tan malaka

tan malaka

kalau sudi jadi pengikut add kt sini

Khamis, 30 Ogos 2012

TERKINI! Nizar Menang Saman Ke Atas Utusan Malaysia!

TERKINI! Nizar Menang Saman Ke Atas Utusan Malaysia!

TERKINI!


Menteri Besar Perak yang sah, Nizar Jamaluddin hari ini menang saman ke atas lidah Umno-APCO, Utusan Malaysia berhubung fitnah mengenai isu bidaan plat kereta WWW1 yang berharga RM520 ribu oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar.

Dalam satu mesej di Twitter 37 minit lalu, Nizar menjelaskan:

@mbnizar WWW1:hakim mahkamah tinggi memutuskan Utusan bayar ganti rugi atas saman malu saya trhadap lidah umno itu "Judgemnt in default". Takbir!


Pada 10 Julai lalu, Nizar yang juga ahli parlimen Bukit Gantang memfailkan saman fitnah berjumlah RM100 juta terhadap Utusan Melayu (M) Berhad dan Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) kerana didakwa menerbitkan pernyataan fitnah berhubung pembelian nombor plat kenderaan WWW 1 yang dibida pada harga RM520,000.
  
Nizar memfailkan dua saman itu secara berasingan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil, di sini melalui Tetuan Awi & Co.
  
Dalam pernyataan tuntutannya beliau menamakan Utusan Melayu dan TV3 sebagai defendan dan menuntut ganti rugi sebanyak RM50 juta daripada setiap defendan.
  
Katanya beliau telah mengeluarkan satu kenyataan melalui akaun Twitter miliknya pada 28 Mei lepas berhubung nombor plat itu.
  
Nizar yang merupakan Anggota Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang mendakwa pada 30 Mei lepas, TV3 telah mengeluarkan berita melalui Buletin Utama pukul 8 malam, berhubung kenyataannya itu.
  
Beliau berkata keesokannya pada 31 Mei, Utusan Melayu menerbitkan satu artikel di halaman 11, akhbar Utusan Malaysia berhubung kenyataannya itu.
  
Mohammad Nizar mendakwa pernyataan ftnah itu antara lain membawa maksud bahawa beliau adalah seorang penderhaka kepada sultan amnya, dan Sultan Johor khususnya, beliau adalah ahli politik yang anti-sultan dan seorang ahli politik yang cuba menghasut rakyat untuk membenci Sultan Johor.
  
Bercakap kepada pemberita selepas memfailkan writ saman itu, Mohammad Nizar berkata pihaknya akan menyerahkan writ itu kepada kedua-dua defendan.
  
Beliau berkata sebanyak 41 laporan polis telah dibuat berhubung kenyataannya dalam twitternya itu dan siasatan polis berhubung perkara itu masih lagi berjalan.

JALAN PULANG

Tiada ulasan:

Catat Ulasan