tan malaka

tan malaka

kalau sudi jadi pengikut add kt sini

Rabu, 8 Ogos 2012

MB Johor Diminta Dedah Tanah Rezab Melayu Di Johor !!


MB Johor Diminta Dedah Tanah Rezab Melayu Di Johor !!




Menteri Besar Johor, Dato' Abdul Ghani Othman diminta mendedahkan jumlah Tanah Rezab Melayu yang telah digunakan bagi tujuan pembangunan di negeri Johor dan berapakah bilangan yang telah diganti semula.

Menurut Naib Presiden PAS, YB Salahuddin Ayub, selepas negara merdeka, penjajah telah meninggalkan sebanyak 3 juta hektar tanah rezab melayu nam
un pada ketika ini anggaran yang masih tinggal hanyalah 1.7 juta hektar tanah rezab melayu.

Ini bermakna dianggarkan 1.3 juta tanah rezab melayu di seluruh negara telah hilang ataupun digadaikan oleh kerajaan UMNO/BN.

"Saya minta Menteri Besar Johor dedahkan berapa jumlah tanah rezab melayu yang telah digunakan atas nama pembangunan di negeri Johor ini.

Saya juga minta beliau dedahkan berapa jumlah tanah yang telah diganti semula untuk tujuan pembangunan tersebut"

3 ulasan:

  1. Soalan lisan ADUN Maharani di Persidangan Dewan Negeri Johor pada 15 Mac 2012:
    Nyatakan keluasan Tanah Rizab Melayu yg ditukar taraf kpd hak milik bebas sepanjang tahun 2008 hingga 2011 dan adakah ia diganti semula?
    Jawapan YAB Dato' Menteri Besar:
    Dari Thn 2008 hingga 2011 , sejumlah keluasan 3,142.587 ekar tanah berstatus Rizab Melayu telah dibatalkan manakala tanah yg digantikan sebagai Rizab Melayu adalah seluas 3,146.882 ekar dan kesemua tanah-tanah gantian tersebut telahpun diwartakan sebagai tanah Rizab Melayu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam.yb dr taslim..tanah rizab melayu mana boleh dibatalkan..ia termaktub dalam perlembaggan negara..tetapi kerajaan boleh mengunakan tanah ini sebagai pembangunan yang bermunafaat untuk rakyat sahaja..dan tanah ini hendaklah diganti semula..tanah yang diganti pun bukanlah dikawasan-kawasan terceruk..misalnya di pendalaman senang kata tempat jin bertendang.ha..ha..ha..
      kalau betul tanah rizab tu dah digantikan mana senarai dan tempat tanah yang digantikan tu..menteri zapin tu ada bagi ke senarai kawasan tanah tu!!!ni tanah rizab hak rakyat,mana boleh dgn cakap je tapi senarai tak ada..ni bukan lagu dan joget zapin yg boleh dgn lisan je..senarai dokumen tak ada.
      kalau betul ada senarai tolong yb send pada saya ..nanti sy check betul tak ada senarai..

      Padam
  2. Pasal 89 Perlembagaan Persekutuan > 'Tanah Rizab Melayu'. Kenapa laa MB ni mohong ni!!! Nasib baik lak dia xkata TRM ni boleh pecahkan masyarakat majmuk kt negeri Johor ni....Kenalah dia sedar sbelum kdatang British, tanah2 kt Tanah Melayu ni dimiliki oleh pembesar2 aje. Orang melayu sekadar menompang di tanah tsbt dan boleh dihalau oleh pemilik2 tsbt. Juga terdapatnya sistem penghambaan pada ketika itu dimana melayu hambakan melayu...xsperti di USA, pak itam dihambakan oleh orang putih. Bila British datang, british hapuskan penghambaan dan memperkenalkan Land Regulation 1887 diikuti Land General Redulation dan Sistem Torren. orang melayu dberikan tanah bergeran tp sayang pancing yg dberi, mereka x pandai nak pakai.....banyak yg tgadai jatuh kpd orang lain. Maka British perkenalkan TRM pada 1913 bagi menyelamatkan hak orang melayu tergadai.Ini telah dimulakan dengan negeri2 bersekutu tika tu NS, Perak, Selangor & Pahang. 1933 Queen telah gazzettekan TRM ni. Pada tahun 1957 tika merdeka, British tinggalkan 3juta lebih hektar TRM. Angkara UMNO dan UMNOB tanah ini telah susuut.... tinggal 1.7juta hektar pd tahun 1995 dan terus susut sehingga 2012!!! Kenapa laa UMNO dan UMNOB ni kata dia penjuang melayu?. Porahhh....arrakmukam!!!

    BalasPadam