tan malaka

tan malaka

kalau sudi jadi pengikut add kt sini

Sabtu, 24 November 2012

Timb. Menteri Dalam Negeri dedahkan sebab kamera RM200,000 lebih mahal..


Berikut adalah penjelasan dari Timbalan Menteri Dalam Negeri mengenai mengapa kamera H
ad Laju yang digunapakai oleh pihak Polis dibayar lebih RM200,000 bagi setiap buah.

RM200,000 lebihan yang dibayar bagi setiap kamera itu adalah kerana ianya ianya merupakan bayaran kepada pembekal untuk melatih anggota Polis bagi menggunakan Kamera tersebut.

Disamping itu menurut Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman Yusop pihak pembekal juga menyediakan khidmat penyelengaraan bagi kamera itu.

Hmmm... beli sebuah kamera had laju pada harga RM17,000 sebuah.. tetapi belanja yang dikeluarkan untuk melatih anggota Polis menggunakan setiap kamera tersebut ialah RM200,000.

Dari apa yang aku baca hanya dua jenis kamera yang menjadi perolehan pihak Polis, jadi untuk apa perlu dibelanjakan RM200,000 lagi bagi setiap kamera yang dimiliki Polis?

Apakah spesifikasi setiap kamera itu berbeza hingga setiap anggota Polis yng hendak menggunakan setiap kamera itu dilatih?

Apa punya alasan tah... pencacai UMNO yang bodoh saja percaya alasan dia ni..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan