tan malaka

tan malaka

kalau sudi jadi pengikut add kt sini

Selasa, 17 Julai 2012

Panas: Ibubapa Terkilan, Elaun Para Pelajar Yang Terlibat Acara Persembahan SUKMA XV Di Potong


Panas: Ibubapa Terkilan, Elaun Para Pelajar Yang Terlibat Acara Persembahan SUKMA XV Di Potong


KUANTAN, 17 Julai - Sukan Malaysia (SUKMA XV) Pahang 2012 berakhir dengan jayanya di Stadium Darul Makmur malam tadi. Kehadiran Perdana Menteri Malaysia,Datuk Seri Najib Tun Razak bagi menutup acara sukan terbesar di Malaysia itu dianggap satu penghormatan terbaik kepada negeri Pahang selaku tuan rumah.Dengan tawaran hadiah cabutan bertuah yang cukup lumayan seperti kereta Perodua Myvi, motosikal Modenas dan sebagainya telah menarik ramai penonton ke stadium malam tadi. Walau pun kejayaan penganjuran SUKMA kali ini dianggat berjaya dan yang terbaik, namun di sebaliknya pula memang terlalu banyak kepincangan yang telah terpalit. Bermula dengan isu kelewatan menyiapkan vanue sukan sehinggalah soal bayaran kepada petugas-petugas seperti yang dijanjikan. Terbaru, ramai ibubapa mengeluh kerana syarikat yang dilantik menguruskan acara perasmian dan pembukaan sukan tersebut telah menipu anak-anak mereka. Difahamkan, syarikat yang berjaya mendapat kontrak tersebut ialah Siti Nurhaliza Production (SNP) milik Datuk Siti Nurhaliza. Syarikat terbabit telah menggunakan ribuan pelajar (2,000) untuk menjayakan acara persembahan sempena pembukaan dan penutup sukan itu malam tadi. Pelajar yang terlibat dipilih daripada beberapa buah sekolah menengan sekitar bandar Kuantan. Antara kemusykilan ibubapa terbabit ialah tindakan memotong separuh daripada peruntukan elaun untuk pelajar terbabit. Difahamkan, peruntukan bagi setiap pelajar ialah RM300, namun telah dipotong oleh sebanyak RM150 atas alasan bayaran untuk makan minum pelajar berkenaan selama tempoh latihan. Menurut seorang bapa yang tidak mahu dikenali berkata, dia hairan kenapa pihak terbabit memotong sebahagian peruntukan itu sedangkan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Pahang (MSSP) difahamkan telah menyediakan bajet untuk makan minum kepada para pelajar berkenaan, sepanjang latihan itu.




Difahamkan, lebih dari 2,000 pelajar digunakan untuk acara persembahan ini
"Kenapa pihak terbabit potong separuh dan hanya mahu membayar pelajar berkenaan sebanyak RM150. Mana hilangnya lagi RM150?. Bayangkan jika jumlah itu didarabkan dengan bilangan pelajar (2,000) yang mengambil bahagian.. bermakna mereka mengambil hak pelajar berkenaan sebanyak RM300,000 ... Sudahlah makanan yang disediakan tidak memuaskan hingga kami terpaksa pula keluarkan bajet lain untuk belanja makan mereka selepas tamat latihan",katanya. Difahamkan, para pelajar terbabit hanya diberikan makan sosej dan sedikit makanan tambahan lain pada waktu petang dan tiada lagi makanan pada waktu malam selepas tamat latihan."Bayangkan terkadang latihan tamat sekitar jam 11.00 malam... anak saya berlapar dan merungut kerana pihak terbabit tidak menyediakan makanan yang berkualiti dan secukupnya untuk mereka. Tenaga mereka dikerah sehabis-habisnya, tiba-tiba elaun yang diperuntukkan pula dipotong. Saya menggesa pihak yang berkenaan agar menyiasat perkara ini demi keadilan anak saya dan rakan-rakan yang lainnya", katanya lagi.

[Tindakan memotong elaun para pelajar yang terlibat dengan acara persembahan SUKMA XV ini amatlah tidak wajar sama sekal. Ini kerana kudrat mereka telah digunakan semaksima yang mungkin oleh pihak berkenaan. Bayangkan dalam tempoh hampir dua minggu mereka terpaksa berlatih siang malam untuk menjayakan acara persembahan majlis perasmian dan penutup sukan tersebut, tiba-tiba isu ini berlaku. Isu ini sungguh memalukan, malah amat jelas ada pihak yang telah khianat kepada amanah yang diberikan. Difahamkan sepanjang latihan para pelajar terbabit hanya diberikan minuman 100 plus dan biskut atau sosej. Ramai yang menagdu lapar kebulur sebenarnya. Merompak duit yang sepatutnya diberikan kepada para pelajar berkenaan amatlah tidak wajar sama sekali. Malah, ia juga melibatkan para guru pengiring yang terpaksa menjaga pelajar dari sekolah masing-masing. Perkara ini akan dipanjang kepada pihak yang sepatutnya sebelum wang tersebut diserahkan kepada pelajar berkenaan. Satu siasatan yang rapi harus dijalankan atas pendedahan panas ini. Malah, mereka yang terlibat harus diambil tindakan tegas kerana perbuatan khianat tersebut. Sampai hati mereka rela berbuat demikian!].

Tiada ulasan:

Catat Ulasan