tan malaka

tan malaka

kalau sudi jadi pengikut add kt sini

Rabu, 19 Disember 2012

PKR bongkar bekas pegawai tinggi polis miliki 10 aset rumah





PKR bongkar bekas pegawai tinggi polis miliki 10 aset rumah
PETALING JAYA 18 Dis: PKR hari ini bongkar pemilikan aset bekas pegawai tertinggi polis pada 1999, berupa 10 unit rumah persendirian di sekitar Kuala Lumpur.
Dedah Pengerusi Biro Kepenggunaan, Yahya Sahri, aset-aset yang tidak diisytiharkan tersebut, antara kondominium bernilai RM400,000 dan pangsapuri kos rendah sekitar RM25,000.

"Aset-aset tersebut atas nama bekas pegawai polis itu dan isterinya. pendedahan saya ini meliputi harta beliau di Kuala Lumpur sahaja, tidak termasuk Melaka," katanya sambil memberi pembayang , pegawai berkenaan berasal dari Melaka.

Yahya juga mendedahkan, bukti pemilikan aset pergawai teersebut melalui carian rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menunjukkan beliau mempunyai empat rumah di Taman Mirhaja, empat di Wangsa Maju, satu di Taman Sentosa, Petaling Jaya dan satu lagi di Desa Kiara, Damansara Utama.

"Apa yang kita persoalkan, rakyat biasa begitu sukar nak beli rumah. Jangankan kondominium, pangsapuri kos rendah pun payah, tapi seorang pegawai polis boleh begitu mudah miliki sampai 10 buah rumah," kata Yahya.

"Justeru, kita minta penjelasan DBKL berhubung pemilikan tersebut,' sambung beliau.

Tambahnya, banyak lagi penyelewengan berhubung aset dan hartanah yang bakal didedahkan dan ini adalah siri pertama pendedahan tersebut.

"Kita akan dedahkan banyak lagi penyelewengan berhubung isu kepenggunaan, sampailah pilihan raya nanti," jelas Yahya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan