tan malaka

tan malaka

kalau sudi jadi pengikut add kt sini

Khamis, 5 Julai 2012

kenapa miyak ron 95 tak turun?




Sebab ron 97 ikut harga pasaran. Tiada subsidi untuk ron 97 sebenarnya di malaysia. Harga ron 97 telah di apungkan oleh kerajaan sejak tahun lepas. Jika harga minyak dunia turun maka harga ron 97 akan ikut turun. Jika harga minyak dunia naik maka harga ron 97 akan ikut naik. Kerana tiada lagi peruntukkan subsidi untuk ron 97.
Di malaysia, ron 97 di tarifkan sebagai minyak yang berkualiti. Dan minyak jenis neh sesuai di pakai oleh kenderaan yang berprestasi baik. Biasanya kenderaan seperti neh dimiliki oleh orang2 kaya di malaysia walaupun bukan semua.
Di malaysia, bila harga minyak naik = harga barang akan ikut naik. Tak kira lah samada ron 97 mahupun ron 95 yang naik. Yang pasti harga barang memang akan dinaikkan. Peniaga2 di malaysia tidak mampu dikawal dan dipantau oleh kerajaan kita kerana penguatkuasa yang lemah dan lembik.
Kenapa penguatkuasa kita lemah? Adakah kerana undang2 kita lemah? Tidak. Punca bukan terletak pada undang2 tetapi terletak kepada tangan yang diberikan amanah untuk melaksanakan undang2 tersebut. Tangan itu yang lemah. Undang2 itu dah betul. Tetapi tangan itu tidak betul. Bila tangan yang tidak betul memegang undang2 yang betul, ia tetap jadi tak betul in the end.
Sekarang bukan nak citer pasal undang2 dan penguatkuasa di malaysia. Sekarang kita nak citer kenapa kerajaan turunkan ron 97 tapi taknak turunkan ron 95. Sedangkan bila harga minyak global turun, ia melibatkan ron 95 juga. Bukan hanya ron 97.


Ron 97 = ikut harga pasaran dunia = tiada subsidi langsung = bila harga pasaran naik, harga ron 97 di malaysia juga akan ikut naik = naik dalam kadar yang cepat = bila harga pasaran turun, ron 97 turun, tetapi dengan kadar yang sangat lembab dan lambat = digunakan oleh orang2 kaya ikut kata kerajaan.


Ron 95 = harga ditetapkan kerajaan = ada subsidi = tidak ikut harga pasaran tetapi jika berlaku perubahan harga kerajaan akan mempertimbangkan samada mahu menambahkan subsidi ataupun mengurangkan harga = digunakan oleh majoriti rakyat malaysia dan golongan yang berpendapatan rendah, serdahana dan serdahana tinggi.


Apakah sekarang neh kerajaan dah fixkan jumlah subsidi bagi ron 95? Kalau peruntukkan subsidi itu dah difixkan, maka wajar ron 95 diturunkan juga selaras dengan penurunan ron 97. Sebab harga ron 95 di anggap sebagai pembolehubah. Kalau kerajaan takmo turunkan harga bagi petrol ron 95 itu bermaksud pengurangan subsidi telah berlaku. Jadi pembolehubah kat sini ialah subsidi.


Pengurangan subsidi inilah harus diwar2kan oleh kerajaan kepada rakyat marhaen jika kerajaan mengambil keputusan untuk mengekalkan harga ron 95. Kenapa setiap kali minyak naik harga kerajaan asyik complain subsidi sana subsidi sini tetapi bila minyak turun harga dan peruntukkan subsidi dikurangkan kerajaan taknak war2kan pula?


Sebenarnya harga barang takan turun meskipun harga minyak diturunkan. Kami dah sedia maklum. Tapi kami juga faham dan tahu harga barang di malaysia neh boleh diselaraskan bahkan dipantau jika kerajaan mahu. Apa yang berlaku sekarang neh ialah kerajaan tidak mahu, bukan tidak boleh. Ada beza yang sangat besar antara tidak mahu dengan tidak boleh..

Read more: http://amenoworld.blogspot.com/2012/07/kenapa-ron-97-bukan-ron-95.html#ixzz1zibOTB1S

Tiada ulasan:

Catat Ulasan