tan malaka
kalau sudi jadi pengikut add kt sini
Rabu, 15 Mei 2013
Senarai Menteri Kabinet Baru 2013 Bocor?
Sempat berjumpa dengan rakan yang bekerja di Pejabat Perdana Menteri, khabarnya senarai nama Ahli Kabinet sudah siap walaupun ramai yang menjangkakan isu MCA enggan berada dalam kabinet akan melewatkan perlantikan ternyata merosot.
Yang menjadi fokus saya untuk ketahui adalah senarai kebinet dari Terengganu, adakah yang berkenan dimata Datuk Seri Najib untuk dilantik ke kabinetnya. Bila rakan saya mula bercerita amatlah mengejutkan apabila nama pertama yang disebut adalah Shaberry Cheek yang telah tersingkir dari senarai kabinet Najib Razak.
Ini berikutan perestasinya atau KPI yang rendah walaupun banyak liputan media mengenai KBS dan dirinya tetapi tiada pengisian, sama juga seperti waktu beliau memegang Kementerian Penerangan.
Kuota Menteri Terengganu akan diberikan kepada Dato Seri Idris, ini sememangnya tidak menjadi kejutan kerana nama Idris telah dicanang untuk memegang jawatan Menteri penuh sebelum ini, khabarnya beliau akan diberi tanggungjawab untuk mengepalai Kementerian Pendidikan Tinggi, mengambil tempat Datuk Seri Khaleed Nordin yang diangkat sebagai MB Johor yang baru.
Yang paling mengejutkan adalah maklumat yang diberikan oleh rakan saya mengenai lantikan Dato Nasir, calon BN yang tewas baru baru ini sebagai Ahli Dewan Negara lantas telah dimasukkan kedalam senarai kabinet, Dato Nasir dikatakan sah memengang portfolio Timbalan Menteri Pelajaran, ini juga dikatakan adalah cara Datuk Seri Najib untuk memikat kembali pengundi Kuala Nerus dengan memberi kepercayaan kepada Pemimpin utama Kuala Nerus ini berada dalam kabinet walaupun kalah dalam pilihanraya baru-baru ini.
Umno di Terengganu kini lebih parah berbanding 2008, krisis dalaman amat membahayakan dimana dengan perlantik Nasir kedalam kabinet telah secara rasminya mencipta satu lagi kumpulan dalam Umno selain dari kumpulan Ahmad Said dan Idris.
Berikut adalah senarai kemungkinan menteri kabinet Najib..
Senarai Menteri Kabinet Baru 2013
Perdana Menteri (Menteri Kewangan)
Datuk Seri Najib Tun Razak
Timb. Perdana Menteri (Menteri Pertahanan)
Tan Sri Muhyiddin Yassin
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri
Datuk Seri Jamil Khir Baharom
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Datuk Seri Idris Jala
Datuk Ahmad Maslan
Menteri Kewangan
Datuk Seri Mustapa Mohamed
Menteri Pelajaran
Datuk Seri Idris Jusoh
Menteri Dalam Negeri
Datuk Seri Hishamuddin
Menteri Pengangkutan
Datuk Seri Liow Tiong Lai
Menteri Pelancongan
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Menteri Luar
Datuk Seri Anifah Aman
Menteri Kerja Raya
Datuk Seri G Palanivel
Menteri Kesihatan
Datuk Wee Ka Siong
Menteri Belia Dan Sukan
Dato Ahmad Shabery Cheek
Menteri Sumber Manusia
Datuk Seri S Subramaniam
Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna
Datuk Seri Noh Omar
Menteri Perdagangan Dan Industri
Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah
Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani
Datuk Seri Shafie Afdal
Menteri Sains Teknologi Dan Innovasi
Datuk Fadillah Yusof
Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar
Datuk Douglas Unggah Embas
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air
Datuk Peter Chin Fah Kui
Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah
Datuk Seri Mahazir Khalid
Menteri Perusahaan, Perladangan Dan Komoditi
Datuk Joseph Salang Gandum
Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan
Datuk Seri Ong Ka Chuan
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga
Datuk Noriah Kasnon
Menteri Penerangan Dan Komunikasi
Khairy Jamaluddin
Menteri Wilayah Persekutuan
Datuk Johari Abdul Ghani
LIVE!! Himpunan "Blackout 505" Di Kuantan..
Atas nasihat pihak Polis perhimpunan 'Suara Rakyat Suara Keramat' yang asalnya dijadualkan di Kuantan malam ini terpaksa ditukar lokasi ke Dataran Rakyat berdepan dengan Markas PKR di Jalan Beserah..
Menurut setiausaha PKR Pahang Kamaruzaman Mohd Yunus, lokasi asal yang dicadangkan bagi perhimpunan 'Black 505' itu adalah di Padang Mahkota Aman di Kuantan.
Bagaimanapun, mereka terpaksa memindahkan lokasi perhimpunan tersebut, hasil rundingan dengan wakil polis daerah Kuantan semalam, katanya.
Tambahnya lagi , pegawai polis dalam pertemuan tersebut antara lainnya memberi alasan bahawa perhimpunan berkenaan tidak mengikut peruntukan seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman 2012.
Polis juga menyatakan bahwa lokasi asal merupakan padang awam yang tidak mendapat kelulusan daripada pegawai daerah Kuantan, kata Kamaruzaman lagi.
SAKSIKAN!!
Selasa, 14 Mei 2013
Bukti Pembelian Undi Di Segamat Di Dedahkan
KUALA LUMPUR 13 MEI: Calon KEADILAN bagi Parlimen Segamat, Datuk Chua Jui Meng mendedahkan, terdapat pembelian undi yang menyebabkan kehadiran pengundi sehingga 85 peratus pada pilihan raya umum 5 Mei lalu.
Menurutnya, daftar pemilih di Segamat mencatatkan 47,115 pengundi, dan kehadiran lebih 85 peratus pada hari mengundi menimbulkan keraguan.
“Pengundi dari kawasan Felda Palong Timur sahaja mencatatkan 90 peratus jumlah pengundi. Ia berlaku ekoran kes pembelian undi,” katanya kepada Keadilan Daily.
Jelas Naib Presiden KEADILAN itu, separuh daripada jumlah 90 peratus tersebut melibatkan pengundi anak muda iaitu dari saluran 5 dan 6.
“Kita ada bukti berkenaan perkara itu, dan kita tidak menolak kemungkinan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pun terlibat,” katanya yang enggan mendedahkan bentuk bukti tersebut kerana ia masih di bawah siasatan.
“Sememangnya Segamat ada penipuan. Ia perlu disiasat dan setakat ini semua bukti sudah pun kita serahkan kepada Rafizi (Ramli) untuk tindakan selanjutnya,” jelas Jui Meng yang juga Pengerusi KEADILAN Johor.
Parlimen Segamat merupakan antara 27 kawasan yang disenaraipendek untuk siasatan lanjut berhubung isu penipuan pilihan raya.
Rafizi yang mengetuai pasukan Siasat PRU 13 hari ini memaklumkan, 237 laporan diterima berhubung isu itu sepanjang minggu ini. ~keadilandaily
Isnin, 13 Mei 2013
pekan tersenarai penduduk padat mengalahkan puchong ipoh kelana jaya dan banyak lagi patut dah ada shopping kompleks ala2 klcc kat sini
Top 20 Majoriti Tertinggi Pada PRU 13
Jom lihat senarai Top 20 majoriti tertinggi pada PRU 13 yang lalu.Yang sebelah sana hanya 1 kerusi je tersenarai iaitu Parlimen Pekan.
Walaupun memiliki kuasa dan sokongan media arus perdana,'orang tu' hanya mampu berada di kedudukan ke 9 je ~ Tinta Hijau DKB
Jumaat, 10 Mei 2013
sila download aplikasi android pasjementah
kini anda boleh menggunakan aplikasi android untuk melihat blog pas jementah sila buka link dibawah
http://www.appsgeyser.com/getwidget/pasjementah/
atau
Your users can download your app from: http://www.appsgeyser.com/getwidget/pasjementah
Short url: http://www.appsgeyser.com/452181
Sabtu, 4 Mei 2013
COUNTDOWN bersama ANWAR IBRAHIM malam ini di segamat 4/5/2013
CERAMAH PAKATAN RAKYAT
BERSAMA ANWAR IBRAHIM
TARIKH: 4 mei 2013
TEMPAT: PADANG SEKOLAH LEE CHI BERHADAPAN UPWELL SEGAMAT
DIJEMPUT SEMUA HADIR MEMERIAHKAN MAJLIS
Khamis, 2 Mei 2013
AKTA PERLEMBAGAAN NEGARA MALAYSIA SEDANG DICABAR SECARA TERANG-TERANGAN pihak berwajib tutup mata je ke?
Tanpa Ada Rasa Bersalah....Tanpa Ada segan silu mereka menunjukkan BUKTI mereka TURUNKAN bendera PKR...
Rajin sungguh mak cik ni buang sampah ye... ! Cuba tengok apa dia buang tu... kerja2 pembersihan memang kerja mulia, tapi bila sampai buang bendera parti lawan bertukar jadi kerja celaka... selain dari Ketua Wanita Umno Kimanis beliau juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah Ministry of Tourism, Culture & Environment, Sabah..
Langgan:
Catatan (Atom)