tan malaka

tan malaka

kalau sudi jadi pengikut add kt sini

Rabu, 20 Jun 2012

untuk apa tambahan subsidi tuk syarikat kaya raya?adakah kerajaan umnongok nak ambil kesempatan?


PANAS! Anwar Ibrahim Persoal Siapa Yang Perolehi Subsidi Sebenarnya??


Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim mempersoalkan sama ada peningkatan subsudi oleh kerajaan persekutuan benar-benar memberi manfaat kepada rakyat atau hanya menguntungkan syarikat kroni.

Ahli parlimen Permatang Pauh itu juga merujuk kepada peningkatan subsidi bahan api, tol dan gula yang melambung beberapa kali dalam peruntukan tambahan belanjawan.

Bercakap dalam sidang media di lobi Parlimen, Anwar membangkitkan pemberian subsidi gula kepada pengeluar, subsidi tol kepada pengendali dan subsidi minyak kepada syarikat besar termasuk, Stesen Janakuasa Bebas (IPP).

Tiada satu daripadanya diperoleh langsung oleh rakyat, hujah Anwar lagi.

Terdahulu dalam Dewan Anwar, Anwar mengecam tindakan mengadakan belanjawan tambahan untuk setiap sesi Parlimen.

Ikuti pula berita di bawah:

KUALA LUMPUR, 20 Jun — Konglomerat hartanah, Tradewinds Corporation Bhd (TCB), telah mengemukakan cadangan untuk memiliki Bukit Bintang Plaza (BB Plaza) dan pembangunan Yayasan Selangor sebagai sebahagian daripada pembangunan semula kawasan Jalan Bukit Bintang bagi cadangan pembangunan projek stesen My Rapid Transit (MRT), di kawasan tumpuan beli belah berkenaan, kata sumber.

Pemaju hartanah dan pemilik rangkaian hotel yang dimiliki Syed Mokhtar Al-Bukhary, yang turut memiliki pegangan utama dalam projek bersama MMC-Gamuda turut mempunyai projek pembinaan terowong sepanjang 51km Sungai Buloh-Kajang fasa pertama MRT yang dijadualkan siap pada 2017.

“TCB telah mengemukakan tawaran untuk kedua-dua bangunan namun ia masih lagi dipertimbangkan,” kata sumber kepada The Malaysian Insider.

Sumber lain turut mengesahkan cadangan berkenaan telah pun dihantar kepada kerajaan Selangor, Yayasan Selangor, bagi pembinaan bangunan 12 tingkat di Jalan Bukit Bintang dan Jalan Sultan Ismail, serta pemilik BB Plaza, UDA Holdings Bhd yang mana milik penuh Kementerian Kewangan (MoF).

UDA Holdings memperolehi RM25 juta setahun daripada BB Plaza, sementara Yayasan Selangor bercadang untuk menaik taraf bangunannya kepada pembinaan hotel dan kawasan untuk pintu masuk stesen.

Namun, tidak jelas sama ada TCB telah membuat cadangan khusus tentang rancangan pembangunan semula untuk kedua-dua bangunan namun syarikat tersebut baru-baru ini telah memperolehi sejunlah RM510 juta daripada penjualan Menara Tun Razak kepada Tradewinds (M) Bhd. Syed Mokhtar memiliki saham 42.97 peratus, dan 71.48 peratus dalam Tradewinds dan TCB.

Beliau telah menjadi seorang ahli perniagaan ternama selepas memiliki beberapa syarikat termasuk memperolehi pembuat kereta nasional negara, Proton Holdings Berhad awal tahun ini melalui DRB-Hicom Bhd dan juga Seaport Terminal (Johor) Sdn Bhd turut berjaya memiliki projek penswastaan Penang Port Sdn Bhd.

Hubungan politik taikun DRB-Hicom ini juga turut menyaksikan beliau berjaya memiliki perkhidmatan pos di negara ini apabila mengambil alih Pos Malaysia Bhd tahun lalu daripada Khazanah Nasional Bhd, syarikat milik negara, yang juga merupakan pemilik Proton sebelum ini.

UDA Holdings telah terikat selama 40 tahun dengan  BB Plaza, yang mana menempatkan ibu pejabatnya dan juga menyediakan ruang kepada masyarakat Melayu di kawasan tumpuan membeli belah utama bandaraya ini.

Sekitar 50 ahli perniagaan mengadakan bantahan di luar pintu masuk pusat beli belah semalam, mendakwa mereka diusir daripada perbincangan antara pemilik, pemilik MRT, MRT Corp Bhd dan Perbendaharaan terhadap nasib bangunan berkenaan.

