tan malaka

tan malaka

kalau sudi jadi pengikut add kt sini

Isnin, 3 September 2012

UMNO TUDUH DAP ANTI MELAYU!!!! Tapi Prof Dr Mohamad Tajuddin Mohamad Rasdi pula sertai DAP


JOHOR BAHRU - Sepasang suami isteri yang memiliki latar belakang akademik tinggi mengambil keputusan menyertai DAP bagi membuktikan parti berkenaan adalah untuk semua rakyat Malaysia.

Prof Dr Mohamad Tajuddin Mohamad Rasdi bersama isterinya, Norhayati Yusof memilih parti itu untuk menjelaskan bahawa DAP bukanlah untuk bukan Melayu sahaja.

Mohamad Tajuddin berkata, serangan segelintir pihak terhadap DAP kononnya parti itu anti-Melayu dan anti-Islam mahu ditanganinya secara ilmiah.

“Saya tidak terlalu minat bidang politik dan orang parti. Cuma saya agak kurang senang terhadap serangan segelintir pihak kepada rakan-rakan bukan Melayu khususnya dalam DAP bahawa mereka anti-Melayu dan anti-Islam.

“Sebagai seorang ahli akademik, saya mahu perkara ini diperbetulkan dan saya mahu menjadi ‘jambatan’ antara orang Melayu dan bukan Melayu seterusnya mengajak bersama menyertai DAP,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Bilik Gerakan DAP Dewan Undangan Negeri (Dun) Stulang di Taman Maju Jaya, di sini, semalam.

Hadir sama, Setiausaha Publisiti DAP merangkap Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua; Pengerusi DAP Johor merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Skudai, Dr Boo Cheng Hau dan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong. 
Tajuddin berkata, penyertaan dalam DAP sebagai ahli biasa membuktikannya percaya kepada kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) termasuklah parti komponen lain iaitu Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Saya juga hormat satu atau dua pemimpin Barisan Nasional (BN) kerana mereka orang yang bertanggungjawab.

“Akan tetapi, saya memilih untuk menyertai DAP. Tambahan pula, saya kenal dengan rapat Dr Boo selama beberapa tahun malah percaya dengan kepimpinan beliau,” katanya.

Sementara itu, Norhayati yang merupakan bekas guru berkata, penyertaan dalam DAP dengan mengikut jejak suami merupakan percubaan baru dalam kehidupannya.

“Sebab saya masuk DAP adalah kerana saya mahu memberitahu kepada rakyat bahawa DAP bukanlah parti untuk bangsa Cina dan India sahaja, sebaliknya untuk semua.

“Ini kerana kebanyakan masyarakat mempunyai persepsi DAP adalah untuk bukan Melayu sahaja. Oleh itu, menerusi penyertaan ini, saya mahu rakyat Malaysia buka hati dan minda untuk menerima DAP,” katanya.

Sumber : SHarian.


Sudah berbuih-buih mulut pimpinan DAP menafikan bahawa DAP anti Melayu dan parti perkauman. Malah ianya sudah lama dibuktikan dengan lahirnya pimpinan Melayu DAP seperti Allahyarham Ahmad Nor, Fadzlan Yahaya, Allahyarham Tan Kassim, Tunku Aziz, Tengku Puri dan sebagainya. 
 

1 ulasan:

  1. Puak setan dr dulu, kini dan selamanya...dah itu laa koja depa menyesatkan dan merosakkan masyarakat!!! apa yg bertentangan dengan depa, depa buat deekk @ pokak badak laa!!!! Tunjuk baik konon....yg duduk ulu2, solok2, hujung peta bole la depa nipu spti orang mensudut lama, mensudut ulu, mensudut hilir dan mensudut blukar serta mensudut titiakar. Depa yd dok kt mensudut ni dah karat abis...x leh nak welding balik dah. tunggu reput je...ganti baru!!!!

    BalasPadam