tan malaka

tan malaka

kalau sudi jadi pengikut add kt sini

Selasa, 10 Julai 2012

Scandal LRT: Kenapa Najib anugerah kepada George Kent yang tawarkan harga RM167 Juta lebih tinggi?


Scandal LRT: Kenapa Najib anugerah kepada George Kent yang tawarkan harga RM167 Juta lebih tinggi?


Meskipun Konsortium George Kent Bhd yang telah gagal penilaian teknikal dan kewangan telah membida pada harga jauh lebih mahal dari dari Balfour Beatty, Najib tetap menganugerahkan projek LRT ini kepadanya...

Konsortium George Kent Bhd. menawarkan kos RM1.18 bilion sementara Balfour Beatty pula RM1.01 bilion perbezaannya ialah RM167 juta.

Selain lebih rendah harga yang ditawarnya Balfour Beatty punya pengalaman dalam bidang ini tetapi Konsortium George Kent Bhd tidak punya pengalaman dalam bidang ini..

Tidak berpengalaman dan harganya juga lebih RM167 Juta.. tapi kenapa Najib anugerahkannya kepada Konsortium George Kent Bhd juga???

Projek LRT Ampang: Dokumen sahkan Najib serah tender pada kroni

PETALING JAYA 10 Julai: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli mendedahkan, satu dokumen membuktikan Jawatankuasa Perolehan Menteri Kewangan (JPMK) yang dipengerusi Perdana Menteri telah menganugerahkan projek sambungan LRT Ampang bernilai RM1.18 bilion kepada Konsortium George Kent Bhd.

Dokumen tersebut adalah keputusan mesyuarat kelima JPMK pada 21 Jun lalu dan Datuk Seri Najib Razak mempengerusikannya kerana beliau adalah Menteri Kewangan. JPMK pula adalah jawatankuasa tertinggi yang menentukan anugerah projek-projek besar kerajaan.

Dalam sidang medianya, Rafizi berkata, George Kent menawarkan kos lebih tinggi berbanding syarikat lain yang benar-benar berpengalaman untuk menjalankan kerja-kerja tambahan bagi projek LRT laluan Ampang.

Menurut beliau, syarikat menawarkan kos RM1.18 bilion sementara Balfour Beatty pula RM1.01 bilion.

“Dalam senarai syarikat pembida, Balfour Beatty menduduki senarai teratas. Syarikat ini menawarkan harga kompetetif selain benar-benar berpengalaman dalam kerja-kerja pembinaan LRT.

“Tetapi syarikat ini telah dinafikan kerana Datuk Seri Najib Razak mahu memberikan projek kepada syarikat rakan baiknya,” katanya di Ibu Pejabat KEADILAN, di sini hari ini.

Jelas Rafizi, Najib dalam jawatankuasa perolehan itu memutuskan untuk melantik George Kent sebagai kontraktor dan membatalkan keputusan awal jawatankuasa itu yang melantik Balfour Beatty pada 26 Januari lalu.

Keputusan itu kemudiannya dimaklumkan kepada Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana, Datuk Shahril Mokhtar melalui surat bertarikh 25 Jun 2012.

“Pendedahan keputusan JPMK mengesahkan dakwaan KEADILAN bahawa Datuk Seri Najib campur tangan dalam proses penilaian dan penganugerahan tender ini,” katanya.

Beliau juga mempertikai prosedur yang digunakan dalam Pekeliling Perbendaharaan hingga membolehkan Perdana Menteri memberikan projek kepada pembida yang menawarkan harga lebih tinggi berbanding syarikat lain.

Malah lebihan RM167 juta ada kaitan dengan pembayaran komisen kepada syarikat kroni Umno BN turut dipersoal Rafizi.

“Prosedur bahagian mana di dalam Pekeliling Perbendaharaan yang membenarkan Perdana Menteri menganugerahkan projek pada harga yang lebih tinggi iaitu lebih mahal sebanyak RM167 juta kepada pembida yang gagal penilaian teknikal dan kewangan?” soal Rafizi lagi - Keadilandaily

Memandangkan dokumen tersebut dilabel sebagai sulit.. sila lihatnya di ( Rafizi Ramli )

Tiada ulasan:

Catat Ulasan