UDA Holdings menjelaskan mereka masih samar-samar dengan nasib BB Plaza yang dijangka akan dikosongkan tahun hadapan bagi memulakan kerja terhadap pembinaan MRT Lembah Klang.

Pemilik pusat beli belah berkenaan dalam satu kenyataan hari ini menjelaskan mereka tidak memperolehi sebarang notis daripada MoF sama ada  BB Plaza akan dikekalkan atau dimusnahkan, atau dimiliki pihak lain.

MRT Corp menjelaskan mereka tidak berminat untuk memiliki bangunan berkenaan walaupun mereka akan menggunakannya sebagai besmen, dan laluan bagi pembinaan mereka.

“Bagaimanapun, UDA telah mengeluarkan notis pengosongan bangunan kepada tiga penyewa, Starbucks Coffee, Gloria Jeans dan Hot & Roll, menurut kepada arahan yang dikeluarkan MRT Corporation kepada kami,” kata agensi milik Kementerian Kewangan itu.

Mereka juga turut menambah, penyewa yang lain, yang masih beroperasi di dalam bangunan tersebut boleh meneruskan urusan perniagaan mereka sehingga notis dikeluarkan.

The Malaysian Insider telah melaporkan awal bulan lalu rancangan oleh MRT Corp untuk mengosongkan penyewa BB Plaza menjelang 2013 bagi memudahkan urusan pembinaan stesen terbesar, yang dijangka bermula dengan foyer bangunan tersebut dan bangunan Yayasan Selangor.

BB Plaza menempatkan majoriti peniaga Melayu, dan peniaga Cina menjalankan perniagaan mereka di  Sungei Wang Plaza kawasan premis perniagaan berhampiran.

Apabila dihubungi, Pengerusi UDA Holdings Nur Jazlan Mohamed berkata kepada The Malaysian Insider perbincangan masih dijalankan sama ada BBP akan dijual kepada MRT Corp untuk dibangunkan.

MRT Corp telah berunding berkenaan pemilikan tanah untuk projek berkenaan, namun tergendala di kawasan pemilik Jalan Sultan dan Jalan Bukit Bintang. Bagaimanapun, kata putus dijangka bakal diperolehi di beberapa kawasan seperti di Jalan Imbi.

The Malaysian Insider pada 21 Mei lalu melaporkan, penangguhan di kawasan Jalan Bukit Bintang telah memaksa Kementerian Kewangan untuk memanggil MRT Corp dan beberapa pihak yang berkenaan untuk mengahadiri mesyuarat tergempar, untuk mempertimbangkan projek insfrastruktur mega negara ini akan beroperasi menjelang tarikh tamatnya pada 2017.

ULASAN:

Kesemua subsidi yang diberikan kerajaan kepada syarikat milik Syed Mokhtar seperti Tradewinds, MMC-Gamuda dan Johor Port akan digunakan semula untuk membeli hartanah bernilai tinggi di Kuala Lumpur termasuk cuba mendapatkan tanah Yayasan Selangor di Jalan Bukit Bintang yang secara umumnya milik orang Melayu.

Apabila dibeli, ia akan digunakan untuk melangsaikan hutang-hutang Syed Mokhtar yang lain dalam bidang tidak menguntungkan seperti Pos Malaysia serta Proton selain mendapatkan lebih banyak tanah milik syarikat Melayu untuk dijual atau dicagarkan kepada bank untuk menbiayai projek lain seperti loji janakuasa Manjung II melalui syarikatnya Malakoff Berhad dan sebagainya.

Persoalannya mengapa Umno hanya melihat Syed Mokhtar seorang sedangkan lebih ramai lagi taikun seperti Mustapha Kamal Abu Bakar (Emkay) atau paling kokak pun kroni Mahathir yang lain?

Inilah caranya harta rakyat "difaraidkan" sesama pemimpin Umno dan takiun yang bergayut di sekeliling mereka sejak dasar persyarikatan Malaysia yang dimulakan Mahathir pada 1982 hanya berjaya mengeluarkan korporat Umnoputra yang hampir bungkus kesemuanya semasa krisis matawang dan kewangan Asia melanda pada 1997 hingga Anwar Ibrahim ditendang oleh Mahathir sendiri kerana melawan cakapnya mengarahkan bail-out RM2 bilion kepada syarikat perkapalan anaknya, Mirzan Mahathir.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan