tan malaka

tan malaka

kalau sudi jadi pengikut add kt sini

Rabu, 15 Ogos 2012

SEBABNYA PENIAGA MELAYU TOLAK BN?


NILAH ANTARA SEBABNYA PENIAGA MELAYU TOLAK BN




Kali ini aku mahu membawa kisah seorang peniaga melayu yang terpaksa menanggung kos kenaikan harga gula..
beliau menjalankan perniagaan kecil-kecilan sebagai penjual air...


Menurut beliau...
kenaikan harga gula banyak memberikan kesan didalam hidup beliau dan juga banyak mempengaruhi pandangan beliau terhadap kerajaan BN..


Peniaga melayu tu nak kongsikan kepada kita semuakenaikan harga gula yang terpaksa beliau hadapi setiap hari..

beliau minta aku tengok bil ini...





Peniaga air ni cerita kat aku..
jumlah gula yang dibeli setiap hari adalah seperti yang ternyata di dalam bil tu...
23 kg sehari.... setiap hari...


Beliau terpaksa menyerap kenaikan harga gula yang melibatkan RM586.00 sebulan
(macam yang dah aku nyatakan kat bil tu...)
jumlah tu dah mampu bayar ansuran kereta dah tu...


Maknanya...
Selepas Najib jadi PM...
selepas Felda ambil alih industri gula kat negara kita ni..
duit RM586.00 tu hilang dari poket peniaga tu...




Beliau berkata kenaikan harga gula memang ada kaitan dengan UMNO secara langsung..
ini kerana kenaikan harga gula yang naik mendadak dilakukan oleh BN sejurus sahaja Felda menguasai industri gula di Malaysia..

Mungkin ramai yang tidak tahu penghujung tahun 2009..
Raja Gula si Robert Kwok telah mengumumkan kepada Bursa Malaysia bahawa beliau melupuskan pegangan dalam industri gula kepada Felda dengan nilai RM1.29 bilion..

Apabila Kroni-kroni UMNO menguasai industri gula ini..
maka harga gula naik secara berterusan dan memberikan tekanan kepada peniaga kecil yang merupakan rakyat bawahan di negara kita ini...
Kenaikan harga yang kerajaan BN lakukan sebaik sahaja menguasai industri gula ini melalui Felda adalah seperti berikut....

01 January 2010, naik 20 sen - dari harga RM1.45 jadilah harga baru RM1.65 sekilogram.
15 July 2010 naik 25 sen - menjadi RM1.90 sekilogram.
4 December 2010 naik 20 sen - menjadi RM2.10 sekilogram.
10 May 2011 naik 20 sen - menjadi RM2.30 sekilogram.
Bermakna,sejak pengambil alihan industri gula oleh Felda..
kenaikan sebanyak RM0.85sen telah berlaku ke atas harga gula...


Sedangkan semasa Robert Kwok masih memegang kepentingan gula negara,beliau nak mohon kerajaan BN untuk naikkan hanya 10sen/kg pun begitu punya payah..

Lepas PRU13 nanti..
jika kita masih memilih BN,maka kita akan saksikan barangan runcit akan berlumba-lumba naik harga..
masa tu menyesal pun tak guna dah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan