk tu warga Malaysia..bernaung bawah kerajaan UMNO BN yang berkuasa sekian lama, tapi masih miskin tak ubah macam penduduk di Africa. Nampak sangat UMNO BN ni hanya layan rakyat macam mereka mereka di Eutophia...hulur bantuan bila mahu perkuda mereka mereka itu.

    Kalau gambar serbuan orang ramai ke lori bantuan beras tu di siar di media luar negara, pasti ramai menyangka itu di Africa atau mana mana tempat yang melarat dan miskin.

    Megah kah orang orang Semenyih?. Seronok kah Najib dan UMNO BN ?

    Tanpa beras, tanpa duit poket dan tanpa makan minum.....ratusan ribu rakyat hadir di Stadium Merdeka. Kalau gua PM Najib..dah lama saya pakai topeng tutup muka...maluuuuu !

    Itu pun pencacai UMNO BN nak bermegah lagi?????

    Sabtu, 12 Januari 2013

    amaran dari rakyat tak lama bn hanya tinggal n



    Kereta JPJ Dibakar Selepas Kemalangan 10 Buah Kenderaan

    [MK] Sebuah kenderaan penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) diterbalikkan dan dibakar oleh orang ramai yang marah selepas kemalangan teruk yang membabitkan 10 kenderaan di Ayer Tawar, Perak petang ini.


    Timbalan OCPDManjung, Ahmad Mat Isa memberitahuMalaysiakini bahawa15 orang mengalamikecederaan ringandalam kemalangan tersebut, tetapi tidak seorang pundimasukkan ke hospital.

    Beliau juga mengesdahkan tidak ada kematian dilaporkan setakat ini.

    Kemalangan itu berlaku petang ini selepas sesi persekolah di Jalan Beruas-Ayer Tawar, yang melibatkan kenderaan penguatkuasa pacuan empat roda JPJ , dua bas sekolah, dua lori, sebuah motosikal dan empat buah kereta.

    Seorang saksi telah memuat-naik ke Facebook video selama lapan minit yang menunjukkan sekumpulan orang ramai marah dan menjerit serta membaling objek ke arah kenderaan pacuan empat roda itu.

    Mereka kemudiannya menterbalikkan kenderaan itu sebelum dua anggota polis trafik tiba dan cuba untuk menghalang mereka.

    Bagaimanapun, mereka gagal untuk meredakan kemarahan orang ramai dan mereka bertindak memecahkan tingkap kenderaan, itu diiringi oleh teriakan marah "bakar!"

    Selepas satu objek dibaling ke arah kenderaan pacuan empat roda yang terbalik itu, ia terbakar, memaksa orang ramai berundur.

    Tidak lama kemudian, beberapa anggota bomba datang dan memadamkan api.

    Saksi-saksi mendakwa kemalangan itu disebabkan oleh kereta peronda JPJ yang cuba memintas sebuah lori, tetapi ia dinafikan oleh Ahmad, yang berkata kereta peronda itu telah dilanggar oleh lori.

    Beberapa jam selepas kejadian itu, sekurang-kurangnya tiga video dimuat naik di Facebook dan puluhan gambar dan komen tersebar di Internet. Orang ramai kelihatan mengambil gambar dan video dengan telefon bimbit mereka.

    Malaysiakini telah cuba untuk mendapatkan komen Pengarah JPJ Perak Ramli Awang Seberang, tetapi seorang kakitangannya berkata sebaik mengetahui tentang kejadian itu, beliau telah meninggalkan mesyuarat yang dipengerusikannya untuk mendapatkan maklumat lanjut.

    Berikutan itu, Malaysiakini telah meninggalkan nombor telefon dengan pejabat pengarah JPJ itu untuk dihubunginya dan mengulas kejadian itu.




    VIDEO 1 | 3:26
    VIDEO 2 | 2:06
    VIDEO 3 | 8:24

    PHOTO GALLERY


    Gambar dari MM:














    Khamis, 10 Januari 2013

    memalukan SATU LAGI KEJAYAAN BARISAN NASIONAL.






    Nisbah hutang isi rumah kepada pendapatan boleh guna bagi Rakyat Malaysia adalah 140%, salah satu yang tertinggi di dunia. Ini bermakna bahawa pinjaman yang diambil oleh setiap isi rumah di Malaysia adalah pada purata 1.4 kali lebih daripada pendapatan isi rumah.


    Bagaimana semua ini berlaku?


    1.Kos sara diri yang semakin tinggi dan nilai kuasa beli (link)


    2. Cukai Kereta (link)


    3. Pendapatan Isi Rumah dan jurang antara golongan kaya dan miskin (link)


    SUMBER


    N'N: Kesimpulannya Kerajaan Barisan Nasional gagal memperbaiki taraf ekonomi rakyat Malaysia....Gaji mungkin naik sedikit namun kos sara hidup melonjak tinggi tidak ada keseimbangan....

    Sabtu, 5 Januari 2013

    fremason dan putrajaya

    Senibina Freemason Di Malaysia.

    Kalau kita melihat senibina tempat-tempat menarik di Malaysia ini, sebenarnya ada sesuatu yang terselindung. Kepada yang tidak meminati ataupun percaya kepada teori Konspirasi Freemason, maka abaikanlah gambar-gambar di bawah ini tanpa perlu membuang masa anda yang berharga itu.


    Semenjak Google Earth berada di alam siber beberapa tahun lalu, pelbagai penemuan yang memeranjatkan dijumpai. Di Malaysia khususnya, kita pernah dikejutkan dengan penemuan satu tanda salib yang besar berada di atas bumbung bangunan perpustakaan Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (KUSTEM) di Terengganu.

    Siapakah arkitek yang merekabentuk bangunan tersebut dan apakah tujuannya, belum terjawab sehingga kini.


    Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (KUSTEM), Terengganu..





    Pada ketika ini, bangunan ini telah dikaburkan jika dilihat melalui Google Maps. Mungkin kerana sudah terkantoi.

    Bukti: http://wikimapia.org/1620361/Kustem-Cross


    Kini kita beralih untuk melihat senibina yang benar-benar mengejutkan umat Islam di negara ini. Senibina Freemason yang ditemui melalui Google Earth terhadap pusat pemerintahan negara, Putrajaya.

    Putrajaya



    Vatican City & Putrajaya (perhatikan simbol mata)

    Lagi gambar..



    Di Alamanda, Putrajaya.





    Presint 5, Putrajaya.



    Yang ini jelas "mata"nya



    Ok kita beralih kepada Obelisk pula.

    Mengapakah Obelisk (Tiang) dibina sebagai mercu tanda? Apakah mercu tanda senibina Islam? Adakah tiang?




    Jika kita masih buta dan sentiasa menidakkan tentang semua ini, segala jenis cerita sudah dikeluarkan. Tinggal kita nak tonton sahaja. Tontonlah The Arrival dengan hati dan minda yang sedikit menerima.

    Sama-sama kita mencari kebenaran di muka bumi Allah ini. InsyaAllah.

    Orang Miskin Dilarang Sakit, Tiada Ubat Percuma Lagi Di Hospital Kerajaan



    Kerajaan henti bekal ubat percuma, rakyat tanggung kos sendiri

    PETALING JAYA 2 Jan: Orang ramai tidak lagi berpeluang mendapat ubat percuma dari hospital atau klinik kerajaan sebaliknya perlu menanggung sendiri kos menerusi swasta ekoran dasar baru yang bakal dilaksana Kementerian Kesihatan tidak lama lagi.

    Pengerusi Biro Kepenggunaan KEADILAN, Yahya Sahri berkata, maklumat diterimanya menyatakan Kerajaan Persekutuan menangggung RM1.2 bilion untuk membiayai ubat-ubatan pesakit dan ia meningkat 10 peratus setiap tahun.

    Oleh sebab itu, kementerian dikatakan terpaksa menghentikan pengedaran ubat-ubatan secara percuma.

    “Antara ubat paling banyak diberi kepada pesakit ialah paracetamol (ubat demam) dan ubat penahan sakit, piriton (selsema) dengan kos 10 sen setiap biji. Kementerian membelanja lebih RM1.2 bilion dan ia meningkat 10 peratus setiap tahun.

    “Maka satu sistem baru akan diperkenal dalam masa terdekat. Kementerian Kesihatan tidak lagi membekalkan ubat kepada pesakit, tetapi perlu membelinya sendiri di farmasi,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN hari ini.

    Yahya berkata, sistem itu jauh berbeza pada masa kini apabila kementerian menanggung segala kos rawatan, konsultasi dan perubatan.

    “Kami mendesak dasar baru itu dibatal serta-merta kerana ia jelas membebankan rakyat terutama golongan berpendapatan rendah selain kos sara hidup setiap hari kian melonjak.

    “Kita juga desak dasar sedia ada dikekalkan kerana kami yakin jika kewangan negara diurus dengan tata kelola baik termasuk membasmi rasuah, rawatan kesihatan percuma boleh diberi kepada seluruh rakyat sebagaimana dinikmati di beberapa negara Eropah,” katanya.

    Mengikut data Kewangan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), ketika ini, 72 peratus daripada 12 juta pekerja Malaysia bergaji RM700 hingga RM1,500 sebulan dengan purata mereka mempunyai tiga orang anak. Dasar baru ini pasti akan membebankan rakyat.

    Turut hadir dalam sidang media, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sikamat, Aminuddin Harun dan Setiausaha Kewangan (MTUC), Alias Awang. -KD

    syrikt berus gigi dpt kontrak puspahanas.projek ntah kt mana yg tingal taik gigi


    NAJIB LAN
    TIK SYARIKAT PEMBUAT BERUS GIGI UNTUK MEMBINA PUSAT PENGAJIAN PERTAHANAN NASIONAL



    Raja Ropiaah Abdullah


    Awan Megah Sdn Bhd (“Awan Megah”) dianugerahkan projek penswastaan pembinaan Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (“Puspahanas”) milik Kementerian Pertahanan melalui satu perjanjian bertarikh 8 Jun 2005 yang disertakan bersama.


    Projek penswastaan tersebut melibatkan kerja-kerja merekabentuk dan membina (design and build) sebuah kolej latihan tentera.


    Sebagai balasan kepada kerja-kerja merekabentuk dan membina Puspahanas, Kementerian Pertahanan berjanji akan memindahkan tiga bidang tanah iaitu PT220 (seluas 96.825 ekar), Lot 1158 (seluas 45.420 ekar) dan PT216 (seluas 81.085 ekar). Tanah-tanah seluas 223.33 ekar ini pada asalnya diambil oleh Kerajaan Persekutuan bagi tujuan membina kem tentera.



    Menteri Pertahanan semasa kontrak ini dianugerahkan kepada Awan Megah adalah Dato’ Seri Najib Tun Razak. Oleh itu, beliau bertanggungjawab sepenuhnya kepada keputusan untuk melantik Awan Megah.


    Awan Megah adalah syarikat yang dimiliki oleh Raja Ropiaah Raja Abdullah, Ketua Wanita Umno Selangor.


    Berdasarkan semakan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Awan Megah adalah sebuah syarikat yang tidak pernah mempunyai apa-apa aktiviti sejak ia ditubuhkan. Maklumat kewangan yang terakhir yang difailkan dengan SSM adalah bagi tahun kewangan 31 Disember 1993 yang menunjukkan syarikat itu tidak menjalankan apa-apa aktiviti.


    Sehingga kini, tidak ada sebarang aktiviti yang dijalankan oleh Awan Megah seperti mana rekod terkini SSM bertarikh 23 Mei 2012.


    Ini bermakna, di antara tahun 1994 hinggalah sekarang, Awan Megah tidak mempunyai apa-apa transaksi dan kekal sebagai syarikat yang tidak aktif.


    Ini juga bermakna, Dato’ Seri Najib Tun Razak sebagai Menteri Pertahanan telah melakukan penyelewengan dan salahlaku rasuah apabila beliau menganugerahkan projek penswastaan bernilai puluhan juta ringgit ini dalam tahun 2005 kepada Awan Megah, sedangkan jelas Awan Megah bukanlah sebuah syarikat pembinaan yang berkemampuan untuk menjalankan projek tersebut.


    Awan Megah hanyalah syarikat Ali Baba yang dilantik Dato’ Seri Najib Tun Razak dan diberikan 223.33 ekar tanah lumayan. Oleh sebab itulah, Awan Megah terpaksa melantik sebuah syarikat lain sebagai “rakan kongsi” untuk membiayai dan menyiapkan sepenuhnya projek itu.


    “Rakan kongsi” yang dipilih adalah sebuah syarikat bernama GuppyUnip Sdn Bhd. Syarikat ini hanya berjaya mendapatkan kemudahan kredit dari United Overseas Bank (UOB) yang diluluskan pada 21 Julai 2010, iaitu lima tahun selepas projek ini dianugerahkan kepada Awan Megah. Ini bermakna projek ini tergendala selama lima tahun gara-gara Awan Megah tidak mempunyai modal dan masih mencari-cari rakan kongsi.


    Semakan dari surat kemudahan kredit GuppyUnip Sdn Bhd ini pula menunjukkan bahawa:
    1. Keseluruhan modal sebanyak RM59.25 juta (iaitu pinjaman TL1 hingga TL4) adalah pembayaran bagi pihak Awan Megah
    2. Pembayaran premium kepada Kerajaan Selangor bagi pindahmilik geran dan pertukaran status bagi tanah 223.33 ekar juga akan dibiayai oleh GuppyUnip Sdn Bhd
    3. Kos bagi kerja-kerja penyediaan tapak untuk membangunkan tanah 223.33 ekar itu turut dibiayai oleh GuppyUnip Sdn Bhd


    Saya merumuskan bahawa GuppyUnip Sdn Bhd menanggung keseluruhannya kos pembinaan Puspahanas dan kos pembangunan tanah 223.33 ekar itu kerana Awan Megah milik Ketua Wanita Umno Selangor hanyalah membuat keuntungan atas angin. Keadaannya sekarang samalah seperti keseluruhan projek dan tanah-tanah ini telah diserahkan kepada GuppyUnit Sdn Bhd.


    Lebih memeranjatkan, GuppyUnit Sdn Bhd bukanlah syarikat yang berpengalaman dalam bidang pembinaan. Semakan dengan SSM menunjukkan bahawa syarikat ini hanyalah ditubuhkan pada 9 Disember 2009 (dokumen SSM disertakan bersama).


    Lebih teruk lagi, syarikat ini ditubuhkan dan dikuasai oleh Cheong Chow Koh (melalui pegangan keluarganya dan syarikat utamanya Unip Berhad). Perniagaan utama Cheong Chow Koh melalui Unip Berhad adalah sebagai pengilang berus gigi (sila rujuk laman web www.unipberhad.com yang disertakan bersama).
    Kesimpulannya:
    1. Dato’ Seri Najib Tun Razak melantik Awan Megah milik Ketua Wanita Umno Selangor yang tidak pernah menjalankan apa-apa aktiviti untuk merekabentuk dan membina Puspahanas, lalu dianugerahkan tanah seluas 223.33 ekar
    2. Secara tidak langsung, Dato’ Seri Najib Tun Razak juga telah melantik sebuah syarikat pengeluar berus gigi untuk membina Puspahanas dan menyerahkan tanah 223.33 ekar kepada syarikat ini


    Ini adalah satu pengkhianatan kepada anggota tentera yang berkorban demi rakyat. Ia juga perlakuan rasuah dan penyelewengan secara terang-terangan yang dilakukan oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak yang wajib disiasat dengan segera.


    RAFIZI RAMLI
    PENGARAH STRATEGI KEADILAN
    4 JANUARI 2013

    bukti umno tak reti selesai masalah.lain yg problemlain yg dibetulnya



    ISU AIR... INI SEORANG LAGI PEMIMPIN UMNO SELANGOR YANG BEBAL BERTINGKAT !


    Nama beliau ialah Datuk Sohaimi Shahadan yang berjawatan sebagai Pengerusi Gerakan Perompak Rakyat Selangor (GPRS)... manakala jawatan didalam Umno pulak sebagai Ketua Pemuda Umno Bahagian Selayang...
    Iaitu sebuah Daerah dalam Negeri Selangor yang bersebelahan dengan Daerah Gombak yang mana Ketua Pemuda Umno Bahagian tersebut adalah seorang SAMSENG berstastus DATUK...

    Elok BEBENOR lah tu beb seorang Ketua Pemuda SAMSENG berstatus DATUK yang seorang lagi Ketua Pemuda juga berstatus DATUK tapi BEBAL BERTINGKAT... yang konon nya PEJUANG BANGSA MELAYU tapi TAK FAHAM BAHASA MELAYU...

    Kalau MAMAK tu TAK FAHAM BAHASA MELAYU mungkin boleh diterima kerana namanya pun dah MAMAK... jadi tak ada MASALAH sangat kalau MAMAK TAK FAHAM BAHASA MELAYU...

    Tapi kalau Orang Melayu yang mengeluarkan kenyataan tersebut... ditambah lagi konon nya sebagai PEJUANG MELAYU... lu orang FIKIR lah beb apa yang patut dipanggil dengan DATUK ni... kah kah kah !.


    Semasa mengulas berkenaan KRISIS AIR yang MENJEJASKAN hampir 100 ribu PENGGUNA di LEMBAH KLANG yang BERPUNCA dari KEROSAKAN PAM di RUMAH PAM WANGSA MAJU dan RUMAH PAM PUDA HULU BARU...
    Menurut DATUK ni dengan JELAS dan TERANG tanpa SEGAN dan MALU telah menunjukan KEBEBAL BERTINGKAT beliau dengan berkata "Kerajaan Negeri sepatutnya mempunyai PELAN JANGKA PENDIK bagi mengatasinya jika tidak bersetuju dengan usaha PENYELESAIAN yang ingin dilakukan Kerajaan Pusat...

    KEDEGILAN Kerajaan Negeri itu untuk MENYELESAIKAN ISU AIR tidak MUSTAHIL akan membawa KESENGSARAAN BERULANG kepada penduduk terlibat khususnya di Kawasan Selatan Selangor...

    Kami KESAL apabila Kerajaan Negeri seolah-olah menidakkan KEBENARAN walaupun PAKAR-PAKAR...

    SYARIKAT KONSESI AIR dan pihak TERLIBAT telah mengeluarkan kenyataan bahawa masalah ini perlu DITANGANI dengan SEGERA dan cadangan Projek LRA Langat 2 dapat MENGATASINYA".


    Tambah beliau lagi dengan penuh KEBODOHAN "Waktu sudah SUNTUK untuk pentingkan diri kerana beberapa LOJI di negeri ini berada pada TAHAP MAKSIMUN penggunaan dan bila-bila masa sahaja akan menimbulkan KRISIS AIR seperti yang sedang berlaku di beberapa kawasan sekarang...

    Kita sudah MASAK dengan TAKTIK yang digunakan Kerajaan Negeri yang selalu mencari ALASAN ketika Kerajaan Pusat tampil dengan CADANGAN...

    Mahu guna AIR LOMBONG lah... mahu guna TEKNOLOGI MEMBRAN lah dan macam-macam lagi... tetapi hakikatnya KRISIS masih BERLARUTAN dan mereka mula MENYALAHKAN KERAJAAN PUSAT...

    SYARIKAT KONSESI AIR... PERALATAN... LOJI dan sebagainya sedangkan peruntukan daripada Kerajaan Pusat untuk MITIGASI AIR di Selangor mereka tidak gunakannya...

    Oleh itu RAKYAT NEGERI ini perlu MEMBUKA MATA dalam MENILAI Kepimpinan Kerajaan Pakatan Pembangkang yang ternyata GAGAL memberi KHIMAT TERBAIK lebih-lebih lagi dalam memastikan KEPERLUAN ASAS RAKYAT mencukupi".


    Kalau lah gua jadi AHLI UMNO lebih-lebih lagi di KAWASAN SELAYANG dan sebagai AHLI PEMUDA UMNO pulak... memang gua MALU GILA beb... mana tidaknya kerana BERKETUAKAN seorang DATUK yang BEBAL BERTINGKAT... orang nak MENGULAS... beliau pun nak mengulas... tapi ULASAN yang dibaginya entah KELANGIT BIRU mana beliau MERABAN... apa ada KENA MENGENA antara KEROSAKAN RUMAH PAM dengan PROJEK LRA LANGAT 2 tu beb...

    Beliau FAHAM tak diantara perkataan KEROSAKAN RUMAH PAM yang TAK BOLEH BEROPERASI dengan PROJEK LRA LANGAT 2 yang diperlukan jika AIR TAK CUKUP di Negeri Selangor...

    ok lah beb gua AJAR beliau sikit dengan perkataan KEROSAKAN RUMAH PAM yang bermaksud AIR ADA TAPI TAK BOLEH SAMPAI KEPADA PENGGUNA KERANA ALAT ATAU MESIN UNTUK MENYALURKAN AIR TERSEBUT ROSAK...

    ROSAK pula bermaksud TAK BOLEH DIGUNAKAN... yang BERKEMUNGKINAN IANYA SUDAH SAMPAI MASA NAK ROSAK ATAU SUDAH SAMPAI TEMPOH LUPUS DAN PERLUKAN YANG BARU... SUPAYA TIDAK BERULANG KEROSAKAN... kah kah kah !.


    Gua sambung lagi dengan meluaskan pula kepada CONTOH perkataan TEMPOH TARIKH LUPUS dan PERLU DIGANTI YANG BARU... kalau dengan SITUASI POLITIK SEMASA ianya samalah dengan UMNO/BN yang mungkin TEMPOH TARIKH LUPUS nya sudah SAMPAI... oleh itu ianya PERLU DIGANTIKAN YANG BARU... iaitu DIGANTIKAN dengan yang ASALKAN BUKAN UMNO (ABU)...

    SUPAYA TIDAK BERULANG KEROSAKAN SEPERTI YANG SEBELUMNYA... kah kah kah... gua HARAP-HARAP beliau BOLEH FAHAM dengan perkataan KEROSAKAN RUMAH PAM tersebut supaya tidak lagi CUBA-CUBA nak menunjukkan BEBAL BERTINGKAT beliau... tapi kalau masih nak menunjukkan jugak beb...

    PESAN kat beliau AGAK-AGAK lah sikit... kalau ya pun TAK SABAR nak MEYAMUN dan MEROMPAK HARTA RAKYAT secara TERHORMAT dengan PROJEK LRA LANGAT 2 tu jangan lah sampai jadikan KEPALA LUTUT SEBAGAI SANDARAN... belajar-belajar BUAT MUKA MALU sikit... biar aje le yang dah yang TUA dalam Umno tu ambil TRADE MARK "MUKA TAK MALU TAMPAL KULIT BABI 14 INCI"... kah kah kah !. SH


    hemmmmm..... mungkin projek langat 2 adalah antara projek besar yang tidak dapat dibuat kerana ianya melibatkan kerajaan negeri... besar yang bukan saja dari segi nilai ringgitnya tapi mungkin juga nilai keuntungan dari ringgit tersebut buat kroni umno... kah kah kah... umporno perkasam jati... betul-betul meloyakan heeeee... A B